label

Isnin, 23 Mac 2020

(Makan) Pedasnya sambal nasi ayam penyet di Tesco Nilai

Sebelum bertolak ke JB pada minggu lepas, kami singgah makan di medan selera Tesco Nilai.

Saya pilih Tesco sebab nak beli makanan dalam kereta dan makan malam di sini.

Untuk makan malam, saya pilih nasi ayam penyet. Murah! Harganya dalam RM6.30.

Sambal ayam penyetnya ada ciri khas Negeri Sembilan. Pedas sangat! Saya hanya cicah sikit pada ayam sahaja sebab tak tahan rasa pedasnya.

Selesai makan, kami bertolak balik ke JB pada malam itu juga.

Alhamdulillah, pukul 1.00 pagi kami sampai di JB. Selesai kisah saya di Gunung Angsi. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan