label

Rabu, 27 Mei 2020

(Cerita) Menang Hadiah Harian Peraduan Beli dan Menang Fresh and White

Pada bulan puasa yang lalu, saya telah menyertai Peraduan Beli dan Menang Fresh and White di Econsave.

Caranya sangat mudah. Kelebihan untuk saya, saya sekeluarga memang guna ubat gigi ini.

Dapat whatsapp petang tadi daripada pihak penganjur. Alhamdulillah.

Saya beli 5 kotak ubat gigi berharga hampir RM50.00. Jadi, apabila saya menang RM50.00, saya anggap ubat gigi tu saya dapat percuma.

Alhamdulillah. Terima kasih Fresh and White dan Econsave.

Sabtu, 23 Mei 2020

(Masak) Resipi buat kuah spageti sendiri cara saya, lebih jimat!

Assalamualaikum. 

Saya nak share resipi buat kuah spageti sendiri. Jadi, anda tak perlu lagi beli kuah spageti dalam botol kerana cara saya ini akan buat anda berjimat.

Saya masak makaroni goreng ini guna kuah spageti buatan saya sendiri.

Ada 2 bahan utama untuk buat kuah spageti sendiri ni. Pertama, puri tomato. Saya beli ni harganya RM2.60.

Kedua, kita perlukan ini. Herba spageti bolognese. Semua herba dah ada dalam 1 botol ni. Harganya RM18.00 tetapi boleh guna banyak kali sebab kita perlukan sesudu sahaja setiap kali buat kuah spageti ini.

Resipi kuah spageti cara saya:
10 biji lada kering
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar / holland
4 sudu puri tomato
1 sudu herba spageti bolognese
Sebiji tomato
Sebiji lada Benggala hijau
Cendawan (jika suka)
Garam
Minyak
Air
Bebola daging / sosej / daging cincang (ikut anda)

Cara masak:
1. Kisar lada & bawang putih.
2. Hiris bawang besar / Holland.
3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar.
4. Masukkan bahan kisar.
5. Masukkan puri tomato, herba, tomato & lada Benggala.
6. Masukkan rencah (bebola daging atau ikut citarasa anda)
7. Masukkan air secawan.
8. Masukkan garam & biarkan kuah masak.
9. Siap. Boleh campurkan dengan spageti atau makaroni.

Mudah kan? Rasa kuah spageti ini kena dengan tekak Melayu yang suka pedas-pedas. Selamat mencuba!


(Masak) Resipi yong tau fu cara saya

26 Ramadan lalu, saya masak yong tau fu untuk buka puasa. Saya nak share resipi daripada kuah hingga sos yong tau fu.

Yong tau fu. Bahan-bahan seperti bebola ikan, sotong dan ketam, ikut citarasa anda. Di pasar raya ada jual.

Resipi kuah yong tau fu:
Air
Kacang soya 2 sudu
Kiub pati ikan bilis 2 
Garam

Resipi sos hitam yong tau fu:
2 sudu taucu masin
10 biji lada kering
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap masin
2 sudu kicap pekat
4 sudu kicap manis
4 cawan Air
Larutan tepung jagung

Cara buat sos:
1. Kisar lada kering, taucu & sedikit air. 
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk lalu masak.
3. Masukkan segala sos & kicap. Masukkan air.
4. Akhir sekali, masukkan larutan tepung jagung.
5. Siap.

Buat sendiri yong tau fu, lebih puas makan. Selamat mencuba!

Selasa, 19 Mei 2020

(Cerita) Menziarahi pusara arwah abah sebelum Hari Raya

Assalamualaikum.

Semalam saya singgah di pusara arwah abah.



Hari ini keluar berita, tidak diizinkan menziarahi kubur pada Hari Raya nanti. Selamat saya dah ziarah kubur arwah abah semalam.

Sabtu, 16 Mei 2020

(Cerita) Tak sangka murid ini hantar pesanan suara Selamat Hari Cikgu

Sebenarnya hari ini, saya anggap hari biasa sahaja walaupun hari ini Hari Guru. Sebabnya saya masih bercuti dan hampir 2 bulan tidak ke sekolah. Namun begitu, ucapan-ucapan yang dihantar secara atas talian mengembalikan semula mood Hari Guru hari ini.

Tak nak panjang cerita, saya nak kongsi ucapan pertama daripada murid yang saya ajar pada tahun ini. Saya amat terkejut, dia boleh hantar pesanan suara hari ini kepada saya melalui whatsapp. Murid tersebut ialah murid yang selalu saya marah di dalam kelas. Pernah sekali dia mengamuk di dalam kelas tanda memberontak. Saya tetap berkeras tidak memanjakannya sebab saya nak dia jadi murid yang bertanggungjawab. Dia murid pertama yang wish selamat hari guru kepada saya hari ini.

Tema hari guru tahun ini, Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.


Ini pesanan suara daripada murid tersebut.

Terharu... Huhuhu... Terima kasih muridku.

(Cerita) Dapat whatsapp ucapan Selamat Hari Guru pertamaku

Selamat Hari Guru!

Pagi tadi, inilah whatsapp peribadi yang saya terima. Terkejut sebab pertama kali dapat ucapan Selamat Hari Guru daripada beliau.

Bekas ketua kerani sekolah hantar whatsapp ini kepada saya. Di sekolah dulu, saya tidak rapat dengan beliau. Sekarang beliau dah bersara. Itu yang saya agak terkejut pagi tadi. Hujung-hujung ucapan diselitkan dengan kiasan cepu emas. Hehehe...

Terima kasih Kak Tie :)

Ahad, 10 Mei 2020

(Cerita) Kesan gigitan nyamuk

Nyamuk apa yang gigit ni?

Kesan kena gigit nyamuk semalam.

Rasa gatal dan sakit bila disentuh. Huhuhu...

Sabtu, 9 Mei 2020

(Cerita) Misteri sahur 16 Ramadan 1441 H

Assalamualaikum. Saya nak kongsi cerita pelik waktu sahur pagi tadi.

Saya bangun pukul 4.00 pagi untuk sediakan sahur di rumah. Supaya tak sunyi, saya biasa pasang radio waktu sahur. Pagi tadi, ketika saya tekan on pada butang radio, saya sangat terkejut kerana...

Speaker di belakang saya hidup dengan sendirinya. Speaker ini memang berada di dapur. Bagaimana saya tahu speaker ini baru dihidupkan? Apabila butang speaker ini dihidupkan, akan keluar suara bluetooh is on. Pagi tadi pukul 4.00 memang saya seorang diri di dapur.

Disebabkan bulan Ramadan, saya abaikan je kisah speaker itu & saya terus menyediakan sahur untuk keluarga saya. Kalau bukan bulan puasa, berlari juga saya masuk ke bilik semula. Seram....