Assalamualaikum. Saya nak kongsi cerita hari ketiga saya di Selangor pada bulan Disember 2022.
Hari ketiga, saya dah nak bertolak balik ke JB. Sebelum balik, saya singgah dahulu di fakulti saya belajar di UKM dahulu iaitu FSSK atau Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Rupa luar bangunan FSSK masih sama seperti dulu. Tengok fakulti ini, automatik terus teringat zaman belajar di UKM dahulu. Ada suka & ada duka, itu biasa.
Vlog saya di FSSK UKM.
Sebelum tamat entri ini, saya nak kongsi tempat penginapan saya selama 3 hari 2 malam di Selangor.
Saya menginap di Rumah Tamu Kolej Rahim Kajai. Sebab saya banyak keluar, jadi saya perlukan bilik untuk tidur sahaja.
Bilik di Rumah Tamu Kolej Rahim Kajai ini dilengkapi pendingin hawa. Memang selesa. Malam kedua, saya tak gunapun pendingin hawa sebab dah tak tahan sejuk. Kos menginap di sini 1 malam RM40.00. Murah kan?
Vlog saya di Rumah Tamu Kolej Rahim Kajai UKM.
Dalam pukul 3.00 petang juga saya bertolak balik ke JB. Sebelum sampai ke JB, saya singgah di Melaka sekejap. Saya akan cerita dalam entri seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan