label

Isnin, 28 Februari 2022

(Lensa) Bergambar sebelum balik pada hari terakhir sekolah sesi 2021

Pada hari terakhir sesi persekolahan 2021, selepas murid dah balik, apa lagi...

Kita bergambar untuk kenangan.

Terima kasih semua kerana sporting diajak bergambar.

Selamat bercuti!

(Sekolah) Hari terakhir sesi persekolahan 2021

Pada 24 Februari lepas, tamatlah sesi persekolahan sesi 2021.

Selepas sesi fotografi murid tahun 6, murid ini merupakan satu-satunya murid tahun 6 yang berani jumpa dan salam dengan saya sebanyak dua kali.

Kepada murid-murid tahun 6 sesi 2021, selamat melangkah ke alam sekolah menengah. Take care!

(Sekolah) Pickids di sekolah

Pada 24 Februari lepas, sekolah saya menjadi tempat untuk pemberian vaksin kanak-kanak (Pickids).

Saya sebagai AJK fotografi.

Macam-macam ragam murid yang mahu divaksin, ada yang tenang & ada juga yang menangis.

Pengalaman baharu untuk saya terlibat dalam program vaksin kanak-kanak.

Ahad, 20 Februari 2022

(Sekolah) Titik hitam 17 Februari 2022

Saya tak akan lupa tarikh 17 Februari 2022. Sepanjang menjadi guru, inilah titik hitam (peristiwa pahit) yang berlaku dalam kerjaya saya. Saya reda jika ini takdirNya.

Suasana pagi pada 17 Februari 2022, hari Khamis.

Saya tidak menafikan saya bersalah sebab terlalu teruja. Saya bersyukur sebab peristiwa tersebut dapat diselesaikan dengan baik pada akhirnya. Hikmah daripada kejadian ini, saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Pengajaran yang paling bermakna bagi saya. Biarlah saya dan beberapa orang rakan sahaja yang tahu tentang titik hitam itu.