label

Ahad, 31 Januari 2021

Sabtu, 30 Januari 2021

(Sekolah) Mini studio untuk PDPR

PDPR mencetuskan rasa hati saya untuk memiliki sebuah studio kecil di rumah. Selepas survei di Shopee, saya membuat keputusan untuk membeli alat-alat untuk studio mini saya.

Saya beli barang-barang untuk studio mini saya di Shopee. Saya beli di BigBig Studio. Saya beli tiang untuk gantung skrin.

Barang-barang di sini berjenama Onsmo.

Saya beli skrin putih dan penyepit. 

Saya beli tripod meja.

Saya juga beli lampu LED ini.

Video pertama saya guna tripod meja yang baru saya beli. 


Insya-Allah, selepas ini boleh buat video PDPR dengan selesa dan hasilnya lebih memuaskan.

Jumaat, 29 Januari 2021

(Cerita) Tanda hasil kerja murid di whatsapp menggunakan stylus pen

Assalamualaikum.

Saya nak kongsi cerita dengan cikgu-cikgu tentang cara saya menanda hasil kerja murid lebih-lebih lagi bahagian penulisan Bahasa Melayu pada waktu PDPR .

Saya gunakan stylus pen ini. Saya beli di Shopee. Tahun lepas lagi saya dah beli sebab pada awalnya, saya beli untuk touch phone apabila jari saya penat. Senang sikit pakai pen ni...

Apabila PDPR, pen ini sangat berguna nak tanda hasil kerja murid di whatsapp. Rasa macam tanda guna pen di atas kertas. Sangat membantu! 

Saya beli di sini. Nama kedai dia Fonken.

Semoga bermanfaat!

Selasa, 26 Januari 2021

(Sekolah) Pemulangan dan pengagihan buku teks secara pandu lalu

Hari ini giliran saya bertugas di sekolah.

Tugas saya semak bilangan buku teks murid yang dipulangkan cukup atau tidak.

Ada pemulangan dan pengagihan buku teks secara pandu lalu.

Ahad, 24 Januari 2021

(Kenangan) Gambar pertama di instagram saya

Pertama kali saya muat naik gambar di instagram adalah pada 24/1/2013.

Inilah gambar pertama saya di Instagram. Hehehe...

Jadi, usia gambar ini sudah 8 tahun. Gambar kenangan tu...

Sabtu, 23 Januari 2021

(Sekolah) Buku teks yang saya beli di Shopee dah sampai

Petang tadi, buku teks Tahun 5 yang saya beli di Shopee dah sampai di rumah.

Ini dia... Saya beli buku teks subjek yang saya ajar sahaja. Buku teks Moral saya tak beli sebab dapat pinjam naskhah guru di sekolah.

Video unboxing buku teks saya.

Senang beli buku teks di Shopee. Beli banyak dapat free postage. Saya rasa lebih berbaloi beli buku teks secara online. Kan?

Khamis, 21 Januari 2021

(Sekolah) PDPR saya

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) cara saya...

Saya menggunakan buku teks, laptop, telefon semestinya dan power bank.

Hari ini saya baru mula PDPR mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Rabu, 20 Januari 2021

(Sekolah) Saya dan trademark Rahsia!

Hari ini PDPR bermula. Di group whatsapp kelas, saya buat satu video untuk memperkenalkan guru-guru yang mengajar kelas saya.

Gambar lama ni.

Bila ada video ni, ibu bapa murid tahu siapa guru yang mengajar anak mereka secara online.

Selepas video tu saya upload di youtube, saya dapat komen daripada bekas murid saya.

Tengok komen yang kedua, dia masih ingat dialog dalam kelas sewaktu saya mengajar dia.

Saya memang banyak guna perkataan rahsia di sekolah. Murid-murid dah sinonim dengan cara saya. Sikit-sikit rahsia. Hehehe...

Selasa, 19 Januari 2021

(Masak) Nasi lemak

Sebelum mula sesi persekolahan esok, pagi tadi saya masak sarapan nasi lemak.

Nasi lemak cara saya.

Saya lebih suka nasi lemak telur goreng berbanding telur rebus.

Selamat bersarapan!

Isnin, 18 Januari 2021

(Sekolah) Beli buku teks Tahun 5 yang baharu di Shopee

Sekarang dah mudah, ada Shopee! Boleh beli buku teks di Shopee.

Saya beli buku teks tahun 5 yang baharu di Shopee. Dapat Shopee Coin 715 lagi.

Kita tunggu buku ini dihantar di depan rumah ye...

Ahad, 17 Januari 2021

(Sekolah) Tugas-tugas di sekolah 2021

Hari ini bermula mesyuarat guru secara Google Meet.

Dah dapat buku pengurusan tahun ini. Saya ibaratkan tugas-tugas saya pada tahun ini seperti sirih pulang ke gagang sebab saya dapat pegang balik jawatan lama saya.

Berikut tugas-tugas saya pada tahun ini:

1. AJK Buku Pengurusan.
2. Ketua Panitia Pendidikan Moral (pegang balik).
3. AJK Program Khas KPM/PPD.
4. AJK Facebook dan blog sekolah.
5. Guru Pengawas (pegang balik).
6. AJK Disiplin.
7. Guru Kelas Tahun 5 Zamrud
8. Guru Kelab Media & Fotografi
9. AJK Pengakap
10. AJK 1M1S Bola Sepak (baharu).

Tahun ini saya akan mengajar:
Bahasa Melayu Tahun 6
Bahasa Melayu Tahun 5
Sejarah Tahun 5
Pendidikan Moral Tahun 5
Pendidikan Seni Tahun 5

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Sabtu, 16 Januari 2021

(Cerita) Kek Hari Jadi Emak Yang Tertangguh

Sebenarnya, hari jadi emak saya pada bulan November lepas. Tetapi, atas sebab-sebab tertentu, baru kami boleh belikan emak kek pada hari ini.

Iyi ki doğdun canım annem maksudnya selamat hari lahir emak. Saja nak guna bahasa Turki. Hehehe...

Semoga emak diberikan kesihatan yang baik.

Alhamdulillah.

Rabu, 13 Januari 2021

(Cerita) Rekod kes Covid-19 di Malaysia


REKOD COVID-19 DI MALAYSIA

Tahun 2020

18 Mac: 117 kes
19 Mac: 110 kes
20 Mac: 130 kes
21 Mac: 153 kes
22 Mac: 123 kes
23 Mac: 212 kes
24 Mac: 106 kes
25 Mac: 172 kes
26 Mac: 235 kes
27 Mac: 130 kes
28 Mac: 159 kes
29 Mac: 150 kes
30 Mac: 156 kes
31 Mac: 140 kes

1 April: 142 kes
2 April: 208 kes
3 April: 217 kes
4 April: 150 kes
5 April: 179 kes
6 April: 131 kes
7 April: 170 kes
8 April: 156 kes
9 April: 109 kes
10 April: 118 kes
11 April: 184 kes
12 April: 153 kes
13 April: 134 kes
14 April: 170 kes
15 April: 85 kes
16 April: 110 kes
17 April: 69 kes
18 April: 54 kes
19 April: 84 kes
20 April: 36 kes
21 April: 57 kes
22 April: 50 kes
23 April: 71 kes
24 April: 88 kes
25 April: 51 kes
26 April: 38 kes
27 April: 40 kes
28 April: 31 kes
29 April: 94 kes
30 April: 57 kes

1 Mei: 69 kes
2 Mei: 105 kes
3 Mei: 122 kes
4 Mei: 55 kes
5 Mei: 30 kes
6 Mei: 45 kes
7 Mei: 39 kes
8 Mei: 68 kes
9 Mei: 54 kes
10 Mei: 67 kes
11 Mei: 70 kes
12 Mei: 16 kes
13 Mei: 37 kes
14 Mei: 40 kes
15 Mei: 36 kes
16 Mei: 17 kes
17 Mei: 22 kes
18 Mei: 47 kes
19 Mei: 37 kes
20 Mei: 31 kes
21 Mei: 50 kes
22 Mei: 78 kes
23 Mei: 48 kes
24 Mei: 60 kes
25 Mei: 172 kes
26 Mei: 186 kes
27 Mei: 15 kes
28 Mei: 10 kes
29 Mei: 103 kes
30 Mei: 30 kes
31 Mei: 57 kes

1 Jun: 38 kes
2 Jun: 20 kes
3 Jun: 93 kes
4 Jun: 277 kes
5 Jun : 19kes
6 Jun : 37 kes
7 Jun : 19 kes
8 Jun : 7kes
9 Jun : 7 kes
10 Jun: 2kes
11 Jun:31 kes
12 Jun :33 kes
13 Jun :43 kes
14 Jun : 8kes
15 Jun : 41 kes
16 Jun : 11 kes
17 Jun : 10 kes
18 Jun : 14 kes
19 Jun : 6kes
20 Jun : 21 kes
21 Jun : 16 Kes
22 Jun : 15 kes
23 Jun : 3 kes
24 Jun : 6 kes
25 Jun : 4 kes
26 Jun : 6kes
27 Jun : 10 kes
28 Jun : 18 kes
29 Jun : 3 kes
30 Jun : 2 kes

1 Julai: 1 kes
2 Julai: 3 kes
3 Julai: 5 kes
4 Julai: 10 kes
5 Julai: 5 kes
6 Julai: 5 kes
7 Julai: 6 kes
8 Julai: 3 kes
9 Julai: 6 kes
10 Julai: 13 kes
11 Julai: 8 kes
12 Julai: 14 kes
13 Julai: 7 kes
14 Julai: 4 kes
15 Julai: 5 kes
16 Julai: 3 kes
17 Julai: 18 kes
18 Julai: 9 kes
19 Julai:15 kes
20 Julai: 21 kes
21 Julai: 15 kes
22 Julai: 16 kes
23 Julai: 9 kes
24 Julai: 21 kes
25 Julai: 23 kes
26 Julai: 13 kes
27 Julai: 7 kes
28 Julai: 39 kes
29 Julai: 13 kes
30 Julai: 8 kes
31 Julai: 12 kes

1 Ogos: 9 kes
2 Ogos:14 kes
3 Ogos: 2 kes
4 Ogos: 1 kes
5 Ogos: 21 kes
6 Ogos:15 kes
7 Ogos: 25 kes
8 Ogos: 7 kes
9 Ogos: 13 kes
10 Ogos: 11 kes
11 Ogos: 9 kes
12 Ogos: 11 kes
13Ogos: 15 kes
14 Ogos: 20 kes
15 Ogos: 26 kes
16 Ogos: 25 kes
17 Ogos: 12 kes
18 Ogos: 7 kes
19 Ogos: 16 kes
20 Ogos: 5 kes
21 Ogos: 9 kes
22 Ogos: 8 kes
23 Ogos: 10 kes
24 Ogos: 7 kes
25 Ogos: 11 kes
26 Ogos:6 kes
27 Ogos: 5 kes
28 Ogos: 10 kes
29 Ogos: 11 kes
30 Ogos: 17 kes
31 Ogos : 6 kes

1 Sept :14 kes
2 Sept :6 kes
3 Sept :14 kes
4 Sept :11 kes
5 Sept :6 kes
6 Sept :6 kes
7 Sept :62 kes
8 Sept :100 kes
9 Sept :24 kes
10 Sept :45 kes
11 Sept :182 kes
12 Sept :58 kes
13 Sept : 47 kes
14 Sept :31 kes
15 Sept :23 kes
16 Sept :62 kes
17 Sept :21 kes
18 Sept :95 kes
19 Sept :20 kes
20 Sept :52 kes
21 Sept :57 kes
22 Sept :82 kes
23 Sept :147 kes
24 Sept :71 kes
25 Sept :111 kes

* 26 Sept :82kes (PRN Sabah)

27 Sept :150 kes
28 Sept :115 kes
29 Sept :101 kes
30 Sept :89 kes

1 Okt :260 kes
2 Okt :287 kes
3 Okt :317 kes
4 Okt :293 kes
5 Okt :432 kes
6 Okt :691 kes
7 Okt :489 kes
8 Okt :375 kes
9 Okt :354 kes
10 Okt :374 kes
11 Okt :561 kes
12 Okt :563 kes
13 Okt :660 kes
14 Okt :660 kes
15 Okt :589 kes
16 Okt :629 kes
17 Okt :869 kes
18 Okt :871 kes
19 Okt :865 kes
20 Okt :862 kes
21 Okt :732 kes
22 Okt :847 kes
23 Okt :710 kes

* 24 Okt :1228 kes (4 angka bermula)

25 Okt :823 kes
26 Okt :1240 kes
27 Okt :835 kes
28 Okt :801 kes
29 Okt :649 kes
30 Okt :799 kes
31 Okt :659 kes

1 Nov :957 kes
2 Nov :834 kes
3 Nov :1054 kes
4 Nov :1032 kes
5 Nov :1009 kes
6 Nov :1755 kes
7 Nov :1168 kes
8 Nov :852 kes
9 Nov :972 kes
10 Nov :869 kes
11 Nov :822 kes
12 Nov :919 kes
13 Nov :1304 kes
14 Nov :1114 kes
15 Nov :1208 kes
16 Nov :1103 kes
17 Nov :1210 kes
18 Nov :660 kes
19 Nov :1290 kes
20 Nov :958 kes
21 Nov :1041 kes
22 Nov :1096 kes
23 Nov :1884 kes

24 Nov :2188 kes (jejak 2 ribu kes)

25 Nov :970 kes
26 Nov :935 kes
27 Nov :1109 kes
28 Nov :1315 kes
29 Nov :1309 kes
30 Nov :1212 kes

1 Dis :1472 kes
2 Dis :851 kes
3 Dis :1075 kes
4 Dis :1141 kes
5 Dis :1123 kes
6 Dis :1335 kes
7 Dis :1600 kes
8 Dis :1012 kes
9 Dis :959 kes
10 Dis :2234 kes
11 Dis :1810 kes
12 Dis :1937 kes
13 Dis :1229 kes
14 Dis :1371 kes
15 Dis :1772 kes
16 Dis :1295 kes
17 Dis :1220 kes
18 Dis :1683 kes
19 Dis :1153 kes
20 Dis :1340 kes
21 Dis :2018 kes
22 Dis :2062 kes
23 Dis :1348 kes
24 Dis :1581 kes
25 Dis :1247 kes
26 Dis :2335 kes
27 Dis :1196 kes
28 Dis :1594 kes
29 Dis :1925 kes
30 Dis :1870 kes
31 Dis :2525 kes

Tahun 2021

1 Jan :2068 kes
2 Jan :2295 kes
3 Jan :1704 kes
4 Jan :1741 kes
5 Jan :2027 kes
6 Jan :2593 kes

7 Jan :3027 kes (cecah 3000 kes) 

8 Jan :2643 kes
9 Jan :2451 kes
10 Jan :2433 kes
11 Jan :2232 kes
12 Jan :3309 kes 

13 - 26 Jan 2021 : PKP 2.0

13 Jan :2985 kes
14 Jan :3337 kes
15 Jan :3211 kes

16 Jan :4029 kes (paling tinggi setakat ini)

17 Jan :3339 kes
18 Jan :3306 kes
19 Jan :3631 kes
20 Jan :4008 kes
21 Jan :3170 kes
22 Jan :3631 kes
23 Jan :4275 kes

(Cerita) Bermula PKP kali kedua di Johor

Assalamualaikum. Hari ini bermula PKP kali kedua di Johor dan beberapa negeri lagi seperti sms yang dihantar oleh MKN ini:

RM0 PKP dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah mulai 13- 26 Januari 2021.

Jika tidak PKP hari ini, saya dah mula bertugas di sekolah. Jadi, rutin saya hari ini seperti biasa ketika cuti sekolah hari ini iaitu memasak. 

Saya masak mihun putih sebagai sarapan.

Bagi saya yang banyak menghabiskan masa di rumah, PKP atau bukan PKP lebih kurang sama sahaja. Cuma nanti bila dah mula PDPR, yang tu lain sikit.

Okelah, saya menaip entri ini untuk dijadikan kenangan untuk diri sendiri. Jaga diri semua:)

Sabtu, 9 Januari 2021

(Mi Casa) Set Gastreux Tri-Ply Stainless Steel Cookware

Assalamualaikum. Lama saya tak kongsi cerita di sini. Hari ini saya nak kongsi tentang peralatan memasak yang baru saya beli di Instagram. Ini dia...

Set Gastreux Tri-Ply Stainless Steel Cookware. Periuk steel buatan Jerman.

Inilah barang-barang yang terdapat dalam Set Gastreux Tri-Ply Stainless Steel Cookware.

Beginilah rupa isi di dalam kotak.

Okey, saya tunjuk satu persatu barang-barang yang terdapat dalam set ini.

Frying pan 28cm.

Sauce pan 16cm dan penutupnya.

Casserole pan 20cm dan penutupnya.

Casserole pan 24cm dan penutupnya. Besar dan dalam periuk ni...

Inilah rupa 7 barang dalam Set Gastreux Tri-Ply Stainless Steel Cookware.

Saya beli sebab yang pertama ada sale hujung tahun 2020. Yang kedua, kualiti steel yang tahan lasak dan bermutu tinggi. Yang ketiga sebab cantik. Akhir sekali, saya beli sebab boleh digunakan atas dapur gas atau dapur induksi. Saya beli di Instagram @gastreaux_muar. Recommended seller!

Jumaat, 1 Januari 2021

(Cerita) Beli produk Aloe Vera Chriszen di Wowshop

Semalam produk Aloe Vera Chriszen saya dah sampai di rumah.

Produk Aloe Vera Chriszen. Saya beli di Wowshop sebab lebih murah. Produk yang ada di atas dapat 3 set dengan harga RM99.00. Bagi saya pelaburan yang okey.

Aloe vera atau pokok lidah buaya berkhasiat untuk melembapkan kulit.