Saya nak kongsi pengalaman yang tidak akan saya lupakan ketika mendaki di Gunung Angsi pada minggu lepas.
1. Saya dan dua orang adik saya merupakan orang yang terakhir mendaki di Gunung Angsi pada hari itu. Pada pukul 12.55 tengah hari, ramai pendaki turun gunung. Kami pula yang berlawanan dengan mereka. Sebab dah sampai, tak akan nak tangguh daki kan?
2. Pada awal pendakian, saya terjumpa 3 orang pendaki yang terseliuh ketika turun gunung. Hal ini buat saya risau juga. Alhamdulillah, saya berjaya naik dan turun gunung dengan selamat.
3. Semasa di puncak, tiada orang lain kecuali saya tiga beradik. Hujan turun ketika kami betul2 berada di puncak.
4. Part paling mencabar, saya rasa waktu turun gunung sebab tinggal kami 3 beradik di Gunung Angsi. Bayangkan hujan turun dengan lebat dan kami turun gunung dalam keadaan basah lencun.
Saya dalam keadaan basah ketika berjaya turun dari Gunung Angsi.
Alhamdulillah selesai pendakian saya di Gunung Angsi.
Video 1, part saya berada di puncak.
Video 2, part saya turun gunung.
Pengalaman yang tidak akan saya lupakan di sini... Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan