label

Isnin, 9 Oktober 2023

(Sekolah) Majlis Persaraan Ustazah Halidah di sekolah

Pada 1 Oktober yang lalu, diadakan majlis persaraan rakan saya, Ustazah Halidah di sekolah.

Saya dan Ustazah Halidah. Dari saya mula posting sehingga beliau bersara, tempat duduk saya dekat dengan beliau. Selalulah kami bersembang di bilik guru.



Video sent off.

Video thumb print terakhir.

Ya, terasa kehilangan beliau. Berbelas tahun kerja bersama. Selamat bersara Ustazah Halidah.

Ahad, 8 Oktober 2023

(Video) Perpisahan Ustazah Halidah

Pada 27 September yang lalu, saya buat sesi rakaman video perpisahan suka-suka bersama Ustazah Halidah yang akan bersara pada 1 Oktober 2023.

Saya bersama rakan-rakan guru agama sesi pagi.


Hasi video perpisahan Ustazah Halidah.

Ada makan-makan lagi di bilik guru pada hari tersebut.


Video ini akan jadi kenangan kami.

(Sekolah) Potluck Nasi Jagung 2023

Pada 25 September yang lalu, kami buat potluck nasi jagung sempena minggu akhir rakan kami Ustazah Halidah berada di sekolah sebelum beliau bersara.

Bergambar kenangan.


Ada cikgu sponsor kek.

Saya bawa ayam masak merah dari rumah.

Vlog masak nasi jagung.


Alhamdulillah, potluck berjalan seperti yang dirancang.