label

Khamis, 30 Mei 2019

(Cerita) Beli lagi kek cendol durian D24 Ikea

Hari ini saya beli lagi kek cendol durian D24 Ikea untuk buka puasa. Teringin.



Begini rupa keknya selepas dipotong.

Cukup kot untuk tahun ni. 4 Jun nanti habis promosi kek ni.


Teruskan membaca

Khamis, 23 Mei 2019

(Sekolah) Pembikinan video raya

Hari ini hari terakhir sesi persekolahan penggal 1 2019. Esok bermulanya cuti pertengahan penggal & cuti raya. Sebelum balik, kami shooting video raya suka2 utk tahun ini.

Mereka yg sangat sporting

Sedikit teaser...


Nantikan video penuh di youtube saya.

Teruskan membaca

Rabu, 22 Mei 2019

(Sekolah) Majlis Tadarus dan Khatam Quran 2019

Pagi tadi diadakan Majlis Tadarus dan Khatam Quran 2019 di sekolah saya. Berikut gambar selepas selesai majlis...






Alhamdulillah. Selesai majlis ini. Esok 1 hari lagi sekolah di bulan puasa.

Teruskan membaca

Sabtu, 18 Mei 2019

(Cerita) Gastrik ketika puasa

Ini cerita semalam. Selepas sahur, tiba2 gastrik saya datang. Kepala pening & bila saya buka mata, semua benda nampak berpusing2. Adakah saya dapat bertahan puasa semalam?


Alhamdulillah, saya dapat bertahan puasa semalam. Sayang betul rasa nak buang puasa. 

Ini dugaan puasa saya semalam.
Teruskan membaca

Rabu, 15 Mei 2019

(Sekolah) Bengkel Sivik dalam Moral

Hari ini saya terlibat dalam bengkel Sivik dalam Moral pula...



SMK Taman Daya 2



Dewan SMK Taman Daya 2

Selesai.

Cabaran bengkel hari ini ialah haus. Alhamdulillah, dapat bertahan juga hari ini. Lega..
Teruskan membaca

Isnin, 13 Mei 2019

(Sekolah) Bengkel Sivik dalam BM

Hari ini saya menyertai bengkel Sivik dalam Bahasa Melayu di SK Taman Rinting 2.

Sesi bengkel bermula dari pukul 8.00 pagi.


Sampai ke petang. Hujan lebat di luar.

4.46 petang saya bertolak balik ke rumah.

Bulan depan dah kena ajar Sivik dalam BM. Bye!
Teruskan membaca

Ahad, 12 Mei 2019

(Makan) Kek Cendol Durian D24 Ikea

Hari ini hari ibu sedunia. Jadi, buka puasa tadi, saya & adik saya beli ini untuk emak..

Kek Cendol Durian D24 Ikea. Kaya dengan rasa durian. Lebih banyak durian berbanding kek. Puas hati makan!

Berbaloi dgn harganya.

Selamat hari ibu!
Teruskan membaca

Selasa, 7 Mei 2019

(Masak) Daging black pepper untuk sahur

Assalamualaikum. Hari ini 2 Ramadan.

Pagi ini saya bangun awal untuk masak lauk untuk sahur.

Saya masak daging black pepper.

Alhamdulillah, 2 kali saya tambah nasi. Hehehe...

Selamat berpuasa!
Teruskan membaca

Ahad, 5 Mei 2019

(Cerita) Dugaan sehari sebelum puasa

Ya Allah, sesungguhnya saya sedang diduga hari ini bermula pagi tadi...

Persiapan last minute beli lauk sahur untuk esok..

Rahsia..

Rahsia..

Last2, saya singgah lepak makan nasi goreng USA.

Allah tidak akan menguji di luar kemampuan umatNya. Sabarlah Zahidi.
Teruskan membaca

Khamis, 2 Mei 2019

(Sekolah) Potluck Menjelang Ramadan 2019

Pagi tadi, kami mengadakan potluck. Nama potluck kami, Potluck Menjelang Ramadan. Tema menu pula ialah juadah berbuka puasa.




Video potluck pagi tadi..

Pelancaran program Ihya Ramadan pagi tadi..

Saya bawa nasi ayam pagi tadi. Pukul 4.00 pagi dah bangun untuk masak nasi ayam. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Teruskan membaca

Rabu, 1 Mei 2019

(Cerita) 1 Mei 2019, mesin basuh baharu

Hari ini cuti Hari Buruh, salah 1 misi saya ialah membeli mesin basuh baharu. Mesin basuh lama baru je rosak minggu lepas.

Emak memang guna mesin basuh semi auto. Jadi, saya beli mesin basuh semi auto di kedai elektrik Johor Jaya.  

Bagusnya kedai elektrik yg saya pergi hari ini, pekerjanya peramah & lepas bayar, dia terus hantar ke rumah. Harga pun boleh ditawar lagi walaupun sudah promosi. Begitulah cerita 1 Mei saya hari ini.
Teruskan membaca

(Cerita) Pergi 3 Tesco hari ini

Hari ini saya pergi ke 3 buah Tesco.

Mula2, saya ke Tesco Setia Tropika. Baru buka hari ini.

Selepas itu, saya ke Tesco Bukit Indah. Akhir sekali, saya ke Tesco Plentong. Ada sesuatu yg saya cari di Tesco tetapi tidak jumpa.

Apakah benda yg saya cari? Rahsia :)
Teruskan membaca