label

Isnin, 10 Julai 2017

(Sekolah) Minta maaf macam filem hindustan

Di sekolah tadi, saya memanggil seorang murid kerana dia telah melakukan kesalahan. Dia menyimbah air kencing pada rakan sekelasnya. Saya tak nak cerita macam mana dia boleh buat macam tu..

Cuma waktu saya nak beri surat amaran & denda sifir, murid tersebut minta maaf banyak kali dengan saya. Bersumpah atas nama Tuhan la & macam2 lagi janjinya. Bila saya tak layan, dia tundukkan badannya & tangannya memegang kaki saya. Dia nak sujud di kaki saya.

Bingkas, saya mengelak & cakap dengannya, jangan sujud di kaki saya. Saya kena bagi juga surat amaran kerana awak dah buat salah.


Dah macam dalam cerita Hindustan tadi. Huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Komen