label

Khamis, 28 Jun 2018

(Sekolah) Hari pencerapan pdpc, tayar kereta pancit

11.00 malam semalam saya dah siap buat power point untuk pencerapan pdpc saya pada hari ini.

Pagi tadi nak pergi sekolah, tayar kereta pulak pancit.

Alhamdulillah, ada kereta Kelisa lama ni..

Alhamdulillah, pencerapan pdpc berjalan dgn lancar.

Dugaan hari ini, Alhamdulillah Allah mudahkan dgn jalan lain.

Isnin, 25 Jun 2018

(Cerita) Beli casing Lenovo Tab 7 di Shopee

Casing Lenovo Tab 7 yg saya beli di Shopee dah sampai.

Dapat free pen kalkulus lagi.. Saya beli casing corak daun2 macam ni sebab saya suka tema alam sekitar ni..

Saya beli di Shopee sebab lebih murah. Di kedai biasa, saya tengok harganya RM25.

Kini, Lenovo Tab saya dah ada casing sendiri.

Ahad, 24 Jun 2018

(Sekolah) Bengkel Data 3 2018

Baru naik cuti sekolah selepas cuti raya, terus ada bengkel data pada sebelah petang hari ini..

Bengkel data diadakan di sekolah ini...

Ni gambar saya selepas bengkel..

Mood cuti tak hilang lagi. Hehehe ...

Ahad, 17 Jun 2018

(Cerita) Cuci perut dengan susu teh hijau Goodday

Musim perayaan ni, macam2 makanan kita makan. Saya nak kongsi minuman yg boleh mencuci perut kita (detoks) InsyaAllah.

Ini dia, susu teh hijau Goodday. Minum dulu sebelum makan apa2 & nantikan kesannya. Teh hijau memang terkenal dengan fungsi detoksnya.

Setakat ni, kalau saya minum sekotak air susu ni, memang lawas, lancar & perut terasa ringan. Ini cara saya. Mungkin lain orang, lain rasanya.

Khamis, 14 Jun 2018

(Cerita) Malam ini baru beli ketupat segera

Bahan2 nak masak lauk raya dah beli siang tadi. Malam ini baru perasan, ketupat segera belum beli lagi.

Pukul 10.00 tadi saya pergi ke Tesco beli ketupat segera ni. Memang plan nak guna ketupat segera je raya tahun ni...

Saya rebus ketupat segera guna periuk Noxxa. Sebelum rebus, cuci ketupat segera dulu.

Saya rebus guna masa 35 high pressure. Air letak full ye..

Okelah, sementara tunggu ketupat masak, saya nak berehat.

Rabu, 13 Jun 2018

(Cerita) Cat rumah

Assalamualaikum. Dah lama tak update blog ni.

Nak share, saya baru siap cat rumah. Warna hijau masih lagi dikekalkan kerana sejuk mata memandang.

Waktu penat tadi, tengok warna cat ni dah macam air katira. Allah....

Jumaat, 8 Jun 2018

(Sekolah) Shooting Video Klip Raya

Semalam hari terakhir sekolah pada bulan puasa sebelum raya. Sebelum balik, kami sempat shooting video klip raya suka2.

Lokasi di bilik guru sahaja.

Teaser.

Nantikan video penuh sehari sebelum raya. InsyaAllah. 

Selasa, 5 Jun 2018

(Mi Casa) Ambil pisang tanam sendiri

Balik sekolah, saya terus ke Mi Casa untuk tebang & ambil pisang yg ditanam depan rumah.

Hasil tanam pisang sendiri.

Terima kasih kpd jiran yg tolong jaga & beritahu pisang dah masak.

Jumaat, 1 Jun 2018

(Gambar) Iftar Hotel Seri Malaysia 2018

Berikut gambar2 kami selepas iftar di Hotel Seri Malaysia semalam. Mereka memang dah masak dengan perangai saya yg suka bergambar selepas program tertentu :)









Bergambar ni ada kebaikannya. Mengeratkan silaturahim & kenangan pada setiap gambar tu yg mahal.