Assalamualaikum. Tahun ini tahun ketiga beraya tanpa arwah emak. Budaya masak lauk raya tetap diteruskan. Alhamdulillah, semalam saya berjaya masak lauk raya sebelum Maghrib. Inilah menu raya saya pada tahun ini.
Saya masak ayam masak merah.
Saya masak sambal goreng.
Saya masak sambal kacang.
Lepas sahur semalam, saya rebus ketupat segera guna pressure cooker.
Rendang daging ni adik saya masak.
Bolehlah lauk macam ni. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin.
Assalamualaikum. Semalam ada 2 kisah songkok saya.
Kisah pertama, songkok baru saya kebesaran sebab saiz kepala saya sedikit susut. Songkok tu terus ke turun ke dahi saya. Jadi di sekolah saya tak pakai songkok yang besar itu walaupun berbaju melayu.
Kisah kedua di Masjid BBU. Saya pakai songkok basahan saya untuk solat terawih. Ketika nak ambil wuduk, songkok saya terjatuh di longkang air wuduk. Jadi saya tak jadi pakai songkok ketika solat sebab tak selesa.
Boleh pula songkok saya tak beri kerjasama semalam.
Ada perkara yang saya tak ceritakan pada kawan-kawan saya di sekolah hari ini, tetapi saya cerita di sini. Sebenarnya, saya gastrik hari ini. Saya tahan gastrik ini sebab nak jumpa kawan-kawan saya pada petang tadi.
Selepas minum petang bersama rakan-rakan, saya bukan menangis dalam kereta. Waktu saya drive nak balik rumah, tiba-tiba gastrik saya semakin kuat dan nyaris-nyaris nak muntah dalam kereta. Tapi tak muntah pun... Waktu ni lampu isyarat merah ye...
Alhamdulillah, saya dapat mengawal gastrik saya hari ini. Sampai rumah saya minum tolak angin. Saya dalam keadaan baik.
Dari 3 Mac 2024 hingga 7 Mac 2024 diadakan Mesyuarat Guru sebelum buka sekolah. Alhamdulillah, sekolah saya tidak mengikut trend banyak sekolah yang mengadakan mesyuarat pertama di hotel.
Datang awal ke sekolah sebab tak nak terlibat dalam kesesakan.
Mesyuarat panitia BM, saya gantikan kawan saya yang sedang cuti sakit.
Bahan-bahan untuk minggu pertama persekolahan.
Hari Khamis, saya & rakan-rakan mengemas kelas.
Buku teks untuk persiapan mengajar pun saya dah beli. Saya beli di Shopee. Walaupun ada buku teks digital, saya lebih suka buku teks secara maujud ini.
Assalamualaikum. Pada 20 Februari yang lalu, terpergilah saya ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Banyak tempat yang masuknya adalah percuma.
Contohnya di Malaysia Heritage Studios. Waktu ni saya tengah beratur panjang.
Di blog ni saya akan beritahu, berapa jam saya beratur nak masuk ke Malaysia Heritage Studios.
Setelah 2 jam setengah beratur, saya dapat juga masuk ke dalam Malaysia Heritage Studios. Hari ini sahaja masuk percuma. Hari lain nak masuk tiketnya RM45 bagi dewasa.
Di dalam Rumah Kedah yang cantik sangat.
Di dalam Rumah Kedah.
Di dalam Rumah Selangor yang cantik juga dengan lampu-lampu.
Di dalam Rumah Selangor juga ada bunga-bunga raya yang besar ini.
Okey sekarang saya sertakan video vlog saya pada hari Selasa yang lalu.
Episod 1.
Episod 2.
Episod 3.
Episod 4.
Episod 5.
Episod akhir.
Alhamdulillah, selesai kisah saya di Melaka. Saya ke Melaka balik hari. Tak menginap di sana pun.