label

Isnin, 3 Julai 2017

(Sekolah) Kisah murid belanja roti coklat

Saya akan ingat kisah hari ini...

Di sekolah pagi tadi, ada seorang murid lelaki darjah 4 datang jumpa saya di kantin & bagi roti ini. Katanya dia nak belanja saya roti coklat ini. Disebabkan saya baru lepas makan, saya minta murid tersebut letak di meja saya. Selepas itu, saya pun simpan roti ini dalam beg alat tulis saya.

Selesai kelas pukul 1.10, saya terus ke Taman Megah Ria untuk bengkel data. Selesai bengkel data pukul 4 petang, perut saya rasa lapar sangat. Dalam kereta, saya teringat roti coklat tadi. Ya Allah, nikmatnya makan roti coklat ini ketika sangat lapar.


Alhamdulillah, pemberian murid ini hari ini sangat berguna kepada saya. Terima kasih murid yg baik hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan