label

Khamis, 29 Jun 2017

(Cerita) Cara guna periuk Noxxa



Berikut adalah senarai fungsi butang PC Noxxa dan tugas yang mampu dilakukannya:-

High Pressure - fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll

Low Pressure - fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)

Warm/Reheat - memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak

Stir-Fry - fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain

Steam - fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan menggunakan air mendidih

Slow Cook - memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh ke dalamnya.

Delay Timer - sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.

Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.
Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE
Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap.
Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.

Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.
Masukkan makanan yang hendak dipanaskan ke dalam pot.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.
Letakkan bekas /bakul penahan ke dalam pot memasak.
Masukan minimum 250ml air ke dasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.
Letak makanan yang ingin dikukus/stim di atas bekas tadi.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
Tekan butang STEAM dan set masa.
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.
Masukkan sedikit minyak memasak (ikut resepi) ke dalam pot.
Tekan butang STIR-FRY pada panel
Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukkan makanan yang hendak ditumis atau goreng.
Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan.
Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.

Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.
Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam).
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.
Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masak

https://youtu.be/2sX09eQrUn4

Sumber: fb disya d'yanahadri

Selasa, 27 Jun 2017

(Cerita) Dewasa pun kena makan ubat cacing

Sedap juga ubat cacing ni! Rasa gula2 coklat!

Ubat cacing jenama Champs. Sedap!

Hari ini saya makan ubat cacing sebab rasa ada simptom2 kecacingan seperti asyik letih, perut rasa tak sedap & kurang selera makan.

Nak beritahu, jangan sangka orang dewasa tak kecacingan ye.. 

(Cerita) Padang Istana Pasir Pelangi, Johor

Semalam saya pergi menghadiri rumah terbuka Sultan Johor di padang istana Pasir Pelangi. Dalam perjalanan, saya sempat merakamkan panorama2 indah di sana.

Padang Istana Pasir Pelangi







Masjid Pasir Pelangi

Cantik kan? Teruja dapat masuk ke sini semalam. Daulat tuanku!

Isnin, 26 Jun 2017

(Kenangan) Program Alam Sekitar Pengerang 2009

Ini antara gambar ketika saya praktikal pada tahun 2009.

Terlibat program alam sekitar di Pengerang. Waktu ni, kami bergotong-royong membersihkan pesisir pantai.

Pengalaman praktikal ni... waktu zaman kurus. Hehehe...

Ahad, 25 Jun 2017

(Cerita) Gambar photoshoot raya

Assalamualaikum. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin. 

Sebelum cuti raya, saya & rakan2 ada bergambar bersama. Tema raya katanya.. Inilah hasil gambar2nya.


Beginilah saya. Suka bergambar jika event2 tertentu.

Sabtu, 24 Jun 2017

(Cerita) Masak ketupat guna periuk Noxxa

Senangnya ada periuk Noxxa. Saya masak ketupat segera guna periuk Noxxa hari ini. Sangat cepat!

Ketupat besar, saya tekan high pressure selama 35 minit. Saya cuma masukkan 6 bungkus ketupat besar je.

Ketupat kecil pun sama jugak, tekan high pressure 35 minit. Saya masukkan 10 bungkus sahaja.

Alhamdulillah. Berguna sekali periuk Noxxa ni.

Khamis, 22 Jun 2017

(Sekolah) Majlis Khatam Quran 2017

Program di sekolah sebelum cuti Aidilfitri hari ini ialah majlis khatam Quran 2017.

Antara murid yg berjaya khatam Quran.

Selepas majlis, macam biasa, sesi bergambar.

Esok mula cuti sekolah seminggu. Alhamdulillah.

Rabu, 21 Jun 2017

(Nur) Tak boleh salam dengan bukan mahram

Nak dekat Raya ni marilah kita saling mengingati..

Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang TAK BOLEH salam:

Jika kita seorang Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua 
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Jika kita seorang Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua 
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak 

Ada yang tak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak mcm boleh tetapi sebenarnya tak boleh.

Haa..dah tahu kan??

Jangan buat-buat lupa pula. 

Jadi sekarang dah tahu..minta minta ler sampaikan pula pada saudara dan sahabat anda yang lain..😊

(Kenangan) Buka puasa di Hotel Seri Malaysia 2014

Gambar kenangan buka puasa di Hotel Seri Malaysia 2014. First time saya join dgn rakan2 sekerja buka puasa bersama di luar.

Selasa, 20 Jun 2017

(Sekolah) Cikgu, rotanlah saya!

Masih teringat lagi peristiwa semalam... Apabila saya mahu menelefon ayah murid untuk memberitahu kesalahan anaknya, inilah yang berlaku.


Murid: Cikgu, saya minta maaf. Jangan telefon ayah saya!

Cikgu: Saya kena bagitahu ayah awak jugak.

Murid: Cikgu, pukullah saya, rotanlah saya, saya tak nak ayah saya mati. Ayah saya ada darah tinggi. Kalau cikgu beritahu, nanti darah tinggi ayah saya naik. Tolonglah cikgu... (sambil menangis)

Cikgu: Saya tak nak. Biar ayah awak denda awak.

Murid: Jangan cikgu, saya minta tolong dengan cikgu. Saya tak nak beraya tanpa ayah. Tolonglah cikgu.... (menangis)

Dah macam drama Akasia dah... Saya saja je psiko dia, tak call pun ayah dia. Ada ketika, denda secara psikologi lebih berkesan daripada denda secara fizikal.

Ahad, 18 Jun 2017

(Sekolah) Hari Terbuka 2017

Hari ini hari terbuka di sekolah saya.

Acara dimulakan dengan hari temu mesra ibu bapa Tahun 6.

Ada pelancaran program PIBG,  Rayathon 2017.

Selepas itu, barulah hari terbuka.

Sebab saya tak pegang kelas, saya berswafoto di bilik guru. Hehe..

Program sekolah hari ini, seperti biasa, saya sebagai jurugambar. Bye!

(Sekolah) Bengkel Data 4 2017

Balik sekolah, saya terus ke SK Megah Ria untuk bengkel data kali ke 4 tahun ini.

Saya update data guna smartphone & data Yes sahaja.

Berbengkel pada petang bulan puasa, ngantuknya hanya Allah yang tahu..

Alhamdulillah, urusan data siap.

Sabtu, 17 Jun 2017

(Cerita) Gambar berbuka puasa di Lace Boutique Hotel

Rabu lepas, saya berbuka puasa bersama rakan2 sekerja di Lace Boutique Hotel, Kampung Melayu. Berikut gambar2 kenangan kami ketika di sana.

Selepas berbuka, bergambar kenangan.

Selain berbuka bersama rakan, majlis ini juga sebagai majlis perpisahan Ustazah Raihani yg akan berpindah ke Terengganu. Beliau berjaya mohon egtukar.

Banyak tempat cantik boleh bergambar di sini.

Di tingkat 2 hotel.

Cantik kan?

Hiasan dalaman hotel ini mewah..

Gambar suka2..

Sebelum balik, bergambar di luar hotel.



Inilah Lace Boutique Hotel

Ruang makan di tingkat 1


Ruang solat khas.

Berbaloi dgn bayaran harga buffet buka puasa di sini. Paling best, tempat ni tak ramai orang, ada privasi utk kami. Bye!

Khamis, 15 Jun 2017

(Cerita) Majlis Berbuka Puasa di Tesco Tebrau

Hari ini saya berbuka di Tesco Tebrau.

Tesco Tebrau mengadakan Majlis Berbuka Puasa hari ini.

Makanan buka saya.

Seramai 20 orang guru sekolah saya dijemput berbuka di sini sebab sekolah saya merupakan sekolah angkat Tesco.

Saya dan rakan2 mewakili pihak sekolah menerima hamper daripada Tesco.

Terima kasih Tesco!

Rabu, 14 Jun 2017

(Cerita) Beli buku resipi Noxxa Chef Hanieliza

Periuk Noxxa dah ada tetapi belum yakin menggunakannya. Ini antara cara penyelesaiannya..

Saya beli buku 77 resepi istimewa pressure cooker Noxxa.

Menarik buku ni, boleh cuba resipi dalam buku ni nanti. Harap2. Hehe...

Selasa, 13 Jun 2017

(Kenangan) Buka puasa di Restoran Nonies, Senibong

Ini gambar kenangan buka puasa bersama kawan2 sekerja di Restoran Nonies Senibong pada tahun 2015.



Di sini buka puasa dengan masakan makanan laut & banyak lagi. Tempatnya terbuka & ramai orang. Saya suka makan mi gorengnya. Sedap!