label

Jumaat, 10 Julai 2020

(Mi Casa) Bye auto, selamat datang mesin basuh semi automatik

Selamat pagi. Pagi ini saya mencuci pakaian di Mi Casa menggunakan mesin basuh semi automatik. Sebelum ini, saya guna mesin basuh automatik. Kenapa saya tukar mesin basuh semi automatik? Teruskan membaca blog saya.

Selamat datang mesin basuh semi automatik. Saya beli jenama Midea.

Alhamdulillah, berfungsi dengan baik.

Saya beli di Darson Smart Pandan. Ada offer.

Antara sebab saya pilih mesin basuh semi automatik:
1. Putarannya lebih kuat, saya rasa lebih yakin bersih guna mesin basuh semi automatik.
2. Lebih jimat, masih boleh guna air sabun yang bersih dalam mesin basuh semi automatik.
3. Saya rasa pakaian lebih suci.
4. Saya lebih puas hati rendam baju dalam pelembut pakaian secara manual selepas dicuci guna mesin basuh semi automatik. Harumnya lebih memuaskan.
5. Saya tak payah risau lagi air terpancut daripada paip sebab tiada lagi masalah itu jika guna mesin basuh semi automatik.
6. Saya memang selesa guna mesin basuh semi automatik.

Bagi saya, ada barang-barang yang tidak canggih kadang-kadang lebih memuaskan hati. Contohnya, seperti mesin basuh semi automatik.

Selasa, 7 Julai 2020

(Cerita) Saya banyak juga guna produk Tesco

Pukul 6.00 petang tadi saya ke Tesco beli barang dapur. Saya nak kongsi beberapa produk Tesco yang saya beli hari ini.

Mayonis, sos cili, sos lada hitam, kiub pati ikan bilis dan biskut lemak. Semua jenama Tesco.

Saya nak kongsi cerita bahawa produk Tesco yang saya beli ini sedap dan berkualiti setanding jenama terkenal. Paling saya suka, harganya sedikit murah berbanding jenama terkenal. Berbaloi!

Cubalah sendiri!

Ahad, 5 Julai 2020

(Sekolah) Pengambilan dan pemulangan kerja sekolah PKP

Hari ini di sekolah saya diadakan pengambilan dan pemulangan kerja sekolah sewaktu PKP ini.

Guru-guru menyediakan lembaran kerja untuk dijawab oleh murid di rumah.

Lembaran kerja disusun di atas meja untuk diambil oleh ibu bapa secara layan diri dan mengikut SOP.

Ini selepas tamat aktiviti hari ini 


Siapa kata guru-guru tiada kerja pada waktu cuti PKP? Maaf, gurau... Hehehe...

Sabtu, 4 Julai 2020

(Resipi) Pau goreng tidak meresap minyak

Assalamualaikum. Pagi tadi saya buat pau goreng untuk dicicah dengan sambal kacang. Pertama kali saya buat pau goreng ini. Saya nak kongsi resipi pau goreng yang tidak meresap minyak di bawah ini.

Pau goreng cicah sambal kacang.

Resipi pau goreng:
1½ cawan air suam
2 sudu gula
2 sudu susu sejat
2 sudu marjerin
Secubit garam
Sebungkus yis
5 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Masukkan garam dan gula ke dalam mangkuk. Masukkan air suam. Larutkan garam dan gula, lepas tu masukkan yis.
2. Biarkan yis mengembang dalam 10 minit.

3. Selepas 10 minit, masukkan tepung gandum, baking powder, susu dan marjerin. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Jika doh basah, boleh tambahkan sedikit tepung gandum.
4. Bulatkan doh kecil-kecil seperti gambar di atas. Biarkan 20 hingga 30 minit sebab dohbakan mengembang.
5. Selepas 20 hingga 30 minit, bolehlah goreng pau dengan minyak dan api yang perlahan. Kalau-kacau pau supaya masak sekata.
6. Siap!


Saya guna yis jenama Oki.

Goreng dengan api perlahan sebab pau ini cepat masak.

Saya guna sambal kacang Adabi yang dah siap. Sedap juga! Sambal kacang ni saya beli untuk hari raya tetapi tak guna pulak. Itu antara sebab saya buat pau goreng hari ini.

insya-Allah, pau goreng tadi tidak akan meresap minyak dan sangat lembut. Sedap pun ya jugak :)

Saya kena buat lagi sebab saya beli yis sebungkus semalam. Dapat 27 biji pau je tadi. Tak cukup untuk makan sekeluarga.

Selamat mencuba!

Selasa, 30 Jun 2020

(Cerita) Beli pot penapis minyak masak di Lazada

Barang yang saya beli di Lazada dah sampai hari ini.

Saya beli pot penapis minyak masak.

Kegunaannya untuk menapis minyak masak yang kita dah guna & selepas itu, minyak tadi boleh digunakan semula. Jimat duit kita.

Penapisnya halus, jadi kalau tapis minyak goreng naget, serbuk-serbuk rotinya akan terasing di penapis itu.

Saya beli harganya RM14.90 satu unit. Saya sertakan link Lazada, barang yang saya beli ini.

https://s.lazada.com.my/s.bt0X1

Saya beli 2 unit, satu untuk rumah emak & satu untuk mi casa.

Isnin, 29 Jun 2020

(Sekolah) Gotong-royong persiapan kelas prasekolah

Hari ini di sekolah...

Saya terlibat dalam gotong-royong persiapan kelas prasekolah.

Kelas prasekolah yang siap dibuat garisan pada lantai.

Makanan disediakan hari ini, ada nasi goreng udang, mi goreng udang & paling istimewa, roti cicah serawa durian.


Selepas selesai gotong-royong. Bergambar swafoto.

Murid prasekolah akan kembali ke sekolah pada Rabu ini. Esok guru besar nak belanja guru-guru nasi lemak.

(Sekolah) Menikmati air kelapa muda

Apabila di sekolah ada ditanam pokok kelapa, hasilnya dapat dinikmati bersama.

Saya menikmati air kelapa segar hari ini.

Rasa air kelapa ini manis dan isinya pun sedap.

Terasa seperti di desa apabila minum air kelapa beramai-ramai.

Alhamdulillah.

Sabtu, 27 Jun 2020

(Review) Sandal Novigo sangat selesa

Novigo? Jenama baru rasanya. Saya cuba beli sepasang di Shopee.

Sandal getah Novigo, sangat selesa apabila dipakai. Kualitinya seakan jenama Crocs.

Sandal Novigo, waktu saya beli di Shopee ada promosi. Harganya RM57.55. Harga asal RM79.00.

Kelebihan sandal Novigo ini.

Serius, berbaloi beli sandal ini. Sangat selesa!

(Cerita) Herbal Mouthwash jenama Watsons

Kalau ada sale di Watsons, ada barang promosi yang tersangat murah. Contohnya yang ini...

Mouthwash jenama Watsons. Buy 1 free 1, harganya RM10.30. Jadi, harga sebotol 500ml dalam RM5.15. Murah tu...

Saya beli pencuci mulut perisa di atas sebab nak cuba rasa arang pudina & kayu sugi. Kalau pencuci mulut, saya tak kisah guna jenama apa asalkan halal dan segar. 

Jumaat, 26 Jun 2020

(Cerita) Akhirnya dapat beli washboard yang besar

Assalamualaikum.

Akhirnya saya jumpa juga washboard yang besar semalam.

Ini yang saya cari. Apa lagi, saya beli terus...

Saya beli di sini, S Plus Cash and Care di Bandar Seri Alam. Banyak barang plastik dijual di sini.

Sebenarnya, saya nak beli parang tetapi kerana teruja dapat beli washboard, sampai lupa beli parang. Huhuhu..

Nanti saya datang sini lagi.

Khamis, 25 Jun 2020

(Cerita) Kembali ambil vitamin c

Hari ini saya kembali ambil vitamin c.

Saya ambil vitamin c jenama Watsons.

Rasa vitamin ni sedap, macam minum jus oren.

Rabu, 24 Jun 2020

(Sekolah) Bawa baldi sendiri ke sekolah hari ini

Selamat kembali ke sekolah kepada rakan-rakan guru sekalian.

Hari ini saya bawa baldi sendiri ke sekolah.

Ini kerana dari minggu lepas, di sekolah mengalami gangguan bekalan air. Mujur, pihak berkenaan bekalkan bekalan air dalam tong hitam besar ni... Sebab itu saya bawa baldi sendiri, kalau ada emergency, mudah nak ambil dan bawa air ke tandas.

Semoga masalah air ini cepat selesai. Bagi saya, kalau diberi pilihan, biar tiada elektrik, jangan tiada air.

Ahad, 21 Jun 2020

(Cerita) Datanglah awal pagi ke JPO jika ada sale

Sekarang ni tengah musim sale di JPO. Ada orang yang tidak sanggup ke JPO jika ada sale sebab kena beratur panjang. Saya nak kongsi pengalaman saya yang mungkin anda boleh gunakan jika ada sale di JPO.

Pada 6 Jun lepas, saya ke JPO untuk membeli sesuatu. Saya ingat JPO buka pukul 10.00 pagi, jadi pukul 9.00 pagi saya bertolak dari rumah. Saya sampai di JPO pada pukul 9.30 pagi. Rupa-rupanya JPO buka pukul 11.00 pagi pada waktu itu. Ada hikmah saya datang awal sebab pada waktu itu ESPRIT mula buat sale 90% diskaun. Apa lagi, saya pun beratur jadi orang kelima terawal. Waktu itu sudah pukul 10.00 pagi. Tahu tak, pukul 10.30 pagi, orang ramai dah mula beratur di ESPRIT. 

Saya nak pendekkan cerita, saya cuma beratur awal sejam di ESPRIT dan boleh masuk beli barang sale. Jika anda datang pukul 11.00 pagi atau waktu JPO dah buka, lagilah panjang barisannya dan anda kena beratur boleh jadi dalam 4 jam. Jadi, saya nak beritahu, jika JPO ada sale, datanglah awal pagi. Psstt... Personal shopper pun datang awal pagi tau sebab tak nak beratur lama-lama.

Bawalah roti atau bekal makanan ke JPO sebab jika beratur panjang, boleh makan-makan.

Itu je lah saya nak share. Bye!

Sabtu, 20 Jun 2020

(Cerita) Marble Stone Cookware Mr. Diy

Semalam petang, saya pergi lagi ke Mr. Diy Tesco Plentong. Setelah berfikir panjang, saya beli juga benda yang selalu cepat habis di Mr. Diy.

Marble Stone Cookware Mr. Diy. Saya beli periuk caserole pula. Kuali dia saya dah ada. Pengalaman saya guna produk ini, sangat bagus dan premium berbanding dengan periuk berjenama T****. Bentuk dan warnanya juga cantik.

Rupa periuk Marble Stone Cookware Mr. Diy.

Harganya RM69.00. Produk Marble Stone Cookware Mr. Diy selalu cepat habis mungkin sebab kualitinya bagus dan harganya relatif lebih murah daripada produk jenama lain.

Semalam saya beli periuk satu, adik-adik saya pun beli juga kuali dan periuk Marble Stone Cookware Mr. Diy. Dah tinggal kuali satu je di sana. Yang lain kami dah beli.

Saya suka Marble Stone Cookware Mr. Diy kerana tidak melekat dan boleh digunakan di dapur induksi. Memasak jadi seronok je... Recommended item!

Jumaat, 19 Jun 2020

(Cerita) Mr. Diy Stainless Steel Travel Mug

Sebenarnya, dah lama berkenan tengok benda ni tetapi belum ada promosi. Sekarang dah ada promosi, bolehlah beli satu.

Mr. Diy Stainless Steel Travel Mug. Harga asal RM25.90. Sekarang ada promosi RM20.90. Saya suka tengok reka bentuknya yang eksklusif di mata saya.

Kalau anda nak beli barang-barang berjenama Mr. Diy, kalau ada perkataan Mr. Diy Premium, maksudnya barangnya berkualiti tinggi.

Alhamdulillah, dapat beli juga benda ni dengan harga promosi.

(Cerita) Beli washboard di Mr. Diy

Dah lama saya mencari, akhirnya hari ini saya menemuinya walaupun ada saiz yang kecil sahaja.

Washboard atau papan cuci pakaian (walaupun plastik). Harganya RM3.10.

Saya beli di Mr. Diy Tesco Plentong. Sebelum ini saya ada cari di Mr. Diy cawangan lain tetapi tak jumpa.

Saya sekarang ada pakaian yang saya cuci guna tangan. Apabila cuci guna tangan, saya teringat benda ini yang digunakan di kampung. Itu yang saya cari tu...

Selepas ini, bolehlah saya cuci pakaian pakai tangan sambil feeling2 mencuci di tepi sungai. Hehehe...

Rabu, 17 Jun 2020

(Sekolah) Jari luka terkena skru meja

Semasa mengemas kelas pagi tadi, kejadian yang tidak diingini berlaku...

Jari hantu saya terkena skru di dalam meja. Sewaktu saya cuba menarik meja plastik dari dalam, zappp... Tergarit jari saya terkena skru. Banyak juga darah keluar.

Dugaan hari ini. Alhamdulillah, malam ni jari saya dah tak pedih dah kena air.

(Sekolah) Kemas kelas norma baharu

Pagi tadi, saya kembali ke sekolah untuk mengemas kelas mengikut SOP dan norma baharu.

Jarak 1 meter diutamakan.

Walaupun tak tahu bila murid sekolah rendah akan bersekolah, kami sudah membuat persiapan awal.

Semoga dipermudahkan segala urusan.