label

Khamis, 26 Mac 2020

(Cerita) Kisah mask hijau ini...

Hari ini saya keluar beli barang dapur lagi ke Econsave.

Saya pakai mask hijau ini. Kisahnya, waktu cuti ni, saya kemas almari di ruang tamu. Terjumpa mask hijau ni. Adik beradik saya punya kot. Saya pun ambil dan jadikan mask ini milik saya. Hehehe...

Di Econsave tadi, keadaan terkawal dan saya rasa sama macam hari biasa. Saya tak jumpa orang yang panic buying & bekalan barang dapur ada. Bekalan roti pun ada. Alhamdulillah.

Balik dari Econsave, saya terus mandi dan salin pakaian lain. Rasa paranoid dengan virus Covid-19.

(Nur) Maksud bacaan dalam solat

Mintak maaf semua...untuk sama2 ulangkaji...*Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh  itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat*.

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika 
rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika 
bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika 
iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika 
sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika 
duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika 
Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika 
Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!!!🌹
[19/10 08:36] ‪+60 19-454 3144‬: "ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah disaat shalat.. tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan shalatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membagi al-Fatihah menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Artinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin". 

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.” 

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. 

Rasakanlah jawaban indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silahkan dibagikan , sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam; "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
(HR. Muslim).
Credit to Mat Anas ASTECH

Isnin, 23 Mac 2020

(Makan) Pedasnya sambal nasi ayam penyet di Tesco Nilai

Sebelum bertolak ke JB pada minggu lepas, kami singgah makan di medan selera Tesco Nilai.

Saya pilih Tesco sebab nak beli makanan dalam kereta dan makan malam di sini.

Untuk makan malam, saya pilih nasi ayam penyet. Murah! Harganya dalam RM6.30.

Sambal ayam penyetnya ada ciri khas Negeri Sembilan. Pedas sangat! Saya hanya cicah sikit pada ayam sahaja sebab tak tahan rasa pedasnya.

Selesai makan, kami bertolak balik ke JB pada malam itu juga.

Alhamdulillah, pukul 1.00 pagi kami sampai di JB. Selesai kisah saya di Gunung Angsi. Bye!

(Aktiviti) Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights

Tahukah anda? Waktu kami turun dari Gunung Angsi, jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Nak mandi, tandas yang disediakan dah tutup. Terpaksa kami dalam keadaan kotor masuk ke kereta lalu saya pandu mencari masjid yang berdekatan.

Kami nak pergi masjid lain, tetapi waktu pandu tu, saya tersalah belok, terjumpa masjid ni. Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights.

Alhamdulillah, saya mandi dan solat jamak di sini.

Masjid ni di tempat perumahan orang kaya di sini. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya pada hari itu.

(Cerita) Pengalaman yang tidak akan dilupakan di Gunung Angsi

Saya nak kongsi pengalaman yang tidak akan saya lupakan ketika mendaki di Gunung Angsi pada minggu lepas.

1. Saya dan dua orang adik saya merupakan orang yang terakhir mendaki di Gunung Angsi pada hari itu. Pada pukul 12.55 tengah hari, ramai pendaki turun gunung. Kami pula yang berlawanan dengan mereka. Sebab dah sampai, tak akan nak tangguh daki kan?

2. Pada awal pendakian, saya terjumpa 3 orang pendaki yang terseliuh ketika turun gunung. Hal ini buat saya risau juga. Alhamdulillah, saya berjaya naik dan turun gunung dengan selamat.

3. Semasa di puncak, tiada orang lain kecuali saya tiga beradik. Hujan turun ketika kami betul2 berada di puncak.

4. Part paling mencabar, saya rasa waktu turun gunung sebab tinggal kami 3 beradik di Gunung Angsi. Bayangkan hujan turun dengan lebat dan kami turun gunung dalam keadaan basah lencun.


Saya dalam keadaan basah ketika berjaya turun dari Gunung Angsi.


Alhamdulillah selesai pendakian saya di Gunung Angsi.

Video 1, part saya berada di puncak.

Video 2, part saya turun gunung.

Pengalaman yang tidak akan saya lupakan di sini... Bye!

Jumaat, 20 Mac 2020

(Cerita) Tiada solat Jumaat hari ini kerana virus Covid-19

Hari ini akan jadi sejarah kerana tiada solat Jumaat kerana virus COVID-19. Solat Jumaat ditangguhkan selama 2 minggu.


Jadi, hari ini solat Zohor di rumah sahaja.

Rabu, 18 Mac 2020

(Cerita) Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di Malaysia kerana corona virus. Saya terpaksa keluar ke pasar raya untuk membeli barang dapur seperti bawang, lada kering, beras, minyak dan lain2...

Pertama, saya ke Tesco. Semua kedai di luar Tesco tutup kecuali kedai makan. Itupun digalakkan bungkus. Barang2 ada macam biasa di Tesco.

Selepas itu, saya ke Econsave. Barang2 pun ada macam biasa di sini cuma di sini nak bayar kena beratur panjang.

Di Tesco & Econsave ada sediakan sanitizer di pintu masuk.

Keadaan jalan raya hari ini. Tak banyak kenderaan.

Esok lusa saya tak keluar rumah sebab dah beli barang dapur untuk 2 hari. Semoga situasi ini cepat berakhir.

Selasa, 17 Mac 2020

(Aktiviti) Mendaki ke Gunung Angsi part 3

Ahad, 15 Mac 2020
Mendaki ke Gunung Angsi part 3

Alhamdulillah, saya berjaya mendaki sampai ke puncak Gunung Angsi. Ada sebuah pondok atau wakaf disediakan di atas puncak ni..

Waktu saya sampai di puncak, hujan pun turun dengan lebatnya..


Selepas hujan reda, barulah bergambar dengan papan tanda di sini...

Alhamdulillah, berjaya juga mendaki dari pukul 12.55 tengah hari dan sampai di puncak pada pukul 4.00 petang.






Saya suka gambar ni...





Video 1


Video 2

Waktu nak turun, hujan lebat. Basah kuyup kami.

Kami sampai di bawah pada pukul 6.20 petang.

Alhamdulillah, misi berjaya!

Isnin, 16 Mac 2020

(Aktiviti) Mendaki ke Gunung Angsi part 2

Ahad, 15 Mac 2020
Mendaki ke Gunung Angsi part 2

Ini baru suku pendakian. Ada tempat rehat di sini sambil kita dapat melihat pemandangan yang indah.

Pemandangannya...







Pendakian diteruskan...

Video 

Bersambung...

(Aktiviti) Mendaki ke Gunung Angsi part 1

Ahad, 15 Mac 2020
Mendaki ke Gunung Angsi part 1

Dari Ulu Bendul, kami memandu ke Bukit Putus. Di sinilah tempat permulaan yang betul jika nak mendaki ke Gunung Angsi.

Jom mendaki ke Gunung Angsi...



Permulaan pendakian yang agak mencabar...


Saya mendaki bersama adik2 saya..


Nak naik ke atas puncak, bentuk muka buminya agak curam...





Baru suku jalan tetapi penatnya, Ya Allah...


Video 1


Video 2

Bersambung part 2...