label

Jumaat, 15 Mac 2019

(Cerita) Selamat tinggal prabayar Hotlink

Selamat tinggal nombor prabayar Hotlink saya. Akhirnya tamat sudah tarikh luput nombor Hotlink yg saya guna sejak 2008. 


Ceritanya, saya betul2 lupa nak top up nombor Hotlink saya semalam. Hari ini nombor Hotlink saya expired. Sayang, baki dalam nombor tu hampir RM200 hangus begitu sahaja. Sebelum ini, saya top up 3 bulan sekali untuk aktifkan nombor Hotlink. 

Saya guna dua nombor talian telefon pintar iaitu Unifi & Hotlink.
Sejak guna Unifi, saya sangat jarang guna perkhidmatan Maxis sebab Unifi, call dgn sms percuma ke seluruh rangkaian. Saya masih aktifkan nombor Hotlink kerana nilai kenangan saya bersama Hotlink. 

Kawan2, saya dah tak guna nombor Hotlink lagi tau. Ada hikmah semua ini, dapatlah saya berjimat guna satu nombor sahaja selepas ini. Positif!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan