label

Selasa, 30 Mei 2017

(BM) Maksud despacito

Sekarang ni, sedang popular lagu Despacito dari Amerika Latin. Apakah maksud despacito?


Maksud despacito ialah perlahan-lahan. Despacito merupakan bahasa Sepanyol. Patutlah sedang popular lagu ni sebab ada Justin Bieber nyanyi versi Bahasa Inggeris.

Isnin, 29 Mei 2017

(Cerita) Cara nak keluarkan serangga yang masuk dalam telinga

Alamak, bangun sahur tadi dikejutkan dengan serangga yg masuk dalam telinga. Rasa tak selesa sebab ada benda gerak2 dalam telinga.

Minyak kapak saya

Seperti biasa, saya terus ambil minyak kapak dan sapu di sekitar lubang telinga saya. Selepas itu, serangga itu akan keluar dgn sendirinya sebab tak tahan pedih.

Ini petua daripada mak. InsyaAllah berguna.

Ahad, 28 Mei 2017

(BM) Perkataan yang betul sekitar Ramadan

Berikut perkataan yang betul sekitar Ramadan. Mungkin kita silap eja kan selama ini?

Salah > Betul

Ramadhan > Ramadan

Redha > Reda

Taqwa > Takwa

Terawih > Tarawih

Murtabak > Martabak

Sumber, Kamus Dewan ke 4.

Jumaat, 26 Mei 2017

(Cerita) Salam Ramadan 1438 H

Salam Ramadan 1438H dan selamat berpuasa mulai esok.

Alhamdulillah, Ramadan datang lagi.
Gambar facebook tahun lepas ni. Hehe...

Semoga ibadat kita berjalan lancar dan diterima Allah.

Khamis, 25 Mei 2017

(Sekolah) Pelancaran Ihya Ramadan 2017

Pagi tadi pelancaran Ihya Ramadan di sekolah saya. Berikut gimik pelancarannya..

GPK 1 meneropong anak bulan.

Ha, tu anak bulannya! Hehe..


Video gimik pelancaran pagi tadi.


Salam Ramadan kepada semua.

Rabu, 24 Mei 2017

(Sekolah) Hobi ketika ujian atau peperiksaan

Hobi saya di musim peperiksaan atau ujian..

Menulis mata pelajaran pada papan hitam dengan bakat yang ada. Konon2 cantik la.. Hehe... 

Hobi ni sejak sekolah menengah lagi. Dulu, saya memang pantang ada kesempatan, sayalah yg tulis mata pelajaran ujian atau peperiksaan pada papan hitam.

Okelah saya nak sambung tanda kertas peperiksaan.

Esok last exam..

Selasa, 23 Mei 2017

(Sekolah) Jerayawara Bahasa Melayu 2017

Balik sekolah tadi, saya dan rakan2 guru BM darjah 6 menghadiri Jerayawara Bahasa Melayu 2017 di SK Taman Pelangi Indah.

Bermula pukul 2 hingga 5 petang.

Nota Jerayawara BM.

Penceramah, En. Azhar Salleh.

Pihak PPD pun ada.

Banyak input kami terima hari ini.

Maksud jerayawara ialah..

jerayawara  : persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yg meliputi seminar dan pameran.

Terima kasih kpd pihak penganjur.

Ahad, 21 Mei 2017

(Sekolah) LDP produk sembelihan yang selamat

Hari ini ada LDP di sekolah saya.

Penceramah undangan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyampaikan maklumat tentang produk sembelihan yg selamat. 

Kami berpeluang melihat buku ini..

Sebaiknya, belilah produk sembelihan dengan logo ini untuk memastikan kebersihan dan keselamatan kita.

Paling menarik, kami didedahkan dgn video2 eksklusif drpd Jabatan Veterinar.

Ini antara pesanan penceramah hari ini:

#kurangkan makan fast food
#kurangkan makan ayam pencen 
#kurangkan makan rangka dan tongkeng ayam
#umat Islam diharamkan makan khinzir kerana daging khinzir mempunyai cacing dalam setiap enzimnya walaupun dimasak, cacingnya tetap hidup dan boleh hidup dalam badan manusia (berdasarkan kajian yg telah dibuat).

Sangat menarik LDP hari ini.

(Sekolah) Pendedahan eksklusif, kenapa ramai murid beli spinner?

Hari ini saya merampas spinner daripada seorang murid di sekolah. Murid dilarang bawa dan bermain spinner di sekolah. Memang sedang trend murid membeli dan memiliki spinner sekarang ini. Mengapakah ini terjadi? Ikuti pendedahan cerita seorang murid ini kepada saya hari ini.

Spinner

Ini cerita seorang murid darjah 4 kepada saya...

Saya: kenapa ramai murid suka beli spinner? Saya tak nampak ada faedah pun..

Murid: cikgu nak tahu tak, sebenarnya diorang main macam basikal lajak. Mereka akan lawan pusingkan. Spinner siapa berhenti dulu, dia kena bagi spinner dia pada orang yang spinnernya lambat berhenti.

Saya: macam main judi la...

Murid: a a.. cikgu. Macam main judi.

Oh, barulah saya faham antara sebab kenapa ramai murid suka beli spinner. Terima kasih murid yg memberikan maklumat ini kpd saya.

Sabtu, 20 Mei 2017

(Sekolah) Persembahan Bicara Berirama untuk Hari Guru 2017

Berikut gambar persembahan bicara berirama untuk Hari Guru 2017 Rabu lalu. Guru besar minta persembahan daripada mereka.




Alhamdulillah, persembahan berjalan lancar tetapi ini untuk Hari Guru. Untuk pertandingan belum tahu lagi, harap2 berjalan lancar juga.

Khamis, 18 Mei 2017

(Cerita) Hadiah Hari Guru yang mencuri tumpuan saya

Semua hadiah Hari Guru saya suka. Ini antara hadiah yg mencuri tumpuan saya. Bukan sebab harganya tetapi... 

Walaupun saya cikgu lelaki, ada juga murid beri saya hadiah bear dan bunga mawar. Hehe..

Jambangan coklat ni antara trend hadiah sekarang. Alhamdulillah, saya dapat juga. Terima kasih.

Hadiah alat tulis ini amat membantu kerja saya sebagai cikgu. Terima kasih.

Butang baju Melayu ini boleh digunakan pada raya nanti..

Hadiah ini paling win sebab notanya. Hehehe...

Terima kasih sekali lagi.

(Sekolah) Hadiah-hadiah Hari Guru 2017

Ini hadiah2 yg saya terima pada Hari Guru semalam.


Terima kasih semua! Alhamdulillah.

Rabu, 17 Mei 2017

(Sekolah) Hari Guru 2017

Hari ini sambutan Hari Guru 2017 di sekolah saya. Berikut gambar dan videonya..

Tema: Kembali ke sekolah

Belon sebagai gimik perasmian

Bergambar dengan akak-akak di sekolah saya.

Bergambar dengan belon.

Gimik perasmian, melepaskan belon.


Video gimik perasmian

Selepas belon dilepaskan.

Persembahan Bicara Berirama 

Bergambar dengan pasukan Bicara Berirama selepas mereka membuat persembahan.

Gambar suka2

Bergambar sebelum balik..

Saya selaku jurugambar majlis hari ini.


Saya akhiri catatan hari ini dengan video nyanyian Kami Guru Malaysia nyanyian saya dan rakan2 tadi. Bye!

Selasa, 16 Mei 2017

(Sekolah) Hadiah pertama Hari Guru 2017

Ini hadiah Hari Guru pertama saya tahun ini.

Hadiah awal sebab sambutan Hari Guru di sekolah saya esok.

Selamat hari guru semua!

(Sekolah) Latihan bicara berirama untuk Hari Guru 2017

Hari ini saya banyak luangkan masa bersama mereka di sekolah..

Latihan bicara berirama untuk Hari Guru esok

Sekolah saya sambut Hari Guru esok

Walaupun musim peperiksaan, mereka tetap bersemangat berlatih..

Selamat maju jaya esok!


Persembahan perdana mereka esok di pentas Hari Guru 2017.

Isnin, 15 Mei 2017

(Sekolah) Pertandingan boling Hari Guru 2017

Cerita semalam..

Pertandingan boling sempena Hari Guru yg berlangsung malam semalam di Tiram Bowl.

Ini kumpulan saya. Yg baju hijau tu drpd pihak Tesco.

Bergambar je lebih.. hehe..

Lagi... pihak PIBG pun join main juga.

Lagi...

Ni selepas game, acara bergambar..

Bergambar beramai2 bersama pihak Tesco dan PIBG

Bergambar sebelum balik

Habis game dalam pukul 10.30 malam. Alhamdulillah, kumpulan saya dapat nombor dua.