label

Memaparkan catatan dengan label Download. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Download. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Januari 2026

(Download) Contoh Pemetaan Pendidikan Sivik 2026

Assalamualaikum. Tahun 2026, tiada contoh pemetaan Pendidikan Sivik yang disediakan. Saya guna balik pemetaan Pendidikan Sivik tahun lepas dan saya hanya ubah tarikh sahaja.

Pemetaan Pendidikan Sivik 2026

Kalau cikgu-cikgu nak, boleh tekan link di bawah:


Semoga bermanfaat.

Sabtu, 8 Januari 2022

(Download) Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Rendah

Saya kongsikan catch up plan Pendidikan Moral dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di bawah ini.


Download:
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 1: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 2: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 3: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 4: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 5: klik sini
Catch Up Plan Pendidikan Moral Tahun 6: klik sini

Semoga bermanfaat. Maaf, link di atas yang terkini sebab ada beberapa perubahan. 

(Download) Catch Up Plan Sejarah Tahun 5 Kelas Saya

Saya kongsikan catch up plan Bahasa Melayu Tahun 5 dan Tahun 6 kelas yang saya ajar di bawah ini.


Download:
Catch Up Plan Sejarah Tahun 5: klik sini

Semoga bermanfaat.

(Download) Catch Up Plan Bahasa Melayu Tahun 5 dan Tahun 6 Kelas Saya

Saya kongsikan catch up plan Bahasa Melayu Tahun 5 dan Tahun 6 kelas yang saya ajar di bawah ini.


Download: 
Catch Up Plan Bahasa Melayu Tahun 5: klik sini

Catch Up Plan Bahasa Melayu Tahun 6: klik sini

Semoga bermanfaat.

Sabtu, 13 Januari 2018

(Download) Gambar Penulisan B 2018 1

Saya nak share gambar untuk Penulisan B 2018. Saya ambil dari Google dan ubah suai sendiri.

Nak save, klik kanan pada gambar dan klik save as.

Nak jimat kertas, gambar ni boleh letak dekat Word banyak2. Saya buat 4 gambar dalam 1 helai kertas.

Soalan suruh murid salin di papan putih. Soalan macam biasa, tulis ulasan tentang faedah-faedah mengembara. Rujuk buku aktiviti korang.

Sabtu, 9 September 2017

(BM) Latihan Ulang Kaji Penulisan Bahasa Melayu Sebelum UPSR 2017

Latihan Ulang Kaji Bahasa Melayu Sebelum UPSR 2017
Kertas 2

Bahagian A
Tulis 5 ayat yang lengkap tentang cara-cara memupuk semangat cinta akan negara.






Bahagian B
Tulis ulasan kamu tentang aspek-aspek keselamatan semasa bersukan berdasarkan gambar yang diberi.





                                                                                   
Bahagian C
Soalan 1
Sekolah kamu telah mengadakan temasya sukan peringkat sekolah. Dalam temasya sukan tersebut, kamu telah dianugerahkan sebagai olahragawan sekolah.
Tulis catatan tentang sambutan temasya sukan tersebut.



Soalan 2
Kamu dan rakan-rakan sedang memancing di sebatang sungai. Tiba-tiba, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Seorang kanak-kanak meminta tolong dan hampir lemas..
Apakah tindakan-tindakan yang akan kamu dan rakan-rakan lakukan terhadap kanak-kanak itu untuk menyelamatkan nyawanya?
Tulis karangan kamu selengkapnya.

Download lembaran kerja ini: klik sini 

(BM) Latihan Ulang Kaji Bahasa Melayu sebelum UPSR 2017

Latihan Ulang Kaji Bahasa Melayu Sebelum UPSR 2017

1. “Sultan Melaka menitahkan ______________________ dan Bendahara Tun Ali untuk mengiringi baginda pulang ke istana,” kata Hang Tuah kepada Hang Lekir. (patik/baginda/hamba/tuan hamba)

2. Air telaga itu masih _____________ walaupun telah dijerang. (pahit/payau/tawar/masin)

3. Ikan-ikan yang mati itu berbau ____________________ kepada penduduk kampung. (kotor/busuk/hapak/hanyir)

4. Ain ____________ adiknya mengambil barang yang dibeli _______________ memasukkannya ke dalam troli. (dan..lalu/serta..akan/dan..telah/juga..akan)

5. Bengkel penulisan itu disertai oleh __________________ daripada murid tahap dua dan beberapa orang  guru. (sebahagian/beberapa/sebilangan/semua)

6. Soalan Matematik itu ________________ susah sangat tetapi  memerlukan pengiraan yang teliti. (agak/terlalu/tidak/bukan)

7. ____________, sungguh indah panorama Kuala Lumpur! (Eh/Wah/Amboi/Aduhai)

8. _____________ menggunakan telefon pintar semasa memandu. (Sila/Harap/Jangan/Tolong)

9. Balqis seorang murid yang ______________ dikenali kerana sikapnya yang rajin dan peramah. (amat/teramat/amat sangat/teramat sangat).

10. __________________ El-Nino, kita digalakkan banyak minum air masak. (Rentetan/Malah/Oleh itu/ Sehubungan itu)

11. Perkataan sinonim bagi cuak = ___________________________ (bosan/jemu/gentar/pucat)

12. Perkataan antonim bagi tekun = ____________________________ (rajin/samba lewa/bersungguh-sungguh/bersusah-payah).

13. Tanda (√) bagi ayat yang betul dan (x) bagi ayat yang salah.
a) Keputusan UPSR yang bakal diumumkan esok dinantikan dengan penuh debaran. (  )
b) Debaran jantungnya berkurang setelah mendengar penjelasan doktor. (  )
c) Syahmi gembira menyambut hari debaran di kampung. (  )
d) Hatinya debaran apabila melalui jalan yang sunyi itu. (  )
(a/bc/ab/cd)

14. Rahim tiada tempat bergantung selepas ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan.
Peribahasa yang sesuai ialah: ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­___________________________________________________________________

Soalan 15 & 16
Tanda (√) bagi satu ayat yang betul dan (x) bagi 3 ayat yang salah.
Soalan 15
a) Hidangan yang enak itu disediakan oleh ibu. (  )
b) Kerja-kerja memperlebarkan sungai itu sedang giat dijalankan. (  )
c) Ali merupakan murid yang terpandai sekali di dalam kelas saya. (  )
d) Cikgu Azizah berpengalaman mengajar di kawasan pedalaman selama 10 tahun. (  )

Soalan 16
a) Para-para penjaja semakin ramai menjual makanan di luar kawasan sekolah. (  )
b) Siapakah nama kucing kamu? (  )
c) Cikgu Rose ialah guru kesayangan pelajar di sekolah saya. (  )
d) Ketiga anak Norizan bekerja di Kuala Lumpur. (  )

Soalan 17
a) Lidahnya _______________ selepas makan buah nanas. (pedar/getir/lidas)
b) Ahmad dan Syed bersahabat _____________ sejak kecil lagi. (karib/baik/rapat)

c)Banyak faedah yang kita peroleh ___________ sikap suka membaca.
d) Kapal terbang itu akan berlepas pada  pukul 9.00 pagi ______ London.
e) Teluk Cempedak menjadi pilihan keluarga untuk beriadah ______ hujung minggu.
(dari/daripada/pada/ke)


f) Garis jawapan yang betul
i) Di dalam longkang itu banyak (lelabah/jejentik/umang-umang) kerana airnya bertakung.
ii) Beberapa ekor (rerama/kekunang/lelabi) pelbagai warna berjaya ditangkap di taman bunga.

Soalan 18
Adakah anda bersetuju bahawa kita perlu menjaga keistimewaan diri? Mengapa? (3markah)
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Bagaimanakah cara agensi pertanian membantu meningkatkan pendapatan para petani di Malaysia? (3markah)
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 19
Bunga Melati gugur ke bumi.
Maksud gugur ialah ____________________________________________


Download lembaran kerja di atas: klik sini

Selamat mengulang kaji pelajaran!


Isnin, 4 September 2017

(Download) Koleksi soalan percubaan UPSR 2017 dari setiap negeri

Seminggu lagi UPSR 2017 akan berlangsung.

Bahan khas untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Kongsikan kepada rakan guru bahasa melayu dan calon UPSR 2017.

Himpunan Terbesar Koleksi Percubaan UPSR 2017 dari pelbagai negeri dan daerah - https://goo.gl/hjPhrK
Soalan sebenar UPSR 2016 - https://goo.gl/SdmWWr
Nota upsr - https://goo.gl/Z7dPwK
Bank soalan percubaan upsr 2016 seluruh Malaysia - https://goo.gl/8mbM6o
Format Baru UPSR 2016 (DIDIK) - https://goo.gl/6MwfE6
Bahan latih tubi gerak gempur upsr - https://goo.gl/WX7f4h
Bahan kecemerlangan Terengganu upsr 16 - https://goo.gl/6Ut3f7
Karangan Ramalan BM UPSR- https://goo.gl/6wAfBS
Kertas ramalan bahasa melayu pemahaman - https://goo.gl/p1GZCF
Kertas ramalan bahasa melayu penulisan - https://goo.gl/D4i2gV
Modul Soalan No 25 Bahasa Melayu Pemahaman - https://goo.gl/xcq3Xy
Modul Latihan Bahasa Melayu UPSR Perak - https://goo.gl/ev8Bs5
60 contoh karangan upsr 10 ayat - https://goo.gl/vM2CwG
Koleksi Karangan ramalan upsr - https://goo.gl/Db7pu2
Modul UPSR Skor A Bahasa Melayu - https://goo.gl/UGA36Y
74 contoh karangan Bahasa melayu penulisan upsr - https://goo.gl/7qf5sm
Modul BM Penulisan pasti A Pahang - https://goo.gl/C7Bdt2
Modul Cemerlang Bahasa Melayu UPSR - https://goo.gl/px9MgA
Modul Latihan B. Melayu UPSR Pinang - https://goo.gl/RRNiN5
Teknik menjawab ulasan - https://goo.gl/ntsKmS
Nota lengkap tatabahasa - https://goo.gl/hx68NL
Ebook karangan terbaik upsr - https://goo.gl/wPXbiS
Modul Bahasa Melayu Perak - https://goo.gl/6A4P3T
Penerangan kata kerja beserta gambar - https://goo.gl/6LjLYj
Nota digraf diftong konsonan vokal berganding - https://goo.gl/pijiY9
80 kesalahan tatabahasa umum beserta contoh - https://goo.gl/GbC8gJ
Modul Penjodoh Bilangan - https://goo.gl/MJGaUQ
Latihan Membina Karangan (Isi tempat kosong) - https://goo.gl/iFM5us
Menyusun perkataan membina ayat - https://goo.gl/BD52NC

Join telegram di https://telegram.me/sumberpendidikan
Join FB kami di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru

Semoga berjaya!

Jumaat, 7 April 2017

(Download) Contoh surat tukar tandatangan cek YDP, setiausaha dan bendahari PIBG yang baharu

Kepada setiausaha PIBG yang baharu, saya nak share contoh surat surat tukar tandatangan cek YDP, setiausaha dan bendahari PIBG yang baharu.




Kalau ada yang tak berubah, tak perlu tukar tandatangan. Yang berubah sahaja perlu tukar tandatangan pada cek PIBG. Semoga bermanfaat.

Isnin, 3 April 2017

(Download) Contoh surat, borang dan minit mesyuarat AJK PIBG format SPSK

Kepada setiausaha PIBG terutamanya yang baharu di sekolah, saya nak kongsi dokumen mesyuarat AJK PIBG format SPSK.

1. Contoh surat panggilan mesyuarat (diedarkan 7 hari sebelum mesyuarat) : klik download

2. Contoh borang kehadiran mesyuarat (diedarkan kepada AJK semasa mesyuarat): klik download

3. Contoh minit mesyuarat (diedarkan selepas mesyuarat): klik download

4. Contoh borang senarai edaran (kalau ada apa2 bahan yang diedarkan semasa mesyuarat, rekodkan guna borang ini) : klik download

Gambar kenangan selepas Mesyuarat Agung PIBG 2016

Semoga bermanfaat.

Selasa, 28 Mac 2017

(Download) Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 2 KSSR

Nah, saya share Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 2 KSSR.



Download:

Semoga bermanfaat.

(Download) Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR 2011

Hai!



Saya nak share Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR yang bermula pada 2011. Tak tahu la sama dengan buku teks yang sekarang ni, sebab saya dah tak ajar Moral lagi.

Cuba la tengok dulu..

Download:

Kalau boleh guna, ambillah.

Sabtu, 18 Februari 2017

(Download) Cover kertas ujian BM dan P. Moral SKTPW

Saya nak kongsi cover atau muka depan kertas ujian Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral untuk sekolah saya.

Cover kertas ujian BM

Download cover kertas Ujian BM SKTPW: klik sini

Download cover kertas Ujian P. Moral: klik sini

Selepas ni, kalau nak guna boleh cari di blog ini. Cikgu2 kena edit dulu kalau nak guna selepas ini. Semoga bermanfaat.

Isnin, 30 Januari 2017

(Download) Softcopy Buku Stok SPBT Tahun 4 KSSR

Tahun lepas, saya masih memegang jawatan AJK Guru SPBT di sekolah. Dalam pembahagian tugas, saya menyiapkan buku stok SPBT Tahun 4 KSSR pada tahun lepas. Kepada cikgu2 SPBT yang memerlukan softcopy atau tapak borang buku stok ni, boleh download di bawah ini..

Borang Buku Stok SPBT Tahun 4


Semoga berguna dan membantu guru2 SPBT yang terlibat.

Ahad, 8 Januari 2017

(Download) Jadual bertugas guru

Saya nak share tapak jadual bertugas guru di sekolah saya.

Jadual bertugas guru 2016.



Kepada ketua kumpulan guru bertugas, boleh guna jadual ini. Semoga bermanfaat.