Assalamualaikum. Minggu lepas, saya buat ujian kulit. Baru saya tahu, jika cahaya matahari dapat merosakkan kulit kita. Jadi, saya dicadangkan menggunakan sunscreen SPF50 setiap hari untuk menjaga kesihatan kulit.
Balik ke rumah, saya terus buka Lazada, tengok losen-losen yang ada SPF50. Okey, jumpa!
Losen Nivea Super C+. Saya beli 2 losen besar ini di Lazada dapat percuma bantal Akemi. Waktu tu ada promosi, 2 losen RM36. Harga asal RM50.00.
Pakai losen untuk jaga kesihatan kulit. Saya antara orang yang tidak ambil kisah tentang kulit badan sebelum ini. Bila dah buat scan, barulah tahu. Jadi, saya kongsikan ilmu ini kepada anda semua.
Untuk muka, saya pakai jenama lain. Nak tahu? Komen di bawah ini.
Assalamualaikum. Pada 22 Januari 2023 cuti Tahun Baharu Cina, saya pergi ke Arena Sepang Resort, Pengerang Kota Tinggi untuk Hari Keluarga saya. Ini kisah hari pertama saya di sana.
Ini suasana pada waktu malam. Angin bertiup kencang di tepi pantai.
Pemandangan di tepi pantai.
Kisah selanjutnya di vlog saya.
Saya sampai di Arena Sepang Resort pada pukul 5.00 petang. Selepas sampai, saya berehat & selepas Maghrib saya berkumpul bersama keluarga sambil berbarbeku. Hari keluarga kami santai2 sahaja dan lebih kepada berkumpul & makan bersama-sama.
Bersambung untuk kisah hari kedua di entri seterusnya...
Assalamualaikum. Berikut adalah episod akhir kisah percutian saya pada bulan Disember 2022. Destinasi terakhir sebelum balik ke JB ialah Restoran Deli Muara Alai Melaka. Saya singgah makan malam di sana.
Nampak tak suasana restoran di sini berhampiran dengan sungai. Ada sampan-sampan.
Antara menu yang saya pesan, sotong masak telur masin.
Udang masak mentega.
Kailan ikan masin.
Ni sedap, kerang sambal.
Ikan siakap masak masam manis.
Vlog saya di sini.
Alhamdulillah, semua masakannya sedap dan harganya berpatutan. Boleh datang lagi ke restoran ini lagi.
Selesai kisah Cuti Sekolah Disember 2022 saya. Terima kasih kepada yang mengikuti dari episod 1 hingga entri yang ini.
Assalamualaikum. Semasa dalam perjalanan balik ke JB, saya singgah di Denai Muara Sungai Punggor Melaka. Saja singgah sebab pemandangannya sangat indah.
Sambutlah tangan saya. Hehehe.... (Gurau...)
Denai Muara Sungai Punggor Melaka.
Masyaallah, cantiknya!
Sebab saya datang sini nak menikmati pemandangan pada waktu petang yang indah, maka banyak juga saya bergambar di sini...
Saya suka gambar ni...
Semua gambar saya letak di blog ini sebagai kenangan.
Vlog saya di sini.
Ada satu destinasi lagi yang saya pergi di Melaka. Saya akan cerita di entri terakhir untuk Cuti Sekolah Disember 2022 seterusnya...
Assalamualaikum. Saya nak kongsi cerita hari ketiga saya di Selangor pada bulan Disember 2022.
Hari ketiga, saya dah nak bertolak balik ke JB. Sebelum balik, saya singgah dahulu di fakulti saya belajar di UKM dahulu iaitu FSSK atau Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Rupa luar bangunan FSSK masih sama seperti dulu. Tengok fakulti ini, automatik terus teringat zaman belajar di UKM dahulu. Ada suka & ada duka, itu biasa.
Vlog saya di FSSK UKM.
Sebelum tamat entri ini, saya nak kongsi tempat penginapan saya selama 3 hari 2 malam di Selangor.
Saya menginap di Rumah Tamu Kolej Rahim Kajai. Sebab saya banyak keluar, jadi saya perlukan bilik untuk tidur sahaja.
Bilik di Rumah Tamu Kolej Rahim Kajai ini dilengkapi pendingin hawa. Memang selesa. Malam kedua, saya tak gunapun pendingin hawa sebab dah tak tahan sejuk. Kos menginap di sini 1 malam RM40.00. Murah kan?
Vlog saya di Rumah Tamu Kolej Rahim Kajai UKM.
Dalam pukul 3.00 petang juga saya bertolak balik ke JB. Sebelum sampai ke JB, saya singgah di Melaka sekejap. Saya akan cerita dalam entri seterusnya...