label

Jumaat, 28 Jun 2019

(Mi Casa) Beli cat repellent di Daiso

Selepas ke Pejabat Pos Bandar Dato Onn, saya singgah ke Aeon Bandar Dato Onn untuk pergi ke Daiso.

Saya beli cat repellent di Daiso. Tujuannya, supaya tiada kucing yg berak di halaman rumah saya.

Kawan saya yg cadangkan produk ini. Nanti saya cuba ye... 

Untuk pengetahuan anda, jiran saya ada bela banyak kucing. Kucing dia suka berak di halaman rumah saya. Jadi, saya perlukan produk ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Harap2 berkesan.


Teruskan membaca

(Cerita) Beli Giselle Food Processor di Shopee

Barang yg saya beli di Shopee dah sampai di Pejabat Pos Bandar Dato Onn hari ini. Pagi tadi, saya pun pergi mengambil barang tersebut...

Saya beli Giselle Food Processor di Shopee. Beli kelmarin, hari ini dah sampai. Cepatnya...

Nanti saya dah buka kotak ini, saya kongsi cerita tentang food processor ini ye...

Tunggu update seterusnya...

Teruskan membaca

Khamis, 27 Jun 2019

(Cerita) Kenapa harga Cool Blog coklat tak sama?

Kerana ingin kepastian, saya beli lagi Cool Blog coklat di Tesco Plentong hari ini.

Ceritanya begini, sebelum ini saya pernah beli Cool Blog coklat di Econsave Taman Daya. Harganya RM6.30. Saya terkejut sebab sebelum ni beli di Tesco Plentong harganya tak sampai RM5.00.

Hari ini saya beli di Tesco Plentong lagi. Harganya RM4.80 untuk Cool Blog perisa coklat campur bubble.

Bila tanya staf, memang harga Cool Blog di setiap tempat tak sama ke? Jawapan pekerja itu, harga ikut francais. Harga Cool Blog RM6.30 tu dah termasuk harga bubble & smoothies (sepatutnya pilihan pembeli). Di Econsave Taman Daya dah ditetapkan RM6.30. Kalau di Tesco Plentong, pekerja akan tanya pembeli dulu. Selalu saya beli Cool Blog coklat campur bubble sahaja.

Begitulah cerita Cool Blog & saya.

Teruskan membaca

(Cerita) Pertama kali kena saman MBJB

Hari ini pertama kali saya kena saman dengan MBJB. Sebabnya saya parking kereta tak letak kupon sewaktu makan di Restoran Remaja, Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda. Saya tak tahu parking depan restoran tu kena ada kupon.

Notis kompaun. Kena denda RM30.00.

Selepas kena, saya terus ke MBJB di Jalan Dato Onn untuk dapatkan diskaun 60%. Jadi, tadi kena bayar RM12.00 sahaja.

Pengajaran untuk saya hari ini. Selepas ini, kena berhati2 ketika parking kereta di BBU.

Teruskan membaca

Selasa, 25 Jun 2019

(Cerita) Cuti Sekolah Akibat Pencemaran Udara Kali Kedua

Hari ini sekolah saya dicutikan sehingga hari Khamis akibat pencemaran udara di Pasir Gudang. Kali kedua dah cuti sekolah khas sebab pencemaran teruk di Pasir Gudang.


Saya sempat ambil gambar kolam ikan di sekolah kelmarin. Tiada kaitan gambar ini dgn pencemaran udara.

Kebaikan cuti ni untuk saya ialah saya memang tidak sihat & batuk2. Jadi, bolehlah saya berehat secukupnya di rumah.

Semoga masalah ini cepat selesai.

Teruskan membaca

Isnin, 24 Jun 2019

(Kenangan) Kajian Luar di Tanjung Gemok 2009

Gambar kenangan 10 tahun lepas...

Kajian Luar Kajian Sosial di Tanjung Gemok, Pahang.

Waktu saya KPLI ni... Satu perangai saya dari dulu sampai sekarang ialah suka bergambar. Kadang2 bergambar yg pelik2. Hehehe....
Teruskan membaca

Ahad, 23 Jun 2019

(Review) Brown Sugar Bubble Milk Family Mart

Ini cerita semalam. Akhirnya setelah 3 kali ke Family Mart, kali keempat baru dapat beli air ni. Asyik habis je kalau saya datang ke Family Mart.

Brown Sugar Bubble Milk.

Harganya RM4.90 tengah offer sampai 25/6/2019. Susunya daripada susu segar jenama Farm Fresh & diletak bubble hitam tu & gula perang. Rasanya tidak terlalu manis. Rasa manisnya dapat daripada bubble & gula perang. Okelah...

Selamat mencuba!
Teruskan membaca

Sabtu, 22 Jun 2019

(Sekolah) Jamuan Raya 2019 - Part 2

Sambungan gambar Jamuan Raya di sekolah saya pagi tadi...









Hari ini saya sebagai jurugambar sekolah. Jadi, bolehlah ambil.gambar banyak2...

Teruskan membaca

(Sekolah) Jamuan Raya 2019 - Part 1

Saya share gambar2 Jamuan Raya di sekolah saya pagi tadi di blog ini...

Biar gambar berbicara.












Bersambung part 2...
Teruskan membaca

(Sekolah) Jamuan Raya 2019 - Menang Cabutan Bertuah

Hari ini jamuan raya di sekolah saya. Ada cabutan bertuah.

Alhamdulillah, nama saya terpilih dalam cabutan bertuah.

Dapat hamper tajaan Tesco.

Alhamdulillah.

Nanti saya share gambar2 jamuan raya hari ini ye...


Teruskan membaca

Jumaat, 21 Jun 2019

(Cerita) Hantar emak ke Hospital Kulai

Selamat pagi. Pagi ini saya ke Hospital Kulai untuk hantar emak buat pemeriksaan kaki.

Sebab hari ini Jumaat, semua pesakit akan diperiksa di unit ini. Cuak juga bila sampai, emak kena check kat unit kecemasan ni..

Wifi laju di sini. Saya update blog guna wifi di sini. Semoga emak cepat sembuh.

Teruskan membaca

Jumaat, 14 Jun 2019

(Sekolah) Selamat bertugas di sekolah baharu Ustaz Suhaimi

Semalam merupakan hari terakhir rakan seperjuangan saya bertugas di sekolah saya, Ustaz Suhaimi. 10 tahun saya bekerja di tempat yg sama dgn beliau. Orangnya sangat baik & rajin.

Bergambar kenangan dengan beliau semalam...



Beliau merupakan cikgu yg kalau tiada, ramai yg akan terasa kehilangannya.

Semalam ada buat kejutan untuk beliau, tonton video ini...


Selamat bertugas di sekolah baharu, Ustaz Suhaimi.

Teruskan membaca

Rabu, 12 Jun 2019

(Sekolah) PLC Sivik dalam BM di sekolah

Hari ini saya buat in house Sivik dalam BM dengan kawan2 saya..

Letak sini gambar ni utk kenangan.

Alhamdulillah. Selesai buat PLC ni...
Teruskan membaca

(Cerita) Demam-demam, pergi ke pasar malam

Dekat sekolah pagi tadi okey, balik kerja demam saya datang balik. Demam saya belum sembuh sepenuhnya tetapi hari ini saya dah berselera makan nasi. Alhamdulillah.

Petang tadi, saya ke pasar malam nak beli ayam gunting. Nak makan seribu daya, saya pakai baju sejuk ni ke pasar malam. Baju sejuk ni dah 11 tahun saya beli waktu pergi ke Genting Highlands dulu2. Saya sayang baju ni.

Sampai rumah, saya makan bubur nasi dgn ayam gunting. Sedapnya...

Balik kerja tadi, saya masak bubur nasi sebab teringin. Bila ingat ada pasar malam hari ini, saya pun bercadang nak makan bubur nasi dgn ayam gunting.

Begitulah ceritanya. Bye!

Teruskan membaca

Selasa, 11 Jun 2019

(Makan) Bihun sup Noxxa siap...

Akhirnya, bihun sup saya siap. Saya masak sup ayam guna Noxxa tekan hp 3 minit.

Walaupun tak sempurna bahannya, kira okelah untuk makan sendiri.

Alhamdulillah. Semoga diri ini cepat sembuh.

Teruskan membaca

(Cerita) Dugaan membuat bihun sup

Hari ini saya demam tetapi saya tetap pergi ke sekolah. Di sekolah saya tak makan sebab takde selera makan nasi. Rasa nak makan bihun sup tetapi kantin tak jual pulak.

Balik sekolah, saya singgah di Econsave nak beli ubat batuk, panadol, Strepsils & bahan2 nak buat sup ayam. Hari ini nak buat sup ayam tidak mudah bagi saya... Ini ceritanya.

Semua bahan ada, tetapi daun sup pulak habis.

Ramai pulak yg beli ayam. Kena beratur lama. Dah la pening kepala...

Sebelum balik, saya makan Strepsils dulu. Selalu kalau demam, saya makan gula2 ni untuk kelegaan tekak.

Okelah, saya nak masak dulu guna periuk Noxxa. Nanti sambung lagi.

Teruskan membaca

Isnin, 10 Jun 2019

(Cerita) Dapat hadiah satu set baju Melayu

Alhamdulillah, di sekolah hari ini saya terima hadiah hari raya. First time dapat hadiah harI raya ni...

Satu set baju Melayu.

Berserta samping sekali..

Terima kasih kpd si pemberi (Rahsia). Selamat Hari Raya.
Teruskan membaca

Ahad, 9 Jun 2019

(Cerita) Poslaju barang Lazada yang tersilap beli

Selamat pagi. Aktiviti saya pagi ini ialah pergi ke Poslaju Larkin untuk pulang balik barang yang saya tersilap beli di Lazada.

Mudah je nak pulang balik barang di Lazada ni, cuma serah balik barang & 2 salinan notis pemulangan barang di laman web Lazada.

Selepas ini, tinggal tunggu pemulangan duit saya balik. Semoga semuanya berjalan lancar.

Teruskan membaca

Khamis, 6 Jun 2019

(Aktiviti) Menghadiri Rumah Terbuka Sultan Johor 2019

Pagi tadi, saya menghadiri Rumah Terbuka Sultan Johor di perkarangan Istana Pasir Pelangi.

Datang awal, orang tak ramai lagi...

Saya ambil nasi beriani, ayam KFC, air batu campur & air oren.

Jemput makan.

Saya datang bersama adik beradik saya.

Selesai makan.

Nak balik, kereta kena block pulak. Selamat tak lama.

Video pagi tadi...



Saya minum air mineral dari Spain. Setiap pengunjung akan dapat air ini.

Alhamdulillah, kenyang. Terima kasih Sultan Johor. Daulat Tuanku.

Teruskan membaca