label

Sabtu, 7 Januari 2023

(Teknologi) Apa LCD Projektor yang sesuai untuk mengajar dalam kelas? - INLAB Senz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena tahun baharu ini, ada sesiapa yang berazam nak mengajar guna projektor di dalam kelas atau di bilik-bilik khas? Kalau anda ada azam atau keinginan untuk mengajar menggunakan projektor, jom saya kongsi sebuah projektor yang praktikal dan sesuai untuk kita para guru.

Projektor pintar INLAB Senz. Jenama baharu dengan inovasi baharu. Saya memang cadangkan jenama ini kepada guru-guru sebab mudah, ringan dan pancarannya jelas. Boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Apa yang saya suka tentang INLAB Senz ini ialah rekaan projektor ini cantik dan comel. Nampak bergaya apabila kita mengajar di dalam kelas. Hehehe...

Sesiapapun boleh menggunakan projektor INLAB Senz sebab mudah dipasang dan dikendalikan. Tengoklah saiznya! Mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Saiznya lebar 29 cm, luas 22.1 cm dan tinggi 9.5 cm. Dilengkapi 2 lubang USB, 2 lubang HDMI dan 1 lubang 3.5 MM headphone jack. 

Apa? Nak tengok kejelasan hasil pancaran projektor INLAB Senz ini? Boleh. Jom saya tunjukkan...

Hasil pancaran daripada projektor INLAB Senz. Ada 7000 Lumens pencahayaan daripada projektor ini, jadi pancarannya jelas walaupun pada waktu siang atau di tempat terang. Resolusi 1080 P dan menyokong 4k (orang yang selalu buat video, mesti tahu tentang ni...). Apa yang boleh saya cakap, memang jelas! Projektor ini dilengkapi sistem suara Dolby. Kalau dah jenama Dolby, memang kuat la bunyi melalui projektor ini. 

Belum habis lagi fungsi projektor INLAB Senz ini. Di dalam projektor ini ada android 9, Wifi dan Bluetooth. Jadi, cukup bawa ini sahaja di dalam kelas. Sambungkan dengan wifi, dah boleh buka video atau YouTube dengan menggunakan projektor ini. Tambahan lagi, ada aplikasi Offisuites tersedia di mana kita dapat membuka file seperti PowerPoint, PDF, dan banyak lagi dengan mudah hanya menggunakan projektor ini sahaja.

Bagaimana? Best kan projektor ini? Kalau di rumah, boleh tengok wayang menggunakan projektor ini. Di sekolah, selepas ini kita mengajar guna projektor sahaja sebab dah cukup. Dapat jimatkan duit beli marker :)

Harga projektor ini berbaloi dengan nilai dan kualitinya. Ciri-cirinya sangat memuaskan hati sebab 7000 lumens, 1080 pixel dan ada sistem suara Dolby, android 9 dan aplikasi Offisuites. Kalau anda tertarik nak beli, boleh beli di pautan yang saya sertakan di bawah:




INLAB berbaik hati nak beri cikgu RM30 diskaun tau! Cikgu masukkan kod baucar INLACIKGU. Dapatlah diskaun RM30.


Jom mengajar guna projektor INLAB Senz! 

#inlabmalaysia #inlabsenz

Jumaat, 6 Januari 2023

(Cerita) Tayar kena paku lalu pancit dan pecah



Ll Pagi tadi waktu nak ke pasar, tayar kereta saya flat terus...

Rupa-rupanya terkena paku, selepas bocor tayar pecah pula...

Tayar ni rosak dan tak boleh digunakan lagi...

Alhamdulillah, walaupun tayar pancit, Allah permudahkan segala urusan saya. Tayar sudah diganti dengan tayar terpakai dahulu sebab saya ada plan nak tukar semua tayar baharu pada tahun 2023 (bunga tayar masih ada lagi).

Dugaan buat saya pada hari ini...



Pada waktu petang saja lepak di Tealive untuk menghilangkan tekanan.

Alhamdulillah.

(Cerita) Bantal naget First Pride

 Saya tak tahu kenapa, tetapi saya nak letak sepasang bantal naget First Pride di dalam kereta saya.

Mungkin sebab comel...

Di sebuah pasar raya ni, ada promosi beli 2 pek naget jenama First Pride, percuma satu bantal. Saya dah ada 1 & hari ini saya beli 2 pek naget lagi sebab nak bantal naget ni... Cukup dah sepasang..

(Sekolah) Masukkan markah PAJSK lebih cepat dan lancar guna iPad

Assalamualaikum & selamat pagi. 

Dari pukul 6.30 pagi tadi hingga pukul 8.25 pagi ini saya siapkan memasukkan markah PAJSK murid kelas saya. Alhamdulillah, selesai.

Saya nak kongsi cerita, saya baru tahu key in markah PAJSK guna iPad lebih cepat dan lancar. Smooth je... Pagi tadi saya cuba buka PAJSK guna laptop dan iPad, ternyata guna iPad lebih laju (bergantung internet di rumah juga).

Sesiapa yang ada iPad, boleh gunakan iPad untuk key in markah PAJSK.

Rabu, 4 Januari 2023

(Masak) Resipi kek mentega keju atau butter cheese cake yang mudah

Assalamualaikum, petang tadi saya buat kek mentega keju atau butter cheese cake yang mudah. Saja buat kek sambil nak cuba oven yang dah lama tak guna.

Kek mentega keju atau butter cheese cake.

Saya kongsi resipi di bawah ini:

Bahan-bahan:
1 buku mentega (250 g)
Cream cheese 125 g
2 cawan gula halus
5 biji telur
Sedikit esen vanila
2 cawan setengah tepung kek naik sendiri

Cara-cara:
1. Pukul mentega, cream cheese & gula hingga putih.
2. Masukkan telur & esen vanila.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit.
4. Pukul sebati.
5. Panaskan oven selama 10 minit (suhu 180 darjah Celsius)
6. Masukkan adunan ke dalam loyang & bakar selama 45 minit.
7. Siap untuk dihidang.

Rupa kek saya selepas dibakar.



Alhamdulillah, jadi.

Buat kek sendiri, lagi puas hati.

Senang bukan? Selamat mencuba!

Isnin, 2 Januari 2023

(Aktiviti) Cuti Sekolah Disember 2022, Episod 5 - Kolej Pendeta Za'ba UKM

Assalamualaikum. Saya nak sambung cerita tentang percutian pada bulan Disember lalu. Saya sempat singgah di Kolej Pendeta Za'ba UKM, kolej tempat saya tinggal semasa belajar di UKM dahulu.

Kolej Pendeta Za'ba UKM.

 
Tangga ni kenangan... Dulu nak pergi Kafe Za'ba, kena guna tangga yang tinggi ni...

Laluan nak ke Kafe Za'ba.

Dulu saya tinggal di blok B ni...

Vlog saya...

Tipulah kalau datang sini tak teringat zaman belajar di sini. Semua kenangan di kolej ini terbit satu persatu dalam ingatan. Huhuhu...

Ahad, 1 Januari 2023

(Aktiviti) Episod 2 hingga 4 Cuti Sekolah Disember 2022

Assalamualaikum. Saya nak sambung cerita percutian saya pada bulan Disember 2022. 

Selepas dari TBS, saya menaiki komuter untuk pergi ke UKM.

Cerita selanjutnya di vlog saya.

Nak naik komuter, kena sabar menunggu.

Stesem komuter UKM. Teringat dulu waktu belajar di UKM, kalau nak balik JB, saya akan guna komuter ke Seremban.


Setakat ini dahulu, nanti saya sambung lagi.