label

Isnin, 3 Jun 2019

(Cerita) Menziarahi rumah mendiang Uncle Mohan

Pagi tadi, saya & beberapa orang rakan guru pergi melawat ke rumah mendiang Uncle Mohan, Pak Guard sekolah saya yg baik hati, rajin & disayangi semua orang. Mendiang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Pertama kali, saya menziarahi orang India meninggal dunia.

Saya kongsi cerita semasa kami tiba di rumah mendiang...

Kami disambut dengan baik oleh keluarga mendiang. Kami dapat melihat wajah mendiang Uncle Mohan buat kali terakhir. Perasaan sedih & reda bercampur. Menurut balu mendiang, mereka terima takdir ini. Pukul 11.00 pagi, mayat akan disempurnakan dgn upacara pembakaran.

Pemergian Uncle Mohan amat dirasai. Selamat tinggal Uncle Mohan yg sangat baik. Takziah buat semua keluarga mendiang.

Saya & rakan2 yang pergi melawat. Ini gambar di sekolah. Kami berkumpul dulu di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan