label

Sabtu, 4 November 2023

(Aktiviti) Hakim pertandingan sajak Alam Ria PASTI 2023

Assalamualaikum. Pagi tadi saya terlibat menjadi hakim pertandingan sajak murid lelaki sempena Alam Ria PASTI 2023.

Pertandingan diadakan di UniKL Mitec Pasir Gudang.

Pengalaman pertama bertugas sebagai hakim pertandingan sajak murid prasekolah.

Bersama rakan hakim.

Terima kasih kepada pihak PASTI kerana menjemput saya menjadi hakim bagi pertandingan sajak ini.

Vlog.

Alhamdulillah, selesai bertugas pada hari ini.

Isnin, 9 Oktober 2023

(Sekolah) Majlis Persaraan Ustazah Halidah di sekolah

Pada 1 Oktober yang lalu, diadakan majlis persaraan rakan saya, Ustazah Halidah di sekolah.

Saya dan Ustazah Halidah. Dari saya mula posting sehingga beliau bersara, tempat duduk saya dekat dengan beliau. Selalulah kami bersembang di bilik guru.



Video sent off.

Video thumb print terakhir.

Ya, terasa kehilangan beliau. Berbelas tahun kerja bersama. Selamat bersara Ustazah Halidah.

Ahad, 8 Oktober 2023

(Video) Perpisahan Ustazah Halidah

Pada 27 September yang lalu, saya buat sesi rakaman video perpisahan suka-suka bersama Ustazah Halidah yang akan bersara pada 1 Oktober 2023.

Saya bersama rakan-rakan guru agama sesi pagi.


Hasi video perpisahan Ustazah Halidah.

Ada makan-makan lagi di bilik guru pada hari tersebut.


Video ini akan jadi kenangan kami.

(Sekolah) Potluck Nasi Jagung 2023

Pada 25 September yang lalu, kami buat potluck nasi jagung sempena minggu akhir rakan kami Ustazah Halidah berada di sekolah sebelum beliau bersara.

Bergambar kenangan.


Ada cikgu sponsor kek.

Saya bawa ayam masak merah dari rumah.

Vlog masak nasi jagung.


Alhamdulillah, potluck berjalan seperti yang dirancang.

Ahad, 17 September 2023

(Sekolah) Pekeliling Media Sosial Guru

Assalamualaikum. Baru-baru ini tular, guru tak boleh gunakan murid sebagai content di media sosial. Ini ialah pekeliling etika penggunaan media sosial oleh guru.



Download pekeliling etika penggunaan media sosial oleh guru: Pekeliling etika penggunaan media sosial oleh guru

Selagi saya tak langgar etika ini, saya akan post macam biasa aktiviti saya dengan murid di sekolah. Sebabnya itu bukan content tapi gambar kenangan.

(Sekolah) Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2023

Assalamualaikum. Pada 14 September yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2023.



Simpan gambar-gambar di sini sebagai kenangan.

(Makan) Restoran Ikan Bakar Kayu Arang

Assalammualaikum. Pada hari Ahad lepas, selepas dari SK Kota Masai 3, saya singgah makan tengah hari di Restoran Ikan Bakar Kayu Arang Taman Rinting Johor.

Tempat terhad, kalau ramai, kena tunggu di luar ikut giliran.


Saya makan ini, nasi & ayam bakar sambal.

Vlog.

Alhamdulillah, pengalaman baharu makan di sini. Katanya pernah tular di Tik Tok restoran ni...

(Sekolah) Selesaikan kerja akhir pertandingan syair daerah

Pada Ahad lepas, selepas habis sekolah, saya pergi ke SK Taman Kota Masai 3 untuk hantar tuntutan bayaran makanan semasa pertandingan syair yang lalu.


Dengan ini, selesailah tugas saya dalam pertandingan syair 2023.

(Sekolah) Gotong-royong Madani

Assalamualaikum. Pada 10 September Ahad lepas, sekolah saya telah mengadakan Gotong-royong Madani.

Antara aktivitinya ialah menanam serai dan bunga kantan.

Mengutip sampah.

Mengutip sampah.

Saya bertugas sebagai jurugambar.

Vlog.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar.

(Sekolah) Karnival BM peringkat negeri

Assalamualaikum. Pada 7 September yang lalu, saya telah terlibat dalam urus setia Karnival BM peringkat negeri 2023 di Perpustakaan Sultan Ismail.

Saya bertugas sebagai ajk pendaftaran.

Majlis penutup. Biarlah gambar2 ni saya jadikan di sini.

Kawan-kawan baharu.



Vlog.

Pengalaman baharu buat saya dalam pertandingan peringkat negeri ni...