label

Sabtu, 5 November 2022

(Aktiviti) Menonton teater Putera Gunung Panti

Pada hari Jumaat lepas, saya pergi menonton teater di Yayasan Warisan Johor. Tajuk teaternya, Putera Gunung Panti.

Selepas tamat persembahan.

Jom kita tengok beberapa sedutan teater ini..

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Saya rasa berbaloi beli tiket tonton teater ini.

Tempat pun selesa dan sejuk.

Keseluruhannya, teater ini best!

Tahun depan kalau ada teater lagi di YWJ, boleh datang lagi.

Khamis, 27 Oktober 2022

(Sekolah) Maulidur Rasul dan Hari Sukan Negara 2022

 Assalamualaikum. Ini cerita Khamis lepas di sekolah.

Ada sambutan Maulidur Rasul.

Perarakan Maulidur Rasul mengikut rumah sukan.




Rumah Bentara (Merah) juara perarakan Maulidur Rasul. Alhamdulillah.




Video perarakan Maulidur Rasul.

Saya pakai baju sukan pada sambutan Maulidur Rasul kerana saya terlibat Hari Sukan Negara yang diadakan pada hari yang sama.

Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang dirancang.

Ahad, 2 Oktober 2022

(Sekolah) Doorgift untuk tetamu

Assalamualaikum. Dulu di universiti, kalau saya terlibat dalam ajk cenderamata, saya suka buat doorgift ini. Sehingga sekarang pun, saya suka buat doorgift ini untuk tetamu.

Doorgift set sudu dan coklat.

Saya suka buat doorgift yang macam ni. Sudu dan garpu boleh digunakan dan coklatnya boleh dimakan.

Baru-baru ini, saya buat doorgift ini untuk tetamu yang datang di sekolah. Saya beli set sudu garpu ini di kedai Eco sahaja. Walaupun tidak seberapa, tetapi ada kegunaannya.

Rabu, 28 September 2022

(Sekolah) Pertandingan Cerpen 2022

Assalamualaikum, pada hari Khamis lepas diadakan pertandingan cerpen 2022 di sekolah. Berikut gambar dan video yang boleh saya kongsikan kepada anda.

Taklimat awal melalui Google Meet.

Team yang sporting.

Suasana pertandingan.








Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Pengalaman berharga buat saya. 

Selasa, 27 September 2022

(Sekolah) Jamuan Perpisahan Cikgu Adila

Pada 15 September 2022 merupakan hari terakhir rakan sekerja saya di sekolah. Beliau akan berpindah ke Kelantan. Jadi, pada tarikh tersebut diadakan jamuan perpisahan dan semestinya ada sesi video & bergambar.

Sesi bergambar bersama yang diraikan.


Video jamuan perpisahan.
 

Video perpisahan Cikgu Adila.






Selamat berpindah ke sekolah baharu dan selamat maju jaya.

Isnin, 26 September 2022

(Aktiviti) Hari Ketiga Cuti Sekolah di Pulau Pinang

Assalamualaikum. Hari ini saya sambung lagi kisah percutian saya di Pulau Pinang pada hari ketiga iaitu hari terakhir.

Saya nak tunjuk tempat penginapan saya di Pulau Pinang.

Di sinilah tempat saya menginap di Pulau Pinang.







Video saya check out.


Hotel bajet Heritage House.

Sebelum balik JB, saya bersarapan di Terminal Bas dekat dengan Komtar Pulau Pinang.

Pulut panggang di Pulau Pinang besar.

Video saya bersarapan di Terminal Bas .

Waktu menunggu kapal terbang nak balik JB.

Video bertolak balik ke JB.

Zaman sekarang zaman video, jadi saya kurang ambil gambar. Banyak ambil video sahaja. Alhamdulillah, selesai percutian saya selama tiga hari di Pulau Pinang. Apa yang saya nampak paling ketara di Pulau Pinang ialah orang-orangnya ramah-tamah belaka dan mudah menghulurkan bantuan tak kira bangsa dan agama. Terima kasih kepada orang-orang Pulau Pinang yamg membantu saya ketika berada di sana. Tamat kisah percutian saya di Pulau Pinang. Bye!

Ahad, 25 September 2022

(Aktiviti) Hari Kedua Cuti Sekolah di Pulau Pinang

Assalamualaikum. Saya sambung balik kisah cuti saya di Pulau Pinang pada hari kedua. Inilah tujuan utama saya ke Pulau Pinang iaitu pergi ke Escape Penang.

Saya tiba di Escape Penang sebelum pintu masuk dibuka lagi.

Kita lompat satu kali.

Jom ikut saya masuk ke Escape Penang.

Aktiviti pertama, mandi di kolam renang.

Video saya di Escape Penang.

Mandi kolam renang di Escape Penang.

Video saya bermain pelampung di Escape.


Video permainan baling sampai jatuh kolam.

Saya nak cuba naik gelongsor terpanjang di dunia.

Saya menunggu giliran untuk naik gelongsor terpanjang di dunia.

Video saya naik kereta kabel.


Video saya naik gelongsor terpanjang di dunia.

Selepas mandi di Escape, saya singgah makan di Nadiah Tomyam.

Saya makan nasi goreng USA.

Selepas itu, saya datang ke masjid terapung lagi untuk menuju kejayaan.





Ini waktu malam. Mata pun dah merah. Sebelum balik ke bilik, saya pekena teh sarbat dan roti canai koyak kuah banjir.

Teh sarbat dan roti canai koyak kuah banjir.

Video roti canai koyak kuah kari banjir.

Esok saya sambung lagi tentang hari terakhir saya di Pulau Pinang. Insya-Allah.