label

Jumaat, 27 Januari 2017

(Sekolah) Petua redakan benjol

Ini cerita di sekolah hari kelmarin. Ada seorang murid kepalanya benjol akibat terlanggar dengan murid lain ketika mahu masuk ke kelas.
  
Kawan saya yang menangani murid benjol tersebut. Ada petua yang saya baru belajar daripadanya. 

Petua nak redakan benjol, sediakan pisau dan air panas. Celup pisau dalam air panas dan selepas itu, tekan permukaan pisau ke arah benjol tersebut (seperti dalam gambar). Kalau pisau terlalu panas, biarkan seketika, lepas tu, baru tekan balik di dahi yg benjol.

Ulang cara tadi sehingga benjol kelihatan surut. Pastikan berhati2 dalam melakukan petua ini.

Alhamdulillah, selepas kawan saya menggunakan petua, nampak berkurang kesan benjolnya. Boleh cuba lepas ni kalau terjumpa kes seperti ini. Terima kasih Cikgu Jamkhuri kerana berkongsi petua ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan