label

Sabtu, 28 September 2019

(Cerita) Tip menggunakan Eye Glo

Saya nak share tip untuk menggunakan Eye Glo. Mungkin ada yang belum tahu...

Eye Glo. Bagus guna ni untuk melembapkan mata. Lebih2 lagi kerja sebagai cikgu yang perlu menanda buku, kertas ujian dan banyak lagi.

Kali pertama anda guna, sila tulis tarikh dahulu pada botol. Selepas dibuka, Eye Glo ni elok digunakan dalam tempoh satu bulan sahaja. Jadi, kalau ada tarikh, senang anda nak tahu tempoh Eye Glo anda.

Selain itu, simpan Eye Glo di tempat redup. Tip ni saya dapat semasa kerja di farmasi dulu.

Selamat mencuba!

Khamis, 26 September 2019

(Sekolah) Jamuan kecil bersama mereka

Nak letak sini buat kenangan...

Dari hari Isnin hingga hari ini, saya terlibat bengkel. 

Jamuan kecil bersama kawan2 di sini.

Saya dah anggap mereka keluarga kedua saya jika bertugas di sekolah. Keluarga pertama, mestilah rakan2 guru yg sama sekolah dgn saya.

Khamis, 19 September 2019

(Review) Apam balik keju

Petang tadi, saya cuba apam balik keju. Saya beli di pasar malam.

Apam balik keju. Harga RM7.00. Meleleh kejunya.

Ulasan saya, rasa apam balik ini sedap sebab rasa keju tetapi tak boleh makan banyak. Cepat muak. Rasa dia manis masin keju. Makan panas2 sedap.

Keseluruhannya, kalau untuk mencuba pertama kali, okey la...

(Sekolah) Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2019

Pagi tadi diadakan majlis penutup Bulan Kebangsaan di sekolah.

Saya sebagai jurugambar.

Suasana majlis pagi tadi..

Gambar kenangan guru2



Selesai dah sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini.

Khamis, 12 September 2019

(Sekolah) Potluck Segalanya Sup 2019

Hari ini di sekolah, kami buat potluck suka-suka. Nama potluck kami Segalanya Sup sebab tema menunya Aneka Sup.

Kawan2 saya sedang menikmati sup..

Lihat tu...


Gambar kenangan...







Video potluck pagi tadi...

Saya masak sup daging & sup tulang Noxxa.

Sup ayam yang saya masak di rumah.

Sup yang saya masak di sekolah hari ini.

Alhamdulillah. Selesai potluck hari ini.

Rabu, 11 September 2019

(Sekolah) Hari terakhir UPSR 2019

 Hari ini hari terakhir UPSR 2019. Tak sah, kalau saya & kawan2 tak bergambar. Inilah hasil gambar kami pada hari ini.












Keletihan bergambar hari ini. Selain guru2, saya juga membantu merakam gambar kelas murid Tahun 6 hari ini.

Setiap gambar adalah kenangan. Selesai UPSR 2019.

Isnin, 9 September 2019

(Cerita) Cara buka sekatan nombor TAC Cimb Clicks

Semalam nombor TAC Cimb Clicks saya kena sekat sebab salah masuk nombor sebanyak 3 kali. Talian internet saya semalam ada masalah, jadi saya tekan berkali-kali nombor TAC. Selepas itu, ada banyak mesej nombor TAC masuk tetapi saya tak tahu yg mana satu. Jadi saya masukkan semua sehinggalah kena block.

Guna nombor telefon CIMB yg ni...

Saya nak share, cara nak selesaikan masalah jika nombor TAC kita kena sekat pada Cimb Clicks. Caranya mudah, call sahaja nombor di atas. Nanti ada beberapa soalan keselamatan. Selepas itu, pihak Cimb akan buka sekatan itu. Mudah je caranya.

Hari ini ada sale Lazada & Shopee. Jadi, ada barang murah yg saya nak beli. Alhamdulillah, dah boleh guna Cimb Clicks saya lagi.

Jumaat, 6 September 2019

(Aktiviti) Unicorn Run 2019 di Iskandar Puteri

 Selamat pagi. Ini cerita Ahad lepas, saya menyertai Unicorn Run 2019 di Iskandar Puteri.

Muka macam saya sedang berlari tetapi tidak.

Ini kisahnya...

Saya sampai lambat di tempat larian. Lihat selautan manusia yg join larian ni. Mungkin sebab bayarannya murah, RM28 atau jatuh pada cuti umum Awal Muharram.


8000 orang yg join larian ni.

Tempat parkir dgn tempat larian jauh tau. Kira2 20 minit jalan kaki.

Mula bergerak.

Berikut gambar2 ketika di trek larian...








Gambar ini diambil menggunakan Go Pro Hero 7 Black.


Saya jalan kaki sebab tak boleh nak lari. Ramai sangat orang.

Lihat video ni...




Selepas tiba di garisan penamat...


Dapat medal Unicorn.

Sekali lagi bergambar dgn medal.

Minum jap...

Air mineral ditaja oleh Moma.


Bergambar dgn rakan2...

Nampak dalam gambar saya senyum tetapi dalam hati tidak. Ada peristiwa pahit yg saya lalui hari itu. Biarlah saya & Allah yg tahu. Sebab itu, saya tak bersemangat nak update awal tentang larian ni.

Selepas larian...




Singgah di Sunway Mall.

Okelah, setakat ini dahulu.