label

Sabtu, 31 Oktober 2020

(Aktiviti) Part 7 - Abseiling di Air Terjun Sungai Pelepah Kiri

Okey, ini part akhir cerita saya tentang aktiviti abseiling di Air Terjun Sungai Pelepah Kiri. Sekitar pukul 5.00 petang, kami selamat tiba di tempat parkir kereta.

Saya bergambar bersama ahli kumpulan saya yang lain & para pekerja yang menguruskan aktiviti abseiling ini. Kumpulan abseiling kami ada 7 orang. Walaupun baru sehari kenal, tetapi rasa macam dah lama kenal mereka.

Saya mendaftar aktiviti abseiling ini dengan syarikat SAS Adventure. Boleh cari di facebook SAS Adventure. Bayaran RM100 termasuk permit, insurans & aktiviti abseiling (main sampai puas). Perkhidmatan mereka amat puas hati.

Vlog saya..


Pengalaman abseiling ini tidak mungkin saya akan lupakan. Kenangan pertama kali abseiling. Sekian sahaja, Assalamualaikum.

(Aktiviti) Part 6 - Abseiling di Air Terjun Sungai Pelepah Kiri

Selepas selesai 2 kali buat aktiviti abseiling, kami mandi-manda di air terjun.




Selesai mandi, kami akan bergerak balik. Dalam pukul 4.00 petang, kami bertolak balik.

Video tik tok saya.

Vlog saya...

Bersambung...

(Aktiviti) Part 5 - Abseiling di Air Terjun Sungai Pelepah Kiri

Selepas melakukan aktiviti abseiling, kami berehat sebentar. Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya...




Video hujan lebat...

Bersambung...

(Aktiviti) Part 4 - Abseiling di Air Terjun Sungai Pelepah Kiri

Tiba giliran saya untuk melakukan aktiviti abseiling...

Allah je yang tahu perasaan kali pertama nak turun air terjun ni..

Kami diajar dulu cara abseiling...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini gambar-gambar mengikut turutan semasa saya abseiling...




Alhamdulillah, berjaya menyelesaikan aktiviti abseiling buat kali pertama.

Vlog saya...


Bersambung..

(Aktiviti) Part 3 - Abseiling di Air Terjun Sungai Pelepah Kiri

Selepas peralatan abseiling sudah di pasang di kawasan air terjun, kami akan melakukan abseiling sebentar lagi...

Sebelum abseiling, mesti pakai harness dengan selesa.


Selepas itu, mesti pakai topi keselamatan juga.

Kami dah bersedia...

Kami mesti naik ke atas dahulu untuk sampai di lokasi permulaan abseiling.

Waktu ni, hati semakin berdebar-debar.

Bersambung...

(Aktiviti) Part 2 - Abseiling di Air Terjun Sungai Pelepah Kiri

Setelah kira-kira setengah jam berjalan dan mendaki di kawasan air terjun...

Kami tiba di Air Terjun Sungai Pelepah Kiri...

Di sinilah kami akan melakukan aktiviti abseiling...

Ini kali pertama saya nak cuba abseiling di Air Terjun.

Muka senyum tapi hati berdebar jugak..

Vlog saya.


Bersambung...

(Aktiviti) Part 1 - Abseiling di Air Terjun Sungai Pelepah Kiri

Pada 29/10/2020 saya dan 2 orang rakan sekerja saya ke Air Terjun Sungai Pelepah Kiri untuk melakukan aktiviti abseiling.

Seawal pagi, kami sampai di sini. Parking di Air Terjun Kota Tinggi, sekali masuk RM1 je...

Sementara tunggu ahli kumpulan yang lain, kita bergambar dulu.


Aktiviti pemanasan badan. Hehehe...

Inilah 2 orang rakan saya.

Alhamdulillah, cuaca cerah pada pagi tersebut.

Bersambung..

Jumaat, 23 Oktober 2020

(Mi Casa) Tupperware Quick Chef

Saya beli Tupperware Quick Chef di Shopee untuk memudahkan kerja saya memasak di dapur.

Tupperware Quick Chef. Berbaloi beli sebab senang nak kisar bahan-bahan untuk masakan dan jimat elektrik. Senang dan sekejap je nak kisar bahan masakan.

Saya dah guna pagi tadi untuk kisar bawang dan cili padi untuk masak nasi goreng. Memang puas hati!

Pada pendapat saya, tak rugi beli gajet di dapur seperti Tupperware Quick Chef ini sebab memudahkan kita masak.

Jumaat, 16 Oktober 2020

(Cerita) Kembali mengambil chia seed

Saya kembali mengambil chia seed.

Saya beli chia seed ini di Shopee.

Antara kebaikan chia seed ialah membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. insya-Allah.

Khamis, 15 Oktober 2020

(Masak) Bakar ayam guna Air Fryer Perrysmith

Hari ini saya merasmikan air fryer Perrysmith saya. Saya bakar satu ekor ayam di dalam air fryer ini.

Badan air fryer ini ada bahagian lutsinar. Boleh tengok hasil masakan kita di dalamnya.

Hasil ayam bakar saya. Ada hitam sedikit sebab letak madu dalam bahan perapan. Saya masuk 1 ekor terus ayam yang telah dipotong.

Ulasan saya tentang air fryer Perrysmith ini, saya puas hati. Alhamdulillah.

(Mi Casa) Air Fryer 8.5 liter Perrysmith

Saya beli air fryer yang besar sedikit jenama Perrysmith di Lazada. Saya beli sebab besar dan untuk memudahkan urusan memasak saya.

Air fryer dual speed jenama Perrysmith.

Beginilah rupanya.

Saya lebih suka peralatan yang menggunakan butang pusing macam ni...

Rupa dalam air fryer ini.

Bagusnya air fryer ini ada alat berpusing ni. Jika kita goreng kentang, kentang akan masak sekata sebab alat ini akan berpusing.

Rupa periuk air fryer ini. Besar, boleh bakar 1 ekor ayam terus.

Dapat periuk untuk bakar kek juga.

Bagi saya, spefikasi air fryer ini menarik dan harganya berpatutan. Nanti saya share hasil saya masak guna air fryer ini. Jumpa lagi!