label

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Sabtu, 5 September 2026

(Info) Tips salutasi majlis di sekolah

Jumpa ni di Tik Tok. Sangat berguna untuk majlis di sekolah.
















Terima kasih. Kredit seperti nama di dalam gambar.

 

Jumaat, 19 Januari 2024

(Info) Pakaian Murid bagi Sesi Persekolahan 2024/2025

Assalamualaikum. Telah diumumkan pakaian murid bagi sesi persekolahan 2024/2025 bermula Mac nanti.

2 hari murid pakai seragam sekolah, 2 hari murid pakai pakaian sukan dan satu hari lagi murid pakai pakaian kokurikulum.

Bagus juga cara ini, ibu bapa boleh selang seli cuci pakaian murid.

Jumaat, 5 Januari 2024

(Info) Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan

Kalau rasa stres berat dan nak cari tempat untuk luahkan? Boleh dail di talian 15555.


Ingat, talian HEAL 15555.

Jumaat, 8 Februari 2019

(Info) Cara membuka krim ubat gatal ini dengan betul

Saya nak berkongsi info, jika anda membeli krim ubat gatal dalam bentuk tube di farmasi, cara membukanya dengan betul adalah seperti berikut...

Mungkin ramai yg belum tahu.

Contoh krim ubat gatal dalam tube.

Pada penutupnya biasanya ada bentuk yang tajam ni..

Tekan penutup krim tersebut pada tube krim ubat gatal tersebut. Itu sahaja & krim gatal dah boleh untuk di keluarkan (digunakan). Tak perlu cucuk pakai jarum atau paku.

Mudah kan?

Jumaat, 28 Disember 2018

(Info) Hantar murid dengan kereta jenis sedan, bukan jenis MPV

Semalam ada LDP tentang undang-undang di sekolah.

Pegawai PPD yg beri taklimat.

Dalam banyak2 point yg disampaikan, saya tertarik dgn 1 info yg baru saya tahu semalam.

Jika guru menghantar murid ke pertandingan tertentu dgn menggunakan kereta sendiri, mengikut SOP mestilah:

1. Mendapat persetujuan ketua jabatan.
2. Kereta cikgu mestilah mempunyai bonet belakang (jenis sedan), bukan MPV macam kereta Alza.
3. Kereta cikgu mestilah mempunyai dokumen yg lengkap.

Jadi, guru2 yg menggunakan MPV tak boleh hantar murid dengan kenderaan mereka. Mungkin bahaya jika berlaku apa2.

Isnin, 26 November 2018

(Info) Sebab kena melancong di Turki


Jika anda bertanya pada saya negara mana yang saya jatuh cinta?

Saya akan pilih Turki, pergi banyak kali pun tidak akan pernah jemu.

Saya pasti anda juga akan jatuh cinta dengan Turki, silap hari bulan, dengan orang Turki sekali anda jatuh cinta.

Kenapa Turki?

1- Prosedur visa yang sangat mudah, percuma selama 90 hari.

2- Boleh menjelajah ke dua benua sekaligus asia dan eropah melalui selat Bosphorus.

3- Negara yang sangat luas untuk diteroka, terdapat 81 negeri semuanya di Turki.

4- Setiap inci tanah Turki pasti ada sejarahnya yang tersendiri, pergilah ke ceruk mana sekalipun, anda akan temui sesuatu yang unik dan indah.

5- Menikmati panorama dari atas udara dengan menaiki belon udara di Cappadocia, sebuah pengalaman yang sungguh indah mempersona.

6- Kota Istanbul merupakan antara salah satu kota tercantik di dunia. Terletak di antara dua laut iaitu laut Marmara dan laut hitam.

7- Merupakan pintu masuk ke negara eropah timur seperti Bulgaria dan Greece, anda boleh ke sana dengan menaiki bas, keretapi, feri dan kapal terbang tambang murah.

8- Bersempadan dengan negara Bulgaria, Greece, Cyprus, Georgia, Armenia, Iran, Iraq dan Syria.

9- Di Bursa tempat bersemadinya jasad pengasas empayar islam Uthmaniyyah iaitu Osman Gazi.

10- Jika anda suka aktiviti musim sejuk, di Turki terdapat lebih dari 8 gunung ski resort, antaranya : Uludag Bursa, Erciyes kayseri, Kartepe, Sariksmis, Bitlis, Elmadag.

11- 98% penduduk negara Turki beragama islam.

12- Anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan tradisi Turki, kerana hampir kesemuanya adalah halal.

13- Dari Turki juga anda boleh ke serata negara eropah dengan menaiki kapal terbang tambang murah seperti ke German, Perancis, Poland, Greece, United Kingdom dan lain-lain.

14- Antara syarikat kapal terbang tambang murah yang beroperasi di Turki ialah : Pegasus Air, Aegean, Air Arabia, Fly Dubai, Easyjet, Condo, Tuifly, Germanwing, Transavia, Norwegian.

15- Sebuah negara yang kaya dengan sejarah, budaya, tempat semula jadi, gunung ganang yang cantik, sungai dan tasik yang jernih.

16- Kos belanja yang tidak berapa mahal berbanding dengan negara eropah barat.

17- Negara yang sangat mesra pelancong, anda akan rasa selesa seperti berada dalam negara sendiri.

18- Negara yang telah dihuni oleh empat empayar besar seperti : empayar rom, empayar greek, empayar rom byzantium dan empayar uthmaniyyah.

19- Melihat hasil arkitek islam hebat Mehmed Aga iaitu Masjid Biru yang menjadi lambang kemasyhuran kota Istanbul selain dari Hagia Sophia.

20- Terletaknya sebuah makam sahabat iaitu Abu Ayyub Al-Ansari di daerah Eyup Istanbul. Satu-satunya sahabat nabi yang syahid di bumi Turki.

21- Urfa, sebuah negeri yang digelar negeri para nabi, di sini terletaknya makam nabi Ayub as, nabi Ilyasa as dan makam isteri nabi Ayub as iaitu Siti Rahmah. Mengikut riwayat juga, di sini tempat lahirnya nabi Ibrahim as, juga tempat nabi Ibrahim dibakar oleh raja Namrud.

22- Bandar Urfa juga merupakan antara bandar yang tertua di dunia, mengikut riwayat, bandar Urfa telah dibangun semenjak zaman nabi Idris a.s.

23- Jika anda ingin melihat kota islam penuh, pergilah ke negeri Konya, sekitar 10-16 jam perjalanan dari Istanbul dengan bas atau keretapi, di sana tempat asasnya kerajaan islam bertapak di Turki iaitu kerajaan Seljuk.

24- Menikmati pemandangan taman kapas batu kapur putih yang unik di Pamukkale. Anda pasti terpegun.

25- Jika anda ingin menikmati alam flora dan fauna, Trabzon merupakan destinasi yang wajib anda pergi jika ke Turki. Terletak di persisir laut hitam.

26- Hatay atau Antakya, wilayah paling selatan di Turki, tempat bersemadinya jasad Habibi Najjar, kisahnya ada diceritakan di dalam surah yasin.

27- Pengangkutan awam yang sangat sistematik dan lengkap di seluruh negara Turki, pergilah ke ceruk mana pun di Turki, anda tidak akan menghadapi masalah pengangkutan awam.

28- Tempat berlakunya pertempuran antara kerajaan Troy dan Greek (Kisah ini ada diceritakan dalam filem Troy), di Canakkale anda boleh lihat replika patung kuda yang menjadi simbol kejatuhan kerajaan Troy.

Dan banyak lagi alasan kenapa saya cintakan Turki, jika mahu disenaraikan kesemuanya pasti panjang berjela post ini.

Semoga bermanfaat..:)

Kredit: Facebook Zaid Traveler

Khamis, 10 Mei 2018

(Info) Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Ke-7 Malaysia

Alhamdulillah. Selesai upacara angkat sumpah di istana.
Tun Dr. Mahathir Mohamad rasmi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia.

Terima kasih.

Rabu, 2 Mei 2018

(Info) Pemakaian tali leher digalakkan

Pekeliling pemakaian guru lelaki di sekolah.



Yeayyy.. tali leher digalakkan, bukan mesti. Sebab, kadang2 cuaca panas, tak selesa guna tali leher.

Khamis, 15 Februari 2018

(Info) Whatsapp tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi pejabat - MTUC

Saya nak share video Berita TV9 tentang isu whatsapp pekerja. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia, MTUC, whatsapp tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi pejabat. Lebih2 lagi selepas tamat waktu bekerja.




Kredit: Berita TV9

Semoga kita dapat pengetahuan baharu selepas menonton video tadi. Mungkin ramai yg belum tahu lagi. 

Selasa, 13 Februari 2018

(Info) Petua makan limau mandarin tanpa sakit tekak

Kenapa makan limau mandarin boleh sakit tekak? Hari ini baru saya tahu jawapannya setelah membaca artikel di media sosial.

Limau mandarin.

Sebenarnya, bahan kimia "sulphur dioxide" pada kulit limau mandarin yg menyebabkan sakit tekak. Sulphur dioxide digunakan untuk buah limau tahan lama & bebas gangguan serangga.

Jadi, petua sebelum makan limau mandarin, basuh dulu buah limau itu atau rendam seketika supaya sulphur dioxide hilang. Nak kupas kulit limau guna sarung tangan pun boleh. InsyaAllah tak batuk.

Sumber: Mingguan Wanita

Jumaat, 9 Februari 2018

(Info) Maksud Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Keraian

Maksud Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Keraian ialah..


Jadi, guru gred DG32, DG34, DG38, DG41 dan DG42 dapat imbuhan tetap khidmat awam manakala guru gred DG44 ke atas dapat imbuhan tetap keraian.

Sabtu, 6 Januari 2018

(Info) 7 pekeliling bermula 1 Januari 2018

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan tujuh Pekeliling Perkhidmatan dan satu Surat Pekeliling Perkhidmatan yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 untuk makluman dan rujukan. Pekeliling-pekeliling yang berkaitan ialah seperti berikut :
 
i.              Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017
Kemudahan Cuti Umrah
-       Maksimum 7 hari Cuti Tanpa Rekod sekali sepanjang tempoh perkhidmatan
 
ii.            Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2017
Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan
-       WP4 : 9.00 pagi hingga 6.00 petang, pulang 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan
 
iii.           Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017
Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
-       Kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari
 
iv.           Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2017
Bayaran Khas Tahun 2017
-       Bayaran RM1000.00 pada 8 Januari 2018
 
v.            Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2017
Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018
-       Bayaran RM500.00 pada 7 Jun 2018
 
vi.           Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2017
Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana
-       Pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat boleh dinaikkan pangkat secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berdasarkan TBBK
 
vii.          Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2017
Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung
-       Pegawai wanita mengandung 5 bulan dan ke atas & pasangan (penjawat awam), tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing
 
viii.        Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017
Kebenaran Gantian Cuti Rehat (GCR) Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
-       Hanya GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat dan boleh digunakan secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan

-Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Sabtu, 16 Disember 2017

(Info) 9.6 juta rakyat Malaysia menghidap kolesterol tinggi

Untuk kesedaran bersama, saya nak share...

9.6 juta rakyat Malaysia menghidap kolesterol tinggi.

Sumber: National Health & Morbidity Survey 2015

Bahaya kolesterol tinggi, boleh menyebabkan strok (lumpuh). Mencegah sebelum parah, jaga pemakanan semua!

(Info) Kebaikan ambil oat beta-glucan

Kenapa saya minum Biogrow Oat BG22? Sebab oatnya ialah oat beta-glucan.

Saya share gambar kebaikan ambil oat beta-glucan...


Inilah sebab saya pilih Biogrow Oat BG22.
Senang nak minum, bancuh dgn air sejuk & minum. Selalu saya campur dalam susu Omega. Sedap!


Korang pun boleh cuba juga! 

Khamis, 14 Disember 2017

(Info) Penjawat awam boleh mohon cuti tanpa rekod untuk umrah

Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan memohon cuti tanpa rekod untuk menunaikan umrah maksimum selama tujuh hari iaitu sekali dalam tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Jan depan.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Dis, perkiraan tujuh hari itu bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan ziarah di Madinah.

Cuti umrah itu tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lepas mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Menurut pekeliling itu, pegawai yang memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka. – Bernama-


Alhamdulillah.
Sumber: @malaysia1news

Jumaat, 8 Disember 2017

(Info) Soalan interview semasa hantar borang nikah

Soalan yang ditanya semasa interview untuk hantar borang nikah :

1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.

2. Baca Surah Al-Fatihah.

3. Baca doa Qunut.
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? 

5. Sebutkan rukun nikah?

6. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?

7. Tanggungjawab suami/Isteri.

1. Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis

2. Hadas ada dua; hadas besar dan hadas kecil.

3. Sebelum lakukan ibadah wajib :
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk

4. Bahagian najis,
- Najis Muhaffafah 
- Najis Mutawassitah 
- Najis Mughallazah

5. Tanggungjawab suami:
- Menunaikan perintah/hak Allah
- Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
- Beri nafkah pada isteri.
- Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
- Melindungi isteri

6. Munakahat - ilmu tentang perkahwinan.

7. Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul

Sila SHARE, tag pasangan korang.

Penting untuk rujukan korang nak kawin akan datang.

Semoga membantu korang yang nak temuduga nak kawin nanti.

Moga Allah permudahkan urusan kalian 💜

Sumber: facebook

Khamis, 7 Disember 2017

(Info) Kenapa komen UP di facebook?

Saya baru tahu jika ada ramai orang komen UP di facebook.


UP tu untuk pastikan posting tu sentiasa berlegar di news feeds. Dengan adanya komen UP, posting akan up sentiasa.

Oh, begitu...

Selasa, 5 Disember 2017

(Info) Mulai 2018, PPSR ganti UPSR

APA ITU PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR)?

PPSR adalah pelaporan untuk memberi maklumat tentang kemenjadian murid di akhir persekolahan rendah. PPSR mempunyai 4 komponen iaitu:

1) Pentaksiran Bilik Darjah
2) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikukum
3) Pentaksiran Psikometrik
4) UPSR


Mulai 2018, PPSR akan digunakan bagi menggantikan UPSR.

(Info) Kenyataan media, kelonggaran Kursus I-Think

Saya ada terbaca juga, ramai cikgu merungut sistem online Kursus I-Think ni slow.

Alhamdulillah, hari ini KPM mengeluarkan kenyataan media tentang kelonggaran melaksanakan kursus ini.



Bergembiralah :)