label

Jumaat, 13 Januari 2017

(Info) Jenis dan fungsi lipatan di belakang kemeja lelaki

Oh, saya baru tahu tentang jenis dan fungsi kemeja lelaki ni..


Kemeja lelaki sebenarnya dicipta berjenis-jenis.. 

Selain corak, warna, fabrik dan saiz yang pelbagai, kemeja juga dibezakan mengikut potongan dan teknik lipatan.

Mungkin ramai yang tak perasan.. 

Atau mungkin ramai yang terlebih 'perasan'.. boleh sarungkan apa sahaja jenis kemeja yang ada asalkan cantik di mata. Huhhh.. 

Ok! Babah nak kongsikan tips asas bila nak membeli kemeja di pasaraya. 

Ketika memilih, perhatikan lipatan di bahagian belakang kemeja terlebih dahulu. 

Pastikan sama ada:

1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat
3. Tiada Lipatan @ Pleatless

~ Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. 

Kesian kat perut tu.. sekurang-kurangnya bolehlah jugak bernafas.. kan? Untuk lelaki yang kurus dan tak ada perut, jika memakai kemeja jenis ini kebiasaannya akan kelihatan kurang kemas. 

~ Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. 

Contohnya untuk 'Abang-abang Sado'..  Tapi Babah perhatikan ramai jer 'Abang-abang Tak Sado Diri' yang pakai.. termasuklah Babah.. kahkahh..

~ Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan muatan di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. 

Untuk yang berbadan sederhana, kalau rasa-rasa nak pakai jugak jenis ini, carilah kemeja yang mempunyai potongan Regular Fit dan bukannya Slim Fit. 

Pesanan Babah di pagi yang mulia ini, sebelum kita nak membeli kemeja baru, tarik nafas dalam-dalam, lapangkan fikiran.. kita 'muhasabah' lah diri kita dulu ye Nakkk.. 

Hehee..

********

Tips Paling Penting! 

Sebelum mula shopping, berdiri tegak-tegak kat sebelah 'Patung' yang display baju-baju terkini tu dulu. Cuba perhatikan seiras ke tak muka, dada dan perutnya dengan kita..

Hahhh sama?? 

Kau beli la apa baju yang kau suka.. bai!

#babahkacak
#seharisatu.. kita ambil tahu!
#IMAGenius

Sumber: facebook Harry Hamid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan