label

Ahad, 30 Januari 2022

(Lensa) Sepetang di Telok Sengat Kota Tinggi

Semalam saya ke Telok Sengat Kota Tinggi untuk menikmati pemandangan senja dan makan malam di sana sekali. Berikut gambar-gambar yang saya sempat rakam semalam.


Video.


Cantikkan pemandangan petang di Telok Sengat? Masha Allah.

Selasa, 18 Januari 2022

(Sekolah) Cenderamata AJK BKGK 2020/2021

Semalam saya terima cenderamata AJK BKGK 2020/2021. BKGK itu ialah Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan bagi sekolah saya.

Tuala bersulam nama saya.

Video unboxing.

Terima kasih kepada pihak AJK BKGK bagi sesi 2020/2021.

Ahad, 16 Januari 2022

(Cerita) Singgah sebentar di Stulang Laut

Petang tadi, saya bersiar-siar sebentar di Stulang Laut.

Saya sampai tepat bunyi azan Maghrib.

Saya solat Maghrib di Masjid Stulang Laut.

Video saya di Stulang Laut.

Selepas makan cucuk-cucuk, saya bergerak dalam pukul 8.00 malam. Sebentar sahaja saya di Stulang Laut.

(Cerita) Datang ke pembukaan Farmasi Alpro Taman Gaya

Hari ini, waktu balik dari sekolah, saya singgah di Farmasi Alpro Taman Gaya. Hari ini hari kedua pembukaan farmasi tersebut.

Farmasi Alpro Taman Gaya. Waktu saya datang, tak ramai orang.

Saya beli oat bg22 ni dapat free sanitizer & face mask holder. Tolak baucar rm5 lagi. Bagi saya murah oat ni sebab tak sampai rm50 (harga biasa).

Saya buat kad ahli rm10 tetapi dapat baucar rm30. Kira kad ni percuma. Kad ahli ni seumur hidup. Saya juga dapat pelitup muka Neutrovis percuma.

Selain itu, saya juga dapat buat pemeriksaan tekanan darah & gula dalam darah secara percuma. Bacaan gula dalam darah saya normal cuma tekanan darah agak tinggi. Mereka suruh saya banyakkan berehat. Huhuhu...

Saya kena kawal makan selepas ini.

Rabu, 12 Januari 2022

(Sekolah) Hadiah cabutan bertuah nombor 7

Pada hari Jumaat lepas, saya telah menang cabutan bertuah nombor 7 semasa Jamuan Akhir Tahun di Trove Hotel. Hari ini baru dapat hadiahnya...

Saya dapat hamper.

Alhamdulillah, hadiah pertama untuk 2022.

(Sekolah) Hari pertama sekolah penggal 3 2021

Pada hari Ahad, hari pertama sesi persekolahan penggal 3 2021, saya bertugas jaga pagar pagi.

Murid yang datang awal, dapat hadiah.

Murid dapat pengorek pensel tajaan Lotus.

Selamat kembali ke sekolah semua.

Sabtu, 8 Januari 2022

(Sekolah) Jamuan Akhir Tahun dan Malam Sekalung Budi 2021

Semalam diadakan Jamuan Akhir Tahun dan Malam Sekalung Budi 2021 anjuran kelab guru dan kakitangan sekolah saya. Malam Sekalung Budi itu nama untuk majlis persaraan guru kaunseling di sekolah saya. Berikut gambar-gambar saya semalam.

Majlis diadakan di Trove Hotel.

Background pentas dibuat oleh saya :)

Saya selaku AJK protokol.



Video.

Waktu balik ni...

Kami buka mask untuk bergambar sekejap, lepas tu pakai balik.

Ini gambar selepas habis majlis.

Balik jamuan, saya singgah kedai mamak minum air Milo. Hehehe...

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

(Download) Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Rendah

Saya kongsikan catch up plan Pendidikan Moral dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di bawah ini.


Download:
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 1: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 2: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 3: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 4: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 5: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 6: klik sini

Semoga bermanfaat. Maaf, link di atas yang terkini sebab ada beberapa perubahan. 

(Download) Catch Up Plan Sejarah Tahun 5 Kelas Saya

Saya kongsikan catch up plan Bahasa Melayu Tahun 5 dan Tahun 6 kelas yang saya ajar di bawah ini.


Download:
Catch Up Plan Sejarah Tahun 5: klik sini

Semoga bermanfaat.

(Download) Catch Up Plan Bahasa Melayu Tahun 5 dan Tahun 6 Kelas Saya

Saya kongsikan catch up plan Bahasa Melayu Tahun 5 dan Tahun 6 kelas yang saya ajar di bawah ini.


Download: 
Catch Up Plan Bahasa Melayu Tahun 5: klik sini

Catch Up Plan Bahasa Melayu Tahun 6: klik sini

Semoga bermanfaat.