label

Selasa, 4 Julai 2017

(Sekolah) Murid berani curi duit cikgu dalam bilik komputer

Hari ini, duit kawan saya hilang di bilik komputer. Jumlahnya lebih 200 ringgit. Bila tengok di CCTV sekolah, sah ada murid yang berani curi duit tersebut. Tergamaknya membuka dompet & mengambil duit cikgu tersebut.

Rakaman CCTV, sewaktu gurunya sedang mengajar di depan, dia berpura2 mahu ke tandas. Apabila line clear, dia merangkak sembunyi masuk di tempat duduk cikgu di belakang bilik komputer.


Tengok sendiri video ini, bagaimana taktik murid ini mencuri duit walaupun gurunya ada sedang mengajar di bilik komputer.

Tindakan akan diambil. Pengajaran untuk para guru atau sesiapa sahaja, berhati2 meletakkan barang berharga walaupun tempat itu kita rasakan selamat. Pesanan, jangan viralkan video ini. Tengok sini, habis sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan