label

Rabu, 18 Mac 2020

(Cerita) Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di Malaysia kerana corona virus. Saya terpaksa keluar ke pasar raya untuk membeli barang dapur seperti bawang, lada kering, beras, minyak dan lain2...

Pertama, saya ke Tesco. Semua kedai di luar Tesco tutup kecuali kedai makan. Itupun digalakkan bungkus. Barang2 ada macam biasa di Tesco.

Selepas itu, saya ke Econsave. Barang2 pun ada macam biasa di sini cuma di sini nak bayar kena beratur panjang.

Di Tesco & Econsave ada sediakan sanitizer di pintu masuk.

Keadaan jalan raya hari ini. Tak banyak kenderaan.

Esok lusa saya tak keluar rumah sebab dah beli barang dapur untuk 2 hari. Semoga situasi ini cepat berakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan