label

Jumaat, 15 Mac 2019

(Cerita) Jika telefon pintar selalu termati sendiri tandanya...

Hari ini saya ke Huawei service centre di Taman Molek untuk tukar bateri telefon saya. Saya pun cerita, bateri saya kerap cepat habis & ada ketika termati sendiri. Nak tahu apa kata pekerja di sana?

Huawei P9 saya. Dah 2 tahun pakai...

Mereka kata, jika telefon pintar bateri cepat habis & termati sendiri, itu bukan sebab bateri tetapi kerosakan pada motherboard. Kos untuk membaiki motherboard Huawei P9 ialah sekitar RM500.

Saya tak jadi tukar bateri apatah lagi tukar motherboard. Saya berfikir, jika telefon saya rosak, lebih baik saya beli yang baru. Selepas ini, lebih baik guna telefon pintar murah sahaja, kalau rosak, ganti lagi yg baharu sebab kos baiki boleh beli sebiji lagi telefon yg baharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan