label

Khamis, 27 Oktober 2022

(Sekolah) Maulidur Rasul dan Hari Sukan Negara 2022

 Assalamualaikum. Ini cerita Khamis lepas di sekolah.

Ada sambutan Maulidur Rasul.

Perarakan Maulidur Rasul mengikut rumah sukan.




Rumah Bentara (Merah) juara perarakan Maulidur Rasul. Alhamdulillah.




Video perarakan Maulidur Rasul.

Saya pakai baju sukan pada sambutan Maulidur Rasul kerana saya terlibat Hari Sukan Negara yang diadakan pada hari yang sama.

Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang dirancang.

Ahad, 2 Oktober 2022

(Sekolah) Doorgift untuk tetamu

Assalamualaikum. Dulu di universiti, kalau saya terlibat dalam ajk cenderamata, saya suka buat doorgift ini. Sehingga sekarang pun, saya suka buat doorgift ini untuk tetamu.

Doorgift set sudu dan coklat.

Saya suka buat doorgift yang macam ni. Sudu dan garpu boleh digunakan dan coklatnya boleh dimakan.

Baru-baru ini, saya buat doorgift ini untuk tetamu yang datang di sekolah. Saya beli set sudu garpu ini di kedai Eco sahaja. Walaupun tidak seberapa, tetapi ada kegunaannya.