label

Ahad, 30 September 2018

(Cerita) Sempat beli barang di Daiso sebelum naik harga esok

Selepas makan di Texas Chicken, saya pergi balik ke Komtar JBCC.

Saya nak ke Daiso.

Rambang mata tengok barang dapur dia.

Hari ini last harga barang RM5.57. Bermula esok harganya dah jadi RM5.90.

Saya suka tengok barang keperluan rumah & dapur di sini.

Badan dah penat, selepas habis beli barang di sini, saya pun balik ke rumah.

Hari ini hari yg penat bagi saya. Selamat berehat!
Teruskan membaca

(Makan) Texas Chicken

Selepas taklimat Angry Birds Challenge, saya singgah di Texas Chicken, City Square.

First time saya makan di sini.

Saya order set Tex Sampler. Harga RM10.90 (tak termasuk 6% service tax). Dapat 1 ketul ayam, 1 isi ayam, 2 ketul naget, kentang putar & minuman.

Ayam gorengnya rangup di luar, berjus (basah) di dalam.

Sos bbq madu dia sedap!

Saya ambil jus oren. Air ambil layan diri.

Kaunter air. Refill percuma. Minumlah sepuas korang.

Okelah, saya nak makan dulu. 

Ramai orang datang sini sebab murah & refill air free.
Teruskan membaca

(Aktiviti) Taklimat Angry Birds Challenge di Komtar JBCC

Selepas balik sekolah, saya singgah ke Angry Birds Komtar JBCC.

 Saya ada taklimat Angry Birds Challenge di Komtar JBCC. Saya ganti kawan saya yg tak dapat datang hari ini.

Kami diberi taklimat dulu.

 Angry Birds Challenge ni sebuah pertandingan antara sekolah2 di negeri Johor.

Saya cabut giliran saringan. Sekolah saya bertanding pada hari pertama.

Selepas taklimat, kami di bawa ke tempat pertandingan.

Antara tempat pertandingan...



Saya tengah menahan lapar waktu ni.. Tiba2 gastrik datang.





Tak sangka, jumpa kawan 1 maktab saya. Jadi, saya tak bersendirian di sini.

Pertandingan minggu depan. Good luck!
Teruskan membaca

Sabtu, 29 September 2018

(Cerita) Balik berlari singgah majlis kahwin

Balik berlari pagi tadi, saya & rakan2 singgah di majlis kahwin jemputan bekas ketua kerani sekolah saya.

Maaf, kami datang pakai tshirt larian.

Selesai aktiviti Sabtu hari ini. Larian & menghadiri jemputan kahwin.
Teruskan membaca

(Cerita) Kolesterol saya dah turun

Dalam acara Larian Hari Jantung Sedunia 2018 pagi tadi, ada pemeriksaan kesihatan percuma.

Apa lagi, saya tak nak melepaskan peluang ini. Ini hasil keputusan pemeriksaan kesihatan saya pagi tadi..

Alhamdulillah, kolesterol saya dah turun kepada 4.6 mmol/L. Tahun lepas kolesterol saya 8 lebih mmol/L. Tekanan darah & gula dalam darah normal.

Gula dalam darah saya 5.6 mmol/L. Kira ideal la tu..

Terima kasih kawan2 yg suggest saya makan oat & bawang putih waktu kolesterol saya tinggi. Terima kasih juga kpd kawan2 yg ajak saya berlari (mungkin ini faktor kolesterol saya turun juga).

Leganya bila dapat tahu kolesterol saya dah turun.
Teruskan membaca

(Aktiviti) Larian Hari Jantung Sedunia 2018

Cerita pagi tadi...

Saya menyertai larian hari jantung sedunia 2018 anjuran KPJ. Ini kali ketiga saya masuk acara larian pada tahun ini.

Ni saya cerita balik dari mula. Pukul 7.20 pagi saya sampai.

Lokasinya di KPJ Johor Specialist Hospital.

Dah nak mula larian...

Ramai juga yg join larian ni...

Saya lari slow2 je... Lebih banyak berjalan.

Larian hari ini 7km. Pertama kali saya join larian 7km.

Peluh sudah....

Selesai berlari, acara merakam gambar dengan kawan2.

Sementara tunggu cabutan bertuah...


Kita bergambar dulu.






Team larian kami, Loleh Runners.


Medal penamat.

Cabutan bertuah kami tak menang. Sebelum balik bergambar lagi.



Alhamdulillah, selesai lari 7km hari ini. Bestnya acara larian hari ini ada pemeriksaan kesihatan percuma. Nanti saya cerita pada entri seterusnya.

Tunggu!
Teruskan membaca

Jumaat, 28 September 2018

(Cerita) Baruku tahu konsep Big Brands Outlet

Hari ini, pertama kali saya masuk ke sini...

Big Brands Outlet di Tesco Plentong. Kedai barang elektrik & perabot macam Courts.

Konsep kedai ini menjual barang baharu & barang2 bekas display di kedai elektrik & perabot terkenal. Barang2 bekas display dijual pada harga rendah. Korang kena pandai pilih & cek kualitinya.

Ada barang display yg masih ok tau! Barang display ni ialah barang yg dijadikan perhiasan di sesebuah kedai. Bila dah sampai masa, barang2 ini akan dijual pada harga yg murah. Ha, di sinilah tempatnya!
Teruskan membaca