Assalamualaikum. Inilah tujuan utama saya pergi bercuti di selatan Selangor sebab saya nak cuba makan di Restoran Suki-Ya IOI Mall Putrajaya. Ramai yang cakap untung makan di sini sebab dalam masa 2 jam kita boleh makan seberapa banyak daging yang kita suka. Harganya pula seorang bawah RM50 jika hari bekerja waktu siang. Malam lain harga.
Saya berada di hadapan Restoran Suki-Ya, IOI Mall Putrajaya. Kalau datang sini, orang yang pernah pergi akan tanya, beratur lama tak? Saya beratur dalam 20 minit baru dapat masuk. Saya sampai di sini pukul 11.50 pagi, dalam pukul 12.10 tengah hari, restoran buka dan saya pun masuk ke dalam.
Dalam masa 2 jam, makanlah seberapa banyak daging yang disukai.
Ada ayam, daging lembu & daging kambing serta pelbagai menu steambot yang lain.
Kuah pula ada 2 jenis. Saya lupa nama kuah ni, yang saya ingat dua kuah ni paling popular di sini.
Nak tengok kisah saya di Restoran Suki-Ya, tengok vlog saya yang ini.
Alhamdulillah, selesai makan di Restoran Suki-Ya.
Saya puas hati makan di sini. Berbaloi datang dari JB ke Putrajaya semata-mata nak makan Suki-Ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan