label

Selasa, 31 Julai 2018

(Cerita) Power ink flushing printer Epson L210

Sebelum ni, ink warna saya tak berfungsi pada printer Epson L210.

Hari ini godeh2, try tekan power ink flushing.

Amekaw! Terus pulih ink warna saya.

Alhamdulillah.
Teruskan membaca

Sabtu, 28 Julai 2018

(Gambar) Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018

Sebelum balik dari Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018, saya & rakan2 sempat bergambar dengan pengacara program ini, Abang Joe.









Alhamdulillah, selesai program Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018 di UTM hari ini.
Teruskan membaca

(Cerita) Saya tak nampak macam cikgu ke?

Cerita di UTM tadi, saya duduk di sebelah murid sekolah Batu Pahat ni.. Hari ini saya pakai baju korporat siap nama dgn logo sekolah sekali.

Waktu take 5, murid tersebut nak ke tandas. Dia cakap macam ni pada saya..

"ACIK, TOLONG JAGAKAN FAIL SAYA, SAYA NAK PERGI TANDAS..."

Dia panggil saya acik, padahal dia nampak saya menanda kertas periksa di sebelah dia.

Saya tak ambil hatipun, cuma kelakar dengan gelaran acik tu. Mungkin nak kena letak gambar sekolah kat dahi, baru orang tahu saya cikgu. Hehehe... (gurau je...)
Teruskan membaca

(Cerita) Saguhati untuk guru pengiring Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018

Untung juga jadi guru pengiring Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018 hari ini.

Dapat set lego Tesco & baucar Tesco RM50.

Alhamdulillah, rezeki.
Teruskan membaca

(Cerita) Selesai tanda kertas Percubaan UPSR di UTM

Akhirnya! 

Saya selesai tanda kertas Percubaan UPSR Penulisan di UTM. Kertas Pemahaman saya dah siap tanda sebelum ini.

Saya mula tanda dari pagi tadi.

Alhamdulillah siap dah.
Teruskan membaca

(Aktiviti) Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018

Aktiviti saya hari ini, saya menjadi guru pengiring Jelajah Didik BH bersama Tesco 2018 di UTM.

Hari ini ada seminar BM UPSR.

Bahan edaran.

Suasana di dalam dewan seminar.

Seawal pagi saya dah sampai ke UTM. Mata masih mengantuk lagi sebab minggu ni tiada cuti sekolah. Program sekolah berterusan minggu ni.

Semoga dipermudahkan.
Teruskan membaca

Jumaat, 27 Julai 2018

(Makan) Mexicana Burger McDonalds

Petang tadi, tekak rasa nak makan burger. Teringat iklan burger Mexicana, saya pun cubalah burger terbaru McDonalds..

Burger Mexicana

Satu set dengan Cola Mc Fizz ni..

Satu set Mexicana Burger ni RM15.95. Tak termasuk set ayam yg ada dalam gambar ni..

Rasanya sedap, sos cili jalapenonya tidak pedas sangat & mengenyangkan.

Alhamdulillah, puas hati.
Teruskan membaca

(Cerita) Bekas murid yang pendiam mesej saya di instagram

Bekas murid saya yg pemalu & senyap di dalam kelas tahun lepas mesej saya di instagram.

Alhamdulillah, turut bergembira.

Bekas murid saya tahun lepas ayahnya meninggal dunia kerana kemalangan & lemas di dalam lombong. Dia cuba menyelamatkan ayahnya tetapi tidak berjaya. Peristiwa tu berlaku lagi berapa bulan nak UPSR.

Hidup perlu diteruskan & selamat maju jaya pada masa hadapan.
Teruskan membaca

(Sekolah) Perkhemahan Unit Beruniform 2018

Semalam & hari ini diadakan Perkhemahan Unit Beruniform 2018 di sekolah.

Berikut perkongsiannya...

Hari pertama..

Murid memacak khemah di padang.

Rakan2 sedang buat coleslaw untuk bbq malam ini..

Latihan kawad kaki

Aktiviti memasang khemah.

Nice view!

Malam ada bbq untuk guru.

 
Ayam bakar sos lada hitam, nasi goreng & coleslaw. Makan malam untuk para guru.

Hari kedua, pagi tadi...

Cuaca cerah.

Aktiviti ikhtiar hidup, membuat roti lilit.

Seronok murid buat roti lilit..

Bergambar selepas selesai program



Selesai kem unit beruniform.

Esok saya ada bengkel teknik menjawab UPSR pulak. Bye!
Teruskan membaca

(Sekolah) Pesta buah tempatan

Hari ini, di sekolah saya ada pesta buah tempatan. Terima kasih kpd pihak kelab guru yg mengadakannya.

Ada durian, duku, manggis & rambutan.

Seronok makan buah ramai2.



Maaf, banyak gambar wefie.

Alhamdulillah, puas juga saya makan durian tengah hari tadi. Terbaik!
Teruskan membaca

Isnin, 23 Julai 2018

(Sekolah) Percubaan UPSR 2018 bermula

Peperiksaan Percubaan UPSR 2018 bermula hari ini.

Baru tanda separuh kertas jawapan murid.

Selamat maju jaya!
Teruskan membaca

Sabtu, 21 Julai 2018

(Cerita) Refill pouch sabun Lux murah di Watsons

Tadi masuk Watsons, rezeki saya dapat beli sabun Lux refill pouch murah.

Harganya RM5.64 satu pek. Selalu beli RM6 hingga RM7 satu pek ikut promosi.

Beli banyak sikit buat stok sebab murah.

Dekat rumah, keluarga saya memang guna sabun ni sebab wangi & lepas bilas, badan tak licin. Itu yg best nya!
Teruskan membaca

Jumaat, 20 Julai 2018

(Cerita) Dah install unifi

Hari ini installer unifi dah datang ke rumah saya.

Alhamdulillah, selesai pasang unifi.

Automatik dapat hypp tv.

Internet sangat laju. Terima kasih TM atas perkhidmatan yg memuaskan.
Teruskan membaca

Selasa, 17 Julai 2018

(Cerita) Servis kereta

Balik sekolah tadi, singgah Perodua Servis untuk servis kereta.

Sambil tunggu kereta diservis, duduk lepak tengok tv dulu.

Refreshments hari ini kuih dadar gulung & saya bancuh Nescafe panas.

Alhamdulillah, kereta selesai diservis hari ini.
Teruskan membaca

Isnin, 16 Julai 2018

(Sekolah) Kem Kepimpinan 2018 - hari kedua

Ini sambungan cerita hari kedua Kem Kepimpinan 2018 minggu lepas.

Hari kedua banyak aktiviti padang..

Ada pertandingan tarik upih.

Menarik bukan?

& ada aktiviti pecahkan belon rakan.

Majlis penutup & penyampaian hadiah.


Sesi bergambar dengan Pengawas Pusat Sumber


Sesi bergambar dengan Pengawas



Sesi bergambar dengan Pembimbing Rakan Sebaya.

Sesi bergambar dengan guru2 yg terlibat.

Selesai tugas saya sebagai kem komandan. Yihaaa...

Tamat cerita kem kepimpinan.
Teruskan membaca