label

Isnin, 30 Mei 2022

(Cerita) Servis kereta

Hari ini balik dari sekolah saya ke pusat servis.

Saya nak servis kereta.

Appointment pukul 2.45 petang, kereta siap servis sekitar pukul 4.45 petang.

Muka kepenatan. Maklum, sekarang ni sedang musim latihan rumah sukan.

Isnin, 23 Mei 2022

(Sekolah) Jamuan Hari Raya Kelas

Hari ini jamuan Hari Raya kelas di sekolah. Saya kongsi gambar-gambar hari ini.

Saya dengan murid-murid kelas saya.

Makanan dan minuman yang dibawa oleh murid.

Pasta karbonara.

Saya bawa pasta karbonara pada hari ini. Maaf, terpedas rasa sos karbonaranya.

Alhamdulillah, selesai jamuan Hari Raya kelas.

Ahad, 22 Mei 2022

(Sekolah) Larian Merentas Desa 2022

Pada hari Khamis lepas, diadakan larian merentas desa di sekolah. Dah 2 tahun program ini tiada sebab PKP.



Tugas saya sebagai ajk fotografi. Saya tak berlaripun sebab nak simpan tenaga. Lepas rehat kena mengajar seperti biasa :)

(Sekolah) Perhimpunan pertama dan majlis pelantikan pemimpin kecil 2022

Di sekolah hari ini...

Majlis pelantikan pemimpin kecil sesi 2022/2023.

Dan perhimpunan rasmi buat kali pertama pada sesi ini.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

(Sekolah) Pertandingan Memasak Onde-onde sempena Hari Guru 2022

Pada Hari Guru minggu lepas, saya telah menyertai pertandingan memasak onde-onde di sekolah.

Kumpulan saya, kumpulan 5.

Hasil onde-onde kumpulan saya.

Alhamdulillah, kami mendapat tempat kedua. Keputusan yang mengejutkan.

Video.


Biar mata merah ini berbicara. Yang tahu je tahu...

Alhamdulillah, selesai Hari Guru pada minggu lepas.

Isnin, 16 Mei 2022

(Lensa) Gambar-gambar saya pada Hari Guru 2022

Assalamualaikum.

Tahun ini boleh diadakan kembali sambutan Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA. Tema pakaian Hari Guru di sekolah saya ialah Hari Raya sebab digabungkan dengan jamuan raya guru.

Pakaian sewaktu perhimpunan.

Pakaian ketika sukaneka.

Selamat Hari Guru!

(Lensa) Hadiah-hadiah yang saya terima sempena Hari Guru hari ini

Terima kasih atas hadiah-hadiah yang diberikan kepada saya pada hari ini.

Hadiah daripada murid-murid.

Hadiah daripada murid-murid.

Hadiah daripada murid-murid. Saya suka kipas ini. Boleh guna waktu perhimpunan.

Hadiah daripada murid-murid. Sejadah.

Pertukaran hadiah daripada  guru.

Cenderamata daripada kelab guru.

Hadiah paling rare, murid beri saya RM1 daripada dompet dia. Sebelum ini dalam kelas saya pernah beritahu murid termasuk dia, jika ada orang nak bagi duit sebagai tanda terima kasih, kita boleh terima. Nah, dia praktikkan pada saya. Murid oh murid...

Terima kasih sekali lagi. Alhamdulillah.

Ahad, 8 Mei 2022

(Cerita) Baju Melayu Raya baru sampai

Assalamualaikum.

Hari ini raya ketujuh, baju melayu untuk raya yang saya beli di Shopee baru sampai.

Saya suka pakai baju melayu Primavalet sebab selesa. Warna apa baju raya saya tahun ini? Rahsia dulu.

Saya tak kisah pun baju melayu sampai lambat, yang penting tahun ini ada baju melayu baharu untuk dipakai di majlis-majlis tertentu. Yang penting, Alhamdulillah.