label

Selasa, 2 Januari 2018

(Cerita) Alamak, lupa lesen kereta dah 2 bulan mati!

Bangun tidur pagi tadi, tiba-tiba teringat lesen kereta. Alamak, lesen kereta saya dah mati!

Sepatutnya bulan 10 tahun lepas saya hidupkan lesen balik.

Balik sekolah tadi, saya terus singgah ke pejabat pos Kampung Melayu untuk renew lesen. Ramai orang dalam pejabat pos tetapi syukurlah, ada kaunter khas untuk hidupkan lesen. Jadi, tak perlu tunggu lama.

Lesen baharu saya. Saya renew 5 tahun terus.

Alhamdulillah, ingatkan kena denda sebab lewat. Rupaya tidak. Inilah kos renew lesen 5 tahun di pejabat pos.

Alhamdulillah, selesai urusan lesen kereta saya. Saya betul2 lupa lesen kereta say mati tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Komen