label

Ahad, 30 April 2017

(Sekolah) Dia ex saya...

Minggu ini kumpulan saya bertugas. Pada waktu rehat tadi, saya nak tanya seorang murid lelaki darjah 6 yg dikhabarkan bercinta dengan murid kelas lain. Hehe..


Saya: awak, sini kejap!

Murid: ada apa cikgu?

Saya: awak dengan "tuuttt..." tu couple ke?

Murid: oh, dia ex saya!

Saya: bukan bercinta ke?

Murid: dia dah jadi ex saya. 2 bulan je couple.


Lihatlah, murid sekarang takde malu2 (mungkin sporting) nak bagi tau mereka bercinta depan guru. Sebut ex depan cikgu pun biasa je... Zaman dah berubah....

Jumaat, 28 April 2017

(Sekolah) Murid lelaki bawa serum muka?

Minggu ini, saya rampas benda ni daripada seorang murid lelaki darjah 6. Waktu ujian, dia sibuk main benda ni.

Macam serum muka.

Semalam saya tanya murid tu, dalam botol tu cecair apa?

Saya: apa isi dalam botol ni?

Murid: (diam)

Saya: ini botol serum muka kan?

Murid: (mengangguk)

Saya: apa ni sebenarnya?

Murid: saya amek botol tu dalam bilik mak saya. Isi dia dah habis. Saya isi air dalamnya.

Saya: ???


Oh, murid tu saja je bawa botol serum tu ke sekolah. Ingatkan serum muka betul2.. Hehehe..

Rabu, 26 April 2017

(Sekolah) Latihan bicara berirama, skrip baharu

Pagi tadi latihan bicara berirama dengan skrip baharu mengikut tema yang ditetapkan. Malam tadi baru buat skrip baharu, tu pun tak siap semua.

Alhamdulillah, murid2 masih bersemangat berlatih walaupun dengan skrip yang baharu.

Terima kasih kerana memberikan komitmen yang baik.

Murid keluar masuk silih berganti. Yang tu biasa, dan saya kena sentiasa bersedia.


Saya kongsi sikit latihan pagi tadi.

Tema yang ditetapkan ialah Sejarah Johor. Selepas ini, kena study lagi Sejarah Johor untuk dimasukkan ke dalam skrip. Bye!

Selasa, 25 April 2017

(Sekolah) Blue Ocean Strategy Online Training

Saya terlibat dalam pengisian BOSOT.

Taklimat BOSOT hari ini.

Ada beberapa modul kena siapkan. Bila free, nanti saya buat.

(Sekolah) Fire drill 2017

Latihan fire drill pagi tadi..

Setelah bunyi loceng panjang, semua berkumpul di belakang sekolah.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

(Sekolah) Lori Milo datang!

Hari ini lori Milo datang ke sekolah..


Murid dapat minum segelas Milo percuma.

Kami pun..

Terima kasih Milo!

Isnin, 24 April 2017

(Sekolah) Bicara berirama kena tukar tema?

Pagi ini saya terima whatsapp daripada GPK Koko saya tentang ketetapan tema pertandingan bicara berirama. Tema yang ditetapkan memang 100% tak sama dengan tema yg kami pilih. Huhuhu...

Hampir sebulan kami berlatih dgn tema yg kami pilih.

Saya anggap ini cabaran. Sebelum ini tema bebas. Kami yg pilih tema sendiri. Tahun ni, ditetapkan pula oleh penganjur.

 Saya kena buat skrip baharu ikut tema yg ditetapkan, berlatih dgn skrip baharu walaupun masa dah suntuk. Bulan depan dah periksa, bulan 6 Ramadan dan ada sikit masa lagi sebelum pertandingan 7 Julai 2017.

Doakan usaha kami kawan2. Kami cuba buat yg terbaik.

Ahad, 23 April 2017

(Info) 45 teknik pembelajaran murid Kelas Abad ke-21

45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas.
Pdpc Abad 21

STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. Fan-N-Pick

        Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir- 
        gilir 
·       Pelajar 1 :  susun kad seperti kipas
·       Pelajar 2 :  pilih kad dan bacakan soalan
·       Pelajar 3 :  jawab soalan
·       Pelajar 4  : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

2. Inside-Outside Circle

§  Cari pasangan
§  Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)  dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan
§  Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
§  Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
§  Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
§  Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
§  Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan

3. Match Mine

·       Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
·       Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
·       Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
·       Pelajar 1  mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1 
(Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 )  
      Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada  kefahamannya dari arahan atau mesej yang  disampaikan olehPelajar 1
·       Pelajar 1  melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
·       Kemudian kedua-duanya tukar peranan

4. Same Different

·       2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
·       Kemudian mereka bandingkan jawapan
·       Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan

5. Rally Robin

·       Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan

6. Round Robin

·       Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

7.    Rally Table

·       Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama

8.   Round Table

·       Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

9. Simultaneous Round Table

·       Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
·        Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.

10. Spin-N-Think

·       Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji

11 Talking Chips

·       Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
·       Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang

12.Jigsaw Problem Solving

·       Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.

