label

Ahad, 21 Januari 2018

(Cerita) Pentingnya simpan resit dan buat e-filing LHDN

Balik kerja hari ini, saya temankan adik ke LHDN. Adik saya nak tanya tentang e-filing. Saya nak share apa yg saya tahu hari ini tentang e-filing & rakan2 guru kena ambil penting perkara ini.

Panas terik hari ini. Saya ke LHDN Bandar Baru Uda.

Pertama, e-filing sangat penting untuk kita isi setiap 1 Mac hingga 30 April setiap tahun. Jika kita gagal isi online, maka kita akan dikenakan penalti (denda wang ringgit).

Kedua, setiap resit yg kita claim utk refund mestilah disimpan kerana dalam masa 7 tahun, kita akan dipanggil oleh LHDN utk kemukakan resit asli. Jika resit mudah kabur, fotostat & stapler bersama resit asli (itu caranya). Jika gagal kemukakan resit asli, penalti lagi.

Ketiga, jika tiada resit, jangan claim utk refund e-filing. Bahaya! Nanti kena penalti.

Kenapa asyik2 penalti? Ini kerana LHDN ialah cukai yg beraudit. Semua kena ada bukti.

Last, nasihat pegawai bertugas tadi ialah simpanlah resit2 & buatlah e-filing sebab e-filing kan dah ada. Ikut je apa yg dah disediakan.

Terima kasih pegawai kaunter 7 yg peramah hari ini.

Jangan sampai kena penalti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan