label

Selasa, 26 November 2019

(Cerita) Daftar Digi Prepaid Live

Saya daftar lagi nombor prepaid terbaharu atau nombor telefon kedua saya.

Saya guna Digi Prepaid Live.

Saya rasa, saya perlu nombor kedua ni sebab nombor unifi yg saya guna sekarang terhad. Ada nombor tertentu yang tidak boleh menggunakan nombor unifi, kena guna nombor biasa juga.

(Cerita) Daftar member card Aeon Plus percuma

Disebabkan UO dah tiada lagi, terpaksalah saya berbelanja di Aeon pulak selepas ini. Hari ini, saya daftar kad ahli (member card) Aeon Plus secara percuma. Tahun kedua baru kena caj RM12.

Kad Aeon Plus berwajah baharu & dengan fungsi yg baharu.

Sebelum ini, saya suka berbelanja pakaian di UO. Sekarang, kena move on. Aeon je banyak kat JB ni.

Ahad, 24 November 2019

(Sekolah) Menyelesaikan kerja-kerja akhir

Sebenarnya dah cuti sekolah hari ini tetapi saya datang ke sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja akhir saya.

Banyak juga perkara mesti saya selesaikan hari ini.

Pertama, saya nak siapkan & cetak semua laporan panitia serta sijil2. Kedua, saya nak hantar semua laporan ini kepada GPK & saya juga nak serahkan borang serah tugas 2019.

Makan Maggi jap..

Selepas itu, ini yang paling penting. Saya nak kemas meja saya.

Inilah rupa meja saya pada hari Khamis lepas. Berselerak.

Alhamdulillah, selesai kerja2 saya hari ini. Barulah boleh bercuti dengan tenang. Selamat bercuti semua!

Sabtu, 23 November 2019

(Aktiviti) Crystal Run 2019 di UTM

Pagi tadi saya menyertai Crystal Run 2019 di Stadium Azman Hashim, UTM. Dah lama juga saya tak berlari.

Done! 5km.



Sampai ke garisan penamat.

Medal.



Video larian pagi tadi...




Berikut gambar2 yang diambil menggunakan Go Pro Hero 7 Black.


Larian bersama rakan sekerja sebelum beliau berpindah ke Muar.
















Setakat ini dahulu. Bye!

Khamis, 21 November 2019

(Lensa) Swafoto selepas penyerahan slip keputusan UPSR 2019

Swafoto selepas penyerahan slip keputusan UPSR 2019.





Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat.

(Lensa) Gambar kenangan 5 Zamrud 2019

Gambar saya dengan murid2 kelas 5 Zamrud hari ini.






Selamat bercuti!

(Lensa) Gambar kenangan 6 Nilam 2019

Gambar2 kenangan saya dengan murid2 kelas 6 Nilam 2019.










Selamat maju jaya & jangan putus asa.

(Sekolah) Suasana apabila keputusan UPSR 2019 tiba...

Beginilah suasana apabila keputusan UPSR tiba di sekolah pagi tadi...

Sebelum bermula, kita swafoto dulu...

Nampak muka masing2 senyum, di dalam hati tetap berdebar...

Selepas keputusan diumumkan, saya cuma boleh share di sini macam ni je...

Alhamdulillah.