label

Jumaat, 5 Januari 2018

(Cerita) Kembali menjadi AJK BKGK 2018

Tahun ini saya dilantik kembali menjadi AJK BKGK 2018. BKGK ialah Badan Kebajikan Guru & Kakitangan atau mudah dikenali dgn kelab bilik guru.

Tahun ini, saya bantu AJK ekonomi membeli barang jualan.

Makanan ringan yg akan dijual di bilik guru nanti.

Penuh troli beli jajan tetapi ini bukan jajan saya.

Cikgu2, tunggu jualan ini di bilik guru ye...

Khamis, 4 Januari 2018

(Makan) Masak siakap 3 rasa

Malam tadi saya tolong mak masak ni...

Siakap 3 rasa. Kuahnya saya yang masak. Hehehe...

Tiba2 mak nak makan masakan saya malam ni. Saya pun masaklah :)

(Cerita) Servis kereta di Perodua Desa Cemerlang

Balik sekolah, saya singgah sini untuk servis kereta.

Perodua Desa Cemerlang. Pertama kali saya servis di sini.

Walaupun saiznya lebih kecil daripada pusat servis Plentong, tetapi sejuk & selesa. Lagi best sebab tak ramai orang.

Refreshment, ada kopi & biskut butter Perodua.

Pertama kali saya makan biskut Perodua ni..

Layanan pekerja di sini saya bagi gred A. Customer service terbaik! Alhamdulillah, saya dapat harga murah sikit dengan pekerja yg memakai songkok di sini (memang dia seorang je pakai songkok). Semoga murah rezeki buat pekerja tersebut.

Selesai buat pembayaran, dapat free gift sekaki payung.

Alhamdulillah. Boleh datang sini lagi.

Rabu, 3 Januari 2018

(Makan) Buat jus epal hijau kurma

Hujan2 ni, teringin pulak nak minum jus epal hijau suam. Kebetulan di dapur ada epal hijau, jom kita buat jus!

Saya gunakan 2 biji epal hijau.

Saya campur 3 biji kurma.

Kisar & jadilah jus epal hijau kurma.

Nak suam, campurkan dengan air suam. Rasanya tak begitu manis, tak begitu masam. Just nice! Hehehe..

Selasa, 2 Januari 2018

(Cerita) Alamak, lupa lesen kereta dah 2 bulan mati!

Bangun tidur pagi tadi, tiba-tiba teringat lesen kereta. Alamak, lesen kereta saya dah mati!

Sepatutnya bulan 10 tahun lepas saya hidupkan lesen balik.

Balik sekolah tadi, saya terus singgah ke pejabat pos Kampung Melayu untuk renew lesen. Ramai orang dalam pejabat pos tetapi syukurlah, ada kaunter khas untuk hidupkan lesen. Jadi, tak perlu tunggu lama.

Lesen baharu saya. Saya renew 5 tahun terus.

Alhamdulillah, ingatkan kena denda sebab lewat. Rupaya tidak. Inilah kos renew lesen 5 tahun di pejabat pos.

Alhamdulillah, selesai urusan lesen kereta saya. Saya betul2 lupa lesen kereta say mati tahun lepas.

Isnin, 1 Januari 2018

(Cerita) Azam 2018

Azam saya tahun ini..

1. Tidak mengambil sebarang produk makanan tambahan kesihatan kecuali tablet bawang putih.

2. Teruskan pengambilan oat.

3. Banyak minum air masak di kantin (sebelum ni hari2 order Milo ais di kantin sekolah). Sesekali Milo takpe.

4. Berbasikal di rumah setiap hari sekurang-kurangnya 5 minit utk bakar kalori.

Semua azam saya tentang sihat. Semoga diri ini berjaya.


Selamat tahun baharu 2018!

(Sekolah) Hari pertama sesi persekolahan 2018

Hari ini hari pertama sesi persekolahan sesi 2018.

Murid-murid kembali ke sekolah semula.

Pagi tadi hujan agak lebat, sejuk je rasa...

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Tiada ragam murid yang di luar jangkaan.