label

Isnin, 16 Januari 2017

(BM) Pelantikan atau perlantikan?

Kita selalu keliru nak tulis perkataan pelantikan atau perlantikan? Berikut jawapannya.

Jawapannya pelantikan, bukan perlantikan. Sebabnya, dalam Bahasa Melayu tiada imbuhan per. 

Berikut maksud pelantikan daripada kata dasar, lantik.

lantik I; melantik  : mengangkat dgn rasmi (menteri, orang besar-besar, dll), mengangkat seseorang utk memegang sesuatu jawatan: kerajaan telah didesak supaya ~ seorang drpd kaum itu menjadi anggota kabinet;

pelantikan, lantikan perihal (tindakan) melantik: mereka gembira atas ~ Tun Perak menyandang jawatan Bendahara; Majlis Raja-Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum lantikan dibuat; pelantik orang yg melantik.
Sumber: Kamus Dewan

Contoh ayat:
Hari ini akan diadakan majlis pelantikan pengawas.

1 ulasan:

  1. Salam sejahtera Cikgu. Cikgu kata tiada imbuhan per dalam bahasa, tetapi macam mana dengan perkataan seperti perbuatan (pembuatan vs perbuatan), pertanian, perlindungan, pertambahan (penambahan vs pertambahan). Terdapat perkataan yang mempunyai kedua-dua imbuhan per, pen-. Pada pendapat saya, imbuhan per- digunakan apabila kata nama diterbit daripada perkataan berimbuhan ber,penduduk bertambah (pertambahan penduduk), imbuhan pen- pula diterbit daripada kata kerja berimbuhan men, cth menambahkan beban (penambahan beban), bertani ( pertanian), menanam (penanaman), berlindung (perlindungan), bercakap (percakapan), melihat (penglihatan). Betulkan saya jika terdapat kesilapan. Terima kasih.

    BalasPadam