label

Selasa, 18 Julai 2017

(Sekolah) Murid ugut minta duit guna Wechat

Kes di sekolah hari ini yang susah nak percaya tetapi benar.

Seorang ayah murid membuat aduan bahawa anaknya diugut supaya memberikan sejumlah duit. Sudah berkali2 anaknya diugut melalui Wechat supaya memberikan duit kpd seorang rakan sekelasnya. Murid darjah 6.

Murid yang diugutpun baik hati, dengan mudah memberikan wang tersebut. (Saya tak boleh ceritakan bagaimana murid yang diugut ada banyak duit).

Jumlah duit yang diminta dan telah diberikan hampir RM1000. 

Setelah disiasat, murid yang mengugut mengakui kesalahannya. Sebelum balik, ibu bapa murid2 tersebut menyelesaikan isu ini secara baik.

Kepada ibu bapa & penjaga, tolong pantau telefon pintar anak anda. Jadikan kisah ini pengajaran. Susah nak percaya tetapi ini kisah benar.

Sebelum saya habis bercerita, nak kongsi apa ugutan si pengugut kepada mangsa. Ini ugutannya ..

Jika kau tak beri duit, aku akan sumpah mak ayah kau mati.

Yang si mangsa pun, percaya dgn sumpahan tu... Macam2 kan? Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan