label

Sabtu, 31 Disember 2022

(Cerita) Penjagaan gigi warna hijau

Assalamualaikum. Saya nak kongsi gambar produk penjagaan gigi saya selain berus gigi dan ubat gigi.

Saya menggunakan ubat kumur, flos gigi dan pencungkil celah gigi.

Semua warna hijau :)

Khamis, 29 Disember 2022

(Aktiviti) Episod 1 Cuti Sekolah Disember 2022

 Assalamualaikum. Semalam saya baru nak pergi bercuti ke negeri lain. Saya anggap cuti kali ini lebih kepada jalan-jalan.

Saya menaiki bas persiaran dari Larkin Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Sebab sekarang dah zaman video, kisah selanjutnya di video ini...

Vlog saya...

Alhamdulillah, saya sampai ke TBS pada pukul 1.00 tengah hari.

Bersambung...

Ahad, 25 Disember 2022

(Aktiviti) Festival Kraf Johor 2022

Semalam saya pergi ke Festival Kraf Johor 2022 di Plaza Angsana. Biasanya harga kraf lebih murah di karnival ini.





Cerita selanjutnya di video saya di bawah ini.

Vlog saya.

Antara barang yang saya beli, senduk kayu besar ni... Asli dari hutan Pahang.

Seronok sebenarnya pergi karnival ini sebab kita dapat mengetahui dan mempelajari kraf di Malaysia.


Selasa, 6 Disember 2022

(Sekolah) Menghantar peserta larian merentas desa MSSD

Pagi tadi saya menghantar murid yang menyertai larian merentas desa di salah sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Saya bersama pasukan larian merentas desa sekolah saya.

Waktu ni, saya tengah menunggu murid sekolah saya berlari di garisan penamat.

Syukur, murid lelaki sekolah saya menjadi peserta pertama sampai sekaligus menjadi johan.

Selepas larian dan menunggu majlis penutup.

Pengalaman baharu untuk saya. Pertama kali hantar murid ke pertandingan larian merentas desa peringkat daerah.