label

Khamis, 14 Oktober 2021

(Mi Casa) Tong roro

Semalam saya datang ke Mi Casa untuk mengemas rumah. Sebenarnya, saya sewa tong roro untuk buang pokok yang tumbuh di belakang rumah, rak tv dan sofa. Rak tv & sofa saya terpaksa dibuang kerana musnah dimakan anai-anai.

Tong roro. Saya baru tahu namanya tong roro. Duduk rumah taman, tak boleh buang barang sesuka hati.

Tong roro ni saya sewa seminggu. Kosnya RM150. Rumah saya diserang anai-anai sebab dah 3 bulan saya tak datang ke sana. Yang pertama sebab PKP & kedua, saya jaga arwah mak yang sakit.

Ahad, 10 Oktober 2021

(Masak) Sambal kerang

Semalam di Mi Casa, saya dapat beli kerang segar.

Hari ini saya masak sambal kerang segar. Manis isi kerang ini.

Alhamdulillah. Dah lama saya tak masak sambal kerang.

Sabtu, 9 Oktober 2021

(Mi Casa) Hari ini hari yang penat

Kira-kira 3 bulan saya tak datang ke Mi Casa. Hari ini saya datang ke Mi Casa.

Sempat rakam suasana petang ketika nak balik ke rumah.

Selama saya tak datang ke rumah, semak semakin panjang, pokok di belakang rumah menjalar sampai masuk ke rumah dan satu perkara yang buat saya stres, masalah anai-anai. Ya Allah, seharian suntuk saya menguruskan masalah anai-anai. Habis ruang tamu saya diserang anai-anai. Nanti saya sambung lagi topik anai-anai ye...

Apa yang boleh saya katakan hari ini ialah hari ini hari yang penat bagi saya...

Khamis, 7 Oktober 2021

(Sekolah) Bantu urus hadiah dan sijil pertandingan

Hari ini saya datang ke PPD untuk bantu uruskan hadiah dan sijil pertandingan yang lalu.

Pertama kali saya buat kerja di sini.

Video saya cetak sijil.


Hadiah dan sijil siap.

Terima kasih kepada pegawai PPD sebab belanja kopi Barista dan nasi goreng.

Alhamdulillah, selesai tugas hari ini.