13. Mix-N-Match

·       Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya

14. Trade-A-Problem

·       Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian

15. Team Stand-N-Share
 
·       Ahli pasukan berdiri
·       Guru/rakan lain memberi soalan
·       Pasukan  hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain

16. Find the Fib/Guess the Fib

·       Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
·       Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah

17. Line Ups

·       Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
·       Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
·       Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju

18. Formations

·       Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk  menunjukkan kesepakatan

19. Window Pane

·       Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
·       Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut

20. Showdown

·       Setiap ahli pasukan  menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
·       Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
·       Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

 21.  Lyrical Lessons

·       Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak

22.Timed Pair Share

·       Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian  dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
·       Kemudian tukar peranan

23.Stir- the- Class

·       Pasukan duduk dalam bulatan
·       Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
·       Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
·       Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya

24.Team Word-Web

·       Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
·       Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka

25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu

·       Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama  sajak atau menyanyi lagu
·       Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
·       Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni

26. Paraphrase Passport

·       Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya

27. Mix-Freeze Group

·       Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
·       Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,  diletakkan dalam “Lost and Found”

28. Think-Pair-Share

·       Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
·       Setiap ahli diberi masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan
·       Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

29.Roam the Room

·       Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
·       Apabila guru beri isyarat kedua,  semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan  lain

30. Gallery Tour

·       Seperti di atas tetapi  mereka bergerak secara pasukan
·       Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
·       Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
·       Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
·       Setelah kembali semula ke  pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi

31. Three Stray, One Stay

·       Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
·       Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
·       Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
·       Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

32. Rotating  Review

·       Pasukan bincang topic
·       Buat carta/pengurusan grafik
·       Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang  hasil perbincangan kumpulan itu
·       Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
·       Begitulah seterusnya

33.The Yarn Yarn

·       Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
·       Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea

34. Kinesthetic Symbols

·       Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran

35. Team Statements

·       Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
·       Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua

36. Who am I ?

·       Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
·       Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang  identity masing-masing.
·       Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
·       Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya

37. Sages Share

·       Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,  mencatat ‘initial” mereka
·       Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang  bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya

38. Traveling File

·       Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya  ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
·       Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
·       Setiap pasukan yang mendapat fail  baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
·       Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3  Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

39. Team Interview

·       Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)

40.   Team Project

·       Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan

41. Value Lines

·       Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
·       Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni  berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
·       Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk  menilai hasil kerja mereka

  42.  Find-Someone-Who
·       Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu

 43. Rotating Review

·       Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
·       Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja  setiap pasukan
·       Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna  pen yang berbeza

44.  Three-Step Interview

·       Empat orang pelajar dalam satu pasukan
·       Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga

  ·       Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
·       Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain

45.  Two-Box Induction

·       Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
·       Fasilitator beri ransangan
·       Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
·       Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut

Sumber: facebook

Gambar hiasan..

(Sekolah) Pertama kali relief prasekolah

Pagi tadi dapat relief 1 masa di prasekolah.

Pertama kali ni.. 

Saya sangat kekok tadi disebabkan dah biasa mengajar murid tahap 2. Takpe, pengalaman...

Sabtu, 22 April 2017

(Video) Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil 2017

Saya nak share video yg sempat saya rakam pagi tadi.

Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil 2017

Praktis Ram Sam Sam


Aktiviti Ram Sam Sam


Sorakan Are You Ready?

Okelah, itu sahaja. Bye!

(Sekolah) Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil 2017

Pagi tadi, saya selaku guru pengawas, guru PRS dan guru Pusat Sumber mengadakan Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil 2017 untuk pengawas, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya.

Saya kongsikan beberapa gambar dan cerita pagi tadi.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Kami bergambar sebelum pulang. 
 
Ini permulaan ceritanya..

Selepas peserta diagihkan kpd beberapa kumpulan, aktiviti senaman dijalankan.

Macam biasa, aktiviti ice breaking.

Minum pagi.

Selepas itu, peserta mendengar ceramah tentang kepimpinan bersama Cikgu Suziana.
Memang best!

Aktiviti LDK, membina menara kertas.

Aktiviti tarian.

Aktiviti LDK, menyusun gelas mengikut kepentingan hidup.

Selepas aktiviti penyampaian sijil & hadiah...

Aktiviti bergambar..

Sebab saya jurugambar, maka swafoto la jawabnya...

Yeayyy... selesai!

Rabu, 19 April 2017

(Cerita) Kenal Tupperware sejak jadi cikgu

Alhamdulillah, tahun ni saya dapat hadiah dua jenis Tupperware ni..

Ni Tupperware yg pertama..

Boleh buat bekas kuih raya ni..

Yang kedua, botol air celoreng ni..

Nak tahu tak? Saya kenal Tupperware sejak mula jadi cikgu. Dulu tak amek tahu pun Tupperware ni. Maklum, cikgu2 kan suka pakai jenama Tupperware. Tu yg terikut2 tu..

Selasa, 18 April 2017

(Sekolah) Smart board Bilik Darjah Abad ke 21

Sekolah saya dah ada smart board di bilik darjah abad ke 21.

Ini smart boardnya, boleh tulis di slide ni..

Canggih, memang canggih. Pelbagai fungsi smart board ni...

Isnin, 17 April 2017

(Sekolah) Audit Total Tahun 6

Semalam saya terlibat Audit Total Tahun 6.

Tujuan Audit Total ialah membincangkan prestasi murid di dalam kelas dan mengenal pasti masalah murid dalam pembelajaran.

Ibu bapa murid turut serta sekali.

Diharap audit total ini membantu murid2 dalam mencapai kecemerlangan UPSR.

Ahad, 16 April 2017

(Sekolah) Pelancaran Kempen Membaca 1 Malaysia (KM1M)

Pagi tadi diadakan pelancaran KM1M di sekolah saya. Saya kongsikan gambar2 pelancaran KM1M pagi tadi..

Guru Besar menandatangani kad khas KM1M yang direka sendiri.

Selepas itu. guru besar menarik riben  di bawah bentuk hati tersebut..

Gimik pelancaran, rupanya ada tulisan READING di sebalik hati tersebut..

Beginilah serba ringkas pelancaran KM1M di sekolah saya.

Sebelum pelancaran, diselitkan juga aktiviti murid bercerita dalam Bahasa Melayu.

Dan murid bercerita dalam Bahasa Inggeris.

Sempena KM1M, pelbagai pertandingan menarik yang diadakan pada minggu ini. Sekian.

Sabtu, 15 April 2017

(Cerita) Minyak peket RM2.50 ada jual di Hwa Tai Johor Jaya

Sebelum ni, nak beli minyak paket subsidi RM2.50 di Econsave, tak ada. Tiba2 ada seorang mak cik di sebelah ni beritahu, kalau nak beli minyat peket RM2.50, belilah di Hwa Tai Johor Jaya.

Pagi tadi, saya pergi ke Hwa Tai Johor Jaya untuk beli minyak peket RM2.50.

Alhamdulillah, ada pun. Seorang boleh beli 2 peket sahaja.

Oke, lepas ni boleh beli minyak peket di Hwa Tai Johor Jaya. Minyak botol 5kg baru RM19.00, lebih murah daripada pasar raya. Terima kasih mak cik kerana berkongsi maklumat ini.

Jumaat, 14 April 2017

(Cerita) Hanya Allah dan guru data yang tahu..

Susah ke jadi guru data? 

Antara tugas guru data ialah membantu dalam sistem eoperasi ini..

Ada masa tugas guru data ni mencabar. Lebih2 lagi kalau dapat arahan last minute. Hanya Allah dan guru data je yg tahu.. Tak boleh cerita lebih kat sini sebab sulit. Hehe..

Khamis, 13 April 2017

(Sekolah) Bengkel data 3 2017

Pagi tadi saya berbengkel data di sini..

SMK Megah Ria

Kongsi sikit gambar dalam bengkel data ini..

Ini bengkel data kali ke 3 pada tahun ini.

Rabu, 12 April 2017

(Sekolah) Latihan Bicara Berirama 2017 hari ini

Setiap Rabu, macam biasa saya buat latihan bicara berirama pada waktu koko.

Latihan pagi tadi..




Kongsi sikit video latihan bicara berirama. Skrip dirahsiakan dahulu.

Minggu depan, sambung latihan lagi..

Selasa, 11 April 2017

(Sekolah) Cabaran Latihan Bicara Berirama

Ini gambar latihan bicara berirama minggu lepas. Alhamdulillah, murid2 cepat hafal skrip.




Nak kongsi cabaran dalam menguruskan murid bicara berirama ni kena banyak sabar sebab nak jaga dan latih 35 orang murid bukan mudah. 

Kedua & yang paling mencabar ialah murid tarik diri. Selalu pulak tu murid tarik diri.  Kena terima walaupun pahit. Siapa yg terlibat dalam bicara berirama,  pasti pernah merasainya..

Jumaat, 7 April 2017

(BM) Tandatangan atau tanda tangan?

Dalam kelas Bahasa Melayu, kita selalu keliru nak tulis perkataan tanda tangan atau tandatangan? Rapat ke jarak? Ini jawapannya...

Dalam Kamus Dewan, perkataan tandatangan tiada jarak. Kalau nak tulis, tandatangan bukan tanda tangan. Harap maklum.

(Download) Contoh surat tukar tandatangan cek YDP, setiausaha dan bendahari PIBG yang baharu

Kepada setiausaha PIBG yang baharu, saya nak share contoh surat surat tukar tandatangan cek YDP, setiausaha dan bendahari PIBG yang baharu.




Kalau ada yang tak berubah, tak perlu tukar tandatangan. Yang berubah sahaja perlu tukar tandatangan pada cek PIBG. Semoga bermanfaat.

Khamis, 6 April 2017

(Sekolah) Solat jenazah ghaib dan tahlil untuk arwah ayah murid saya

Pagi tadi diadakan solat jenazah ghaib dan tahlil untuk arwah bapa murid saya yang meninggal dunia semalam kerana kemalangan.

Solat jenazah ghaib.

Tahlil.

Semoga ditempatkan bersama orang2 yg soleh. Amin....