label

Selasa, 20 April 2021

(Menu Sahur) Hari kelapan

Assalamualaikum. Menu sahur saya hari ini.

Ayam goreng dan kentang masak bening. Sambal garing tu saya beli di sekolah.

Alhamdulillah, selamat berpuasa.

Isnin, 19 April 2021

(Menu Sahur) Hari ketujuh

Assalamualaikum.

Menu sahur saya hari ini.

Gigih saya masak rendang ayam tua.

Pukul 4.00 pagi saya bangun, terus rebus ayam tua guna Noxxa. Sambil jerang air buat air teh o, saya sediakan bahan kisar untuk rendang. Tung tang tung tang, pukul 5.30 juga baru siap masak. Rendang tak sempat kering, namun apakan daya...

Begitulah cerita sahur saya.

Sabtu, 17 April 2021

(Menu Sahur) Hari kelima

Menu sahur saya pagi tadi...

Saya masak sardin tumis bawang.

Ingatkan nak masak lain tapi, lupa nak keluarkan ikan dari peti sejuk bahagian beku.

Jumaat, 16 April 2021

(Menu Sahur) Hari keempat

Assalamualaikum.

Menu sahur saya hari ini.

Saya masak ayam kari tanpa santan.

Selamat berpuasa.

(Menu Buka) 3 Ramadan 1422H

Menu buka saya pada hari ketiga berpuasa.

Saya masak bihun putih.

Biasanya saya berbuka ringkas.

Khamis, 15 April 2021

(Menu Sahur) Hari ketiga

Assalamualaikum. Inilah menu sahur saya hari ini.

Saya masak sayur peria tumis. Sayur ni rakan sekerja bagi semalam. Terima kasih.

Ikan bilis goreng bawang cili padi.

Selamat berpuasa pada hari ketiga.

Rabu, 14 April 2021

(Menu Buka) 2 Ramadan 1422H

Menu buka saya hari ini.

Roti potong cicah daging kima. Daging kima ni beli di medan selera Pasar Borong Pandan.

Alhamdulillah.

(Menu Sahur) Hari kedua

Menu sahur saya hari ini...

Saya rasa masa singkat hari ini, jadi saya goreng ayam dengan garam dan kunyit.

Panaskan sup daging semalam.

Pencuci mulut, pisang.

Hari ini dah sekolah, jadi saya kena belajar urus masa untuk masak sahur dengan bersiap ke sekolah. Okelah, saya nak bersiap dulu untuk ke sekolah.

Selasa, 13 April 2021

(Menu Buka) 1 Ramadan 1422H

Assalamualaikum. Menu buka puasa saya hari ini.

Mi goreng.

Saya masak mi goreng ni. Alhamdulillah.

(Menu Sahur) Hari pertama

Assalamualaikum. Saya masak sahur hari ini.

Sup daging.

Makan nasi, sup daging dan sambal kicap, Alhamdulillah. Selamat bersahur semua.

Isnin, 12 April 2021

(Ramadan) Sibuk di dapur

Assalamualaikum. Dah lama saya tak update blog. Salam Ramadan semua! Esok kita dah mula berpuasa. 

Tahun ini saya akan masak sahur lagi. Berehat jap di belakang rumah sambil minum air kotak. Tadi saya sibuk di dapur menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak esok.

Semoga dipermudahkan segala urusan puasa kita tahun ini. 

Jumaat, 2 April 2021

(Makan) Nasi Kandar Hijrah Taman Molek

Semalam pertama kali saya makan nasi kandar di Restoran Nasi Kandar Hijrah Taman Molek. Tempatnya selesa dan layanan pelanggannya terbaik.

 Nasi Kandar Hijrah Taman Molek. Saya cuba ayam goreng dan sayur kacang panjang.

Minuman, saya pilih sirap limau ais.

Ulasan saya tentang Nasi Kandar Hijrah Taman Molek adalah sedap dan berbaloi. Rasanya cukup dan tidak pedas. Airnya pun secukup rasa, tidak terlalu manis. Saya suka! Alhamdulillah. 

Kalau makan di sini, pastikan parking kereta berkupon sebab banyak pegawai MBJB check parking. Tak pasal-pasal, nanti kena saman jika parking kereta takde kupon.