label

Jumaat, 18 Jun 2021

(Makan) Kek Durian Secret Recipe

Ini kek durian Secret Recipe. 

Kek durian Secret Recipe.


Pertama kali saya makan kek durian daripada Secret Recipe. Rasa duriannya tidak terlalu kuat tetapi masih sedap.

(Resipi) Buat cili jeruk sendiri

Ini kali kedua saya buat cili jeruk sendiri. Ingatkan esok nak masak mi ladna, bolehlah dimakan dengan cili jeruk ni. Saya kongsikan resipinya.

Cili jeruk.

Resipi:
20 biji Cili hijau besar dibasuh bersih.
2 sudu garam.
3 sudu gula.
2 sudu cuka.

Semoga cili jeruk saya menjadi.

Selasa, 15 Jun 2021

(Cerita) Mula ambil gingko biloba

Vitamin gingko biloba yang saya beli di Shopee dah sampai. Saya rasa, saya perlukan gingko biloba ini sebab... (Teruskan membaca... )

Saya beli gingko biloba jenama Nature Wells, dapat percuma shaker. Padahal vitamin ni jenis kapsul.

Antara sebab saya nak ambil gingko biloba ni sebab nak meningkatkan perjalanan darah dalam badan. Kaki saya kerap kebas. Bagusnya gingko biloba ini ialah untuk menguatkan memori dan membantu mengurangkan stres. Sesuai untuk cikgu.

Semoga dengan izin Allah, saya sentiasa sihat sejahtera.

Isnin, 7 Jun 2021

(Cerita) Apa nak buat jika cashier salah bungkus pesanan kita di KFC?

Saya nak kongsi cerita semalam, mana tahu bermanfaat untuk anda. Semalam, saya pesan set ayam KFC yang ini melalui aplikasi KFC.

Set 9 ketul ayam dan 9 ketul naget. Saya pesan guna aplikasi KFC dan ambil sendiri di KFC.

Selepas selesai ambil set ayam yang dah siap dibungkus, saya balik ke rumah. Setibanya di rumah, saya cuma dapat 6 ketul ayam goreng dan 6 ketul naget. Tak cukup 3 ketul ayam goreng dan naget saya. Cashier tersalah bungkus pesanan saya.

Jangan risau, adik saya terus telefon balik KFC tadi dan beritahu apa yang berlaku. Selepas itu, pengurus KFC meminta maaf dan menyuruh pekerja mereka hantar pesanan saya yang kurang tadi terus ke rumah. Dalam lebih kurang sejam, pekerja KFC datang ke rumah saya dan menghantar pesanan yang kurang tadi. Mereka bagi tambahan coleslaw yang besar lagi secara percuma.

Alhamdulillah, selesai masalah. Yang penting, jangan marah-marah jika cashier tersalah bungkus pesanan KFC. Biasalah, kita manusia biasa. Tak lepas daripada kesilapan. Bye!

Rabu, 26 Mei 2021

(Mi Casa) Kipas circulation Iris Ohyama, penyelesaian bilik yang panas

Assalamualaikum, saya nak kongsi cerita tentang sebuah kipas circulation jenama Iris Ohyama, jenama kipas circulation nombor 1 di Jepun. Saya baru beli di Shopee. Apakah kebaikan kipas ini? Teruskan membaca.

Kipas circulation jenama Iris Ohyama. Kecil je kipas ni tetapi fungsinya okey!

Saya beli kipas ini untuk mengurangkan panas di dalam bilik saya. Saya jenis tak nak pasang pendingin hawa di dalam rumah, jadi setelah saya buat tinjauan, saya rasa kipas ni jalan penyelesaian untuk mengurangkan panas di dalam bilik. Saya guna kipas angin dan kipas circulation ini dan kesannya, Alhamdulillah. Memang kurang rasa panas di dalam bilik. Saya rasa pilihan yang baik berbanding guna pendingin hawa.

Saiz kipas yang kecil ini boleh dibawa ke mana sahaja. Jadi, saya berpuas hati beli kipas circulation ini.

Isnin, 24 Mei 2021

(Makan) Cara saya beli lemang

Petang tadi saya ke pasar malam Kampung Melayu. Saya nampak ada orang jual lemang, saya pun singgah beli. Saya nak kongsi cara saya beli lemang.

Biasanya saya akan beli lemang selepas hari raya dan dah dipotong macam ni. Sebabnya, saya nampak isi lemangnya dan insya-Allah rasanya terjaga. Kalau beli selepas raya, penjual boleh rasa lemang dulu sebelum dibakar. Lemang ini empat potong RM10.

Saya beli juga rendang daging ini. Sebekas RM5.

Alhamdulillah, sedap!

Ahad, 23 Mei 2021

(Masak) Jemput-jemput pisang tanpa serbuk penaik

Selamat pagi. Pagi tadi saya buat ini...

Jemput-jemput pisang tanpa serbuk penaik. Saya ikut resipi daripada YouTube Che Nom.

Ini resipinya...

Saya guna pisang emas. Semalam saya jumpa pisang ni di Maslee. Mereka jual murah sebab dah terlalu masak.

Saya lenyekkan 2 sisir pisang emas, 5 sudu gula & 1 sudu garam. Tepung gandum dalam 3 cawan (ikut suka). Itu je bahannya. Jangan letak air.

Goreng dengan api yang kecil. Selalu kacau supaya warna jemput-jemput ini sekata. Bagusnya jemput-jemput pisang tanpa serbuk penaik ini ialah kita tak perlu guna banyak minyak.

Sedap! Saya jenis tak sabar nak buat jemput-jemput guna tangan. Ni saya guna sudu je, sebab itu bentuknya abstrak. Hehehe...

Selalu saya buat jemput-jemput pisang guna potas. Hari ini potas takde, itu yang saya tengok resipi di YouTube tu...

Ahad, 16 Mei 2021

(Cerita) Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!

Adik saya belikan.

Hari Guru tahun ini jatuh pada Hari Raya keempat dan dalam musim PKP.

Rabu, 12 Mei 2021

(Cerita) Puasa 2021 turun 7 kilogram

Alhamdulillah.

Sebelum puasa berat saya 82kg, hari ini hari terakhir puasa pada tahun ini, berat saya 75kg.

Antara hikmah puasa :)

Rabu, 28 April 2021

(Cerita) UPSR dimansuhkan sepenuhnya

Jujurnya, saya terkejut mendengar pengumuman pemansuhan UPSR sepenuhnya oleh Menteri Pendidikan pada pukul 2.00 petang hari ini. Tiada lagi UPSR.

Gambar kenangan hari terakhir UPSR 2019.

Banyak kenangan antara saya dengan UPSR. Bye-bye UPSR! 

Khamis, 22 April 2021

(Cerita) Servis kereta

Balik kerja, saya singgah di pusat servis kereta.


Untuk servis kali ini, saya servis pendingin hawa sekali dan tukar plag iridium.

(Menu Sahur) Hari kesepuluh

Menu sahur saya pagi tadi.

Tom yam tak sempurna guna periuk Noxxa.

Ada halangan saya masak menggunakan dapur gas pagi tadi. Halangannya biarlah saya yang tahu. Selamat berpuasa.

Rabu, 21 April 2021

(Mi Casa) Buka puasa di sini

Hari ini saya berbuka puasa di Mi Casa.

Saya beli nasi ambang untuk berbuka.

Ada sebab saya berbuka di sini hari ini.

(Menu Sahur) Hari kesembilan

Assalamualaikum. Inilah menu sahur saya pagi tadi.

Telur goreng dan terung tumis cili padi masakan saya.

Berselera makan lauk macam ni :)

Selasa, 20 April 2021

(Menu Sahur) Hari kelapan

Assalamualaikum. Menu sahur saya hari ini.

Ayam goreng dan kentang masak bening. Sambal garing tu saya beli di sekolah.

Alhamdulillah, selamat berpuasa.

Isnin, 19 April 2021

(Menu Sahur) Hari ketujuh

Assalamualaikum.

Menu sahur saya hari ini.

Gigih saya masak rendang ayam tua.

Pukul 4.00 pagi saya bangun, terus rebus ayam tua guna Noxxa. Sambil jerang air buat air teh o, saya sediakan bahan kisar untuk rendang. Tung tang tung tang, pukul 5.30 juga baru siap masak. Rendang tak sempat kering, namun apakan daya...

Begitulah cerita sahur saya.

Sabtu, 17 April 2021

(Menu Sahur) Hari kelima

Menu sahur saya pagi tadi...

Saya masak sardin tumis bawang.

Ingatkan nak masak lain tapi, lupa nak keluarkan ikan dari peti sejuk bahagian beku.

Jumaat, 16 April 2021

(Menu Sahur) Hari keempat

Assalamualaikum.

Menu sahur saya hari ini.

Saya masak ayam kari tanpa santan.

Selamat berpuasa.

(Menu Buka) 3 Ramadan 1422H

Menu buka saya pada hari ketiga berpuasa.

Saya masak bihun putih.

Biasanya saya berbuka ringkas.

Khamis, 15 April 2021

(Menu Sahur) Hari ketiga

Assalamualaikum. Inilah menu sahur saya hari ini.

Saya masak sayur peria tumis. Sayur ni rakan sekerja bagi semalam. Terima kasih.

Ikan bilis goreng bawang cili padi.

Selamat berpuasa pada hari ketiga.

Rabu, 14 April 2021

(Menu Buka) 2 Ramadan 1422H

Menu buka saya hari ini.

Roti potong cicah daging kima. Daging kima ni beli di medan selera Pasar Borong Pandan.

Alhamdulillah.

(Menu Sahur) Hari kedua

Menu sahur saya hari ini...

Saya rasa masa singkat hari ini, jadi saya goreng ayam dengan garam dan kunyit.

Panaskan sup daging semalam.

Pencuci mulut, pisang.

Hari ini dah sekolah, jadi saya kena belajar urus masa untuk masak sahur dengan bersiap ke sekolah. Okelah, saya nak bersiap dulu untuk ke sekolah.

Selasa, 13 April 2021

(Menu Buka) 1 Ramadan 1422H

Assalamualaikum. Menu buka puasa saya hari ini.

Mi goreng.

Saya masak mi goreng ni. Alhamdulillah.

(Menu Sahur) Hari pertama

Assalamualaikum. Saya masak sahur hari ini.

Sup daging.

Makan nasi, sup daging dan sambal kicap, Alhamdulillah. Selamat bersahur semua.

Isnin, 12 April 2021

(Ramadan) Sibuk di dapur

Assalamualaikum. Dah lama saya tak update blog. Salam Ramadan semua! Esok kita dah mula berpuasa. 

Tahun ini saya akan masak sahur lagi. Berehat jap di belakang rumah sambil minum air kotak. Tadi saya sibuk di dapur menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak esok.

Semoga dipermudahkan segala urusan puasa kita tahun ini. 

Jumaat, 2 April 2021

(Makan) Nasi Kandar Hijrah Taman Molek

Semalam pertama kali saya makan nasi kandar di Restoran Nasi Kandar Hijrah Taman Molek. Tempatnya selesa dan layanan pelanggannya terbaik.

 Nasi Kandar Hijrah Taman Molek. Saya cuba ayam goreng dan sayur kacang panjang.

Minuman, saya pilih sirap limau ais.

Ulasan saya tentang Nasi Kandar Hijrah Taman Molek adalah sedap dan berbaloi. Rasanya cukup dan tidak pedas. Airnya pun secukup rasa, tidak terlalu manis. Saya suka! Alhamdulillah. 

Kalau makan di sini, pastikan parking kereta berkupon sebab banyak pegawai MBJB check parking. Tak pasal-pasal, nanti kena saman jika parking kereta takde kupon.

Sabtu, 20 Mac 2021

(Cerita) Gerai ikan yang siap siang dan bersihkan di Puteri Mart

Terima kasih kawan-kawan yang mencadangkan tempat ini untuk beli ikan yang ada perkhidmatan siang dan bersihkan ikan secara percuma di Puteri Mart.

Gerai ikan di Puteri Mart.

Khamis lepas, saya pertama kali beli ikan di sini. Terbaik perkhidmatan yang disediakan!

(Sekolah) Majlis persaraan rakan guru di Banafee Seri Alam

Hari ini diadakan majlis persaraan rakan guru di Banafee Seri Alam. Konsepnya makan tengah hari. Tema pakaian warna merah jambu belacan.



Saya suka konsep pentas di sini.

Banafee Seri Alam, tempatnya kondusif, nak parking senang, makanan sedap dan tak kedekut. Recommended!

Jumaat, 19 Mac 2021

(Cerita) Aktifkan balik akaun Maybank

Selamat pagi.

Hari ini saya beratur di luar Maybank dahulu. Saya nak aktifkan balik akaun Maybank saya. Dah lama tak guna akaun ni sampai jadi tak aktif.

Dalam setahun kita kena buat apa-apa transaksi di akaun bank kita. Jika sampai setahun kita tak guna, tu yang tak aktif tu. Satu kerja nak pergi bank, aktifkan.

Saya tahu akaun saya tak aktif apabila saya nak keluarkan duit di mesin atm Maybank. Selepas itu, saya tanya cara nak aktifkan balik di Twitter @maybankmy . Begitulah kisahnya.

Sabtu, 13 Mac 2021

(Sekolah) Tunggang motor ke sekolah hari ini

Hari ini saya datang ke sekolah dengan menunggang motosikal. Dah lama tak tunggang motosikal jalan jauh. Ni nak biasakan diri balik tunggang motor atas jalan raya.


Alhamdulillah, semuanya selamat. Nak balik tadi, menghadap hujan gerimis sekejap.

(Mi Casa) Dah hampir dua bulan tak jengah

Dah hampir dua bulan saya tak jengah di Mi Casa sebab PKP dan kesibukan saya.

Mi Casa.

Pada hari Khamis malam, saya datang menjengah ke Mi Casa sebab di JB sudah PKPB. Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik. Saya sayang Mi Casa.

Jumaat, 12 Mac 2021

(Cerita) Beli Downy paling besar dan murah di Shopee

Downy yang saya beli di Shopee dah sampai rumah.

Downy ni 2.1 liter dengan isian bonus 30% hanya RM17.69 waktu jualan murah 3/3 pukul 12 hingga 1 pagi. Harga asal RM26.80. Jimat banyak kan? Saya beli 2 pek terus.

Saya suka guna Downy sebab wanginya tahan lama. Tak perlu pakai perfume lagi.

Khamis, 11 Mac 2021

(Sekolah) Selesai bertugas minggu pertama buka sekolah

Selesai bertugas pada minggu pertama buka sekolah. Nak simpan gambar hari ini sebagai kenangan.


Guru bertugas Kumpulan 2


Murid sesi pagi berkumpul di khemah ini sambil menunggu ibu bapa mereka datang.

Kalau bertugas, jumpa je hari Khamis, dah rasa lega dah... Bye!