label

Sabtu, 18 September 2021

(Sekolah) Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021 secara langsung di YouTube

Hari ini ialah harinya. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021 secara langsung di YouTube.

Saya antara AJK Teknikal yang terlibat.

Alhamdulillah, selesai Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021 secara langsung di YouTube.



Alhamdulillah, ini akan jadi pengalaman berharga buat saya.

Jumaat, 17 September 2021

(Sekolah) Raptai Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021

Petang tadi saya ke sekolah untuk Raptai Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021.

AJK Penutup Bulan Kebangsaan datang ke sekolah untuk memastikan siaran langsung Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021 esok berjalan lancar.

Video.

Selepas selesai raptai, GPK Koko belanja kami aiskrim madu.


Rasanya manis sekali.

Semoga esok berjalan lancar.

Rabu, 15 September 2021

(Sekolah) Taklimat hakim pertandingan menulis cerpen

Petang tadi, saya terlibat dalam taklimat hakim pertandingan menulis cerpen.

Taklimat secara Google Meet.

Banyak ilmu baharu saya belajar hari ini. Alhamdulillah.

Ahad, 12 September 2021

(Sekolah) Datang ke sekolah hantar surat CTR

Pagi ini saya datang ke sekolah.

Saya nak hantar surat Cuti Tanpa Rekod.

Surat permohonan CTR kerana emak saya meninggal dunia.

Saya dapat cuti bermula 31/8/2021 sehingga 2/9/2021 yang lalu.

Sabtu, 11 September 2021

(Masak) Lemak cili padi ketam

Pak cik saya beri keluarga saya 3kg ketam. Jadi, hari ini saya masak lemak cili padi ketam.

Lemak cili padi ketam. Saya masak tak pedas sebab saya tak boleh makan pedas.

Selepas masak, saya beri jiran saya sedikit & saya beri keluarga pak cik saya kembali. Tak nak simpan ketam lama-lama dalam peti sejuk sebab nanti tak segar.

Jumaat, 10 September 2021

(Cerita) Pengalaman pertama berurusan di Hospital Permai

Semalam saya ke Hospital Permai untuk urusan tertentu (rahsia).

Hospital Permai.

Pertama kali saya datang dan berurusan di Hospital Permai. Di sini, saya sempat melihat situasi pesakit dan saya juga sempat berbual dengan pekerja di sini. Saya tanya tentang jumlah pesakit Covid-19 yang dikuarantin semakin berkurangan ataupun tidak di sini? Jawapannya, semakin berkurangan. Alhamdulillah.

 Semoga dipermudahkan segala urusan saya.

(Cerita) Beli periuk nasi elektrik jenama kesukaan arwah mak di Shopee

Semalam, periuk nasi elektrik yang saya beli di Shopee sampai di rumah.

Periuk nasi elektrik Panasonic.

Sebenarnya, periuk nasi elektrik di rumah saya sudah sebulan juga rosak. Saya tanak nasi guna periuk nasi elektrik saiz besar. Biasanya periuk nasi elektrik yang besar tu untuk masak nasi ayam, nasi lemak dan nasi basmati.

Selepas arwah mak tiada, saya masak nasi sedikit sahaja. Jadi, tak sesuai masak nasi guna periuk nasi elektrik yang besar. Saya pun beli lagi periuk nasi elektrik yang sama dengan model periuk nasi elektrik sebelum ini di Shopee. Model periuk nasi elektrik jenama Panasonic ini ialah kegemaran arwah mak. Arwah mak memang suka barang elektrik jenama Panasonic.

Walaupun arwah mak sudah tiada, kenangan bersamanya akan tetap ada diingatan saya.

Rabu, 8 September 2021

(Cerita) Arwah mak tak sempat rasa agar-agar merah kesukaannya

Assalamualaikum. Pada hari terakhir arwah emak, saya sempat buatkan agar-agar merah kesukaannya. Dalam pukul 3.00 petang saya siap masak agar-agar.

Agar-agar sirap yang saya buat untuk arwah emak.

Selepas agar-agar siap, saya cakap dengan emak yang agar-agar dia dah siap. Emak jawab sejukkan dulu, nanti pukul 6.30 petang dia pergi dapur, makan. Saya nampak arwah mak gembira apabila saya buatkan agar-agar.

Takdir Allah berkata lain, emak meninggal dunia pada pukul 6.20 petang. Emak tak sempat rasa agar-agar merah kesukaannya. Hal ini yang buat saya menangis pada minggu lepas. 

Cerita ini saya tulis untuk saya abadikan di blog ini.

Selasa, 7 September 2021

(Cerita) Emak saya telah meninggal dunia

Assalamualaikum. Hari ini baru saya ada kekuatan untuk menulis kisah tentang arwah emak. Pada hari Isnin lepas 30/8/2021, emak saya telah meninggal dunia pada pukul 6.20 petang atas sebab-sebab tertentu (bukan Covid-19).

Disebabkan arwah emak meninggal petang, esok pagi baru boleh dikebumikan kerana musim PKP ini. Waktu pengebumian arwah emak, hujan gerimis membasahi bumi.

Pada 31/8/2021, arwah emak selamat dikebumikan pada pukul 11.00 pagi di tanah perkuburan yang sama dengan arwah abah. Arwah abah dah ada teman di sana. 

Alhamdulillah, saya dan adik-beradik berpeluang mandikan jeazah arwah emak pada minggu lepas. Beza perasaan kehilangan arwah emak berbanding kehilangan arwah abah. Apabila emak meninggal dunia, rasa sedih tu lebih sedikit sebab saya lebih rapat dengan arwah emak.

Semoga arwah emak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin....

Ahad, 5 September 2021

(Sekolah) Cenderamata AJK Penggubal Soalan Kuiz BM SJKC

Semalam saya menerima Cenderamata AJK Penggubal Soalan Kuiz BM SJKC yang unik iaitu sebiji kek butter orange daripada Chef Zarina KL.


Nampak eksklusif pembungkusan kek ini.

Pada bulan lepas, saya terlibat dalam menggubal soalan kuiz BM untuk SJKC. Pengalaman pertama untuk saya